Halaman

Selasa, 4 Mei 2010

KAYUHBEB BERKAYUH 'SANTAI' DI JAMBORE JASIN


KAYUHBEB BERKAYUH 'SANTAI' DI JAMBORE JASIN
TARIKH: 2hb MAY 2010
LOKASI: bumi Jasin
WAKIL KAYUHBEB: 18 org pahlawan2 santai yg kemaruk lyn ekor keras! + 1 pahlawan ekor lembut.... awwwww.... ouucchhh!!! kih3 TOTAL: 19.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera utk semua rakan2 KayuhBeb. terima kasih kerana sering menjadi pengunjung setia ataupun tak brapa nak setia di http://kayuhbeb.blogspot.com/ ...kesetiaan anda kami hargai.

Disini saya en Louis Jinggo a.k.a blogger situasi terpaksa akan memberikan sedikit laporan Jamboree di Jasin yg KayuhBeb sertai 2hb lepas. kalau nak harap laporan yg detail2 sgt mintak maap la ye sebab memori ingatan aku tak brapa nak power.. kih3
baiklah, izinkan saya mula melapor dan merapu...
geng2 kayuhbeb telah bergerak menuju ke jasin sekitar jam 5ptg dgn kenderaan masing2 yg dikongsi ramai2.

kih3 (biasa la, startegi nak jimatkan kos)... ada yg gerak ptg, dan ada yg gerak lepas maghrib dan ada juga yg gerak sblm subuh!. keadaan sedikit gawat sblm bertolak kerana pemilik basikal Wheeler 21inch telah hilang dr pandangan mata kasar.. setelah siap semua bagasinya di himpun dlm dan atas Unser bro Krul, barulah dia muncul dgn wajah yg agak lesu.

diketika ini bro Krul terpaksa menarik balik laporan polis yg dibuat pd bro Din Polis yg kebetulan ada di lokasi kejadian. kah3.. (moral: tidur agak2 la dan lain kali tutup tv sblm keluar rumah) ...




Tiba saja di stadium Jasin (sekitar jam 6.30 ptg) kami pun trus ambik goodies2 Kayuhbeb.
terima kasih byk2 pd penganjur kerana byk membantu kami collect goodies. dgn layanan seperti ini pasti kami akan support trus jambore2 anjuran anda dimasa2 akan datang. (ada mcm bunyi bodek ke?) kih3.

pada waktu ini bro Kay2TREK dan pasangannya bro PolyCong masih lagi tak muncul2. sekali lagi kami diselubungi kerisauan.... perlukah laporan polis dibuat pd bro Din polis yg kebetulan ada ditempat kejadian?... situasi kembali tenang apabila bro Kay2TREK tiba2 call dan bgtau ..."woiiittt... hampeh laaa... aku kena traffic jam td kat pd... ada sukan rakyat gamaknya kat situ!...memang @^%?:>^&&*(%... cakcibor..*+_%##@&*)... ngempor..*&&()_?"::_^%I^$&^#@... kepok leko..*&&^%@%^**..."
(beberapa perkatan terpaksa disensor) kah3



selesai urusan goodies kami pun menuju trus ke homestay kami yg terletak di area Kersang Tua... kawasan kampung yg agak ghotic situasinya.. kih3..
setelah tiba kami pun berehat2 sblm keluar mkn dan menantikan rakan2 yg lain tiba di homestay. sebahagian besar terpaksa dijemput di stadium jasin kerana jalan nak ke homestay ini bleh tahan la rumitnya.. kih3.

setelah berehat2 dan bersetting2 basikal dimalam hari maka tibalah hari utk berjamboree. jamboree telah dimulakan didalam rumah apabila geng2 berlumba2 nak masuk bilik air. kah3... tp keadaan sedikit terkawal kerana bro Din Polis kebetulan berada ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan. (tau pun takutttt) kah3...




setelah selesai melaram dan berwangi wangian maka sesi wajib pun dimulakan... bergamborrr!!! semua pun oren...... (maaf jika pic2 oren ini mengguris jiwa rakan2 yg tgh lipat kain kat umah pd waktu itu)..

sesungguhnya niat kami ikhlas nak buat korang2 semua jelez... kah3.. (kejam ke aku?)





setelah selesai acara pemanas jiwa, maka kami trus menuju ke stadium utk pergi berperang. kih3...

kami terperanjat kejap apabila Along abg Angah telah berada diperkarangan stadium utk sama2 berperang dgn kami.. kah3. salute to along abg angah kerana drive sorang2 dr kg melayu subang utk ke Jasin dan menyertai KayuhBeb berSantai santai... kih3.
kami semua berkumpul ngam2 kat starting point. kih3.. saja nak bg oren skit atmosfera kat situ. kih3.






majlis pelepasan dimulakan sekitar jam 8.30 (lebih kurang la) kih3. melalui laluan tarmac di pekan Jasin, masing2 merempit sampai lupa diri. kih3...

situasi biasa di jamboree2 bg mengelakkan bottle neck. aku??? kayuh santai je la sorang2... kali ini kayuhbeb berterabur mengikut naluri masing2... tiada paksaan... just follow ur heart. cheewahhh! kih3


tiba saja dilaluan offroad masing2 masih lagi merempit lupa diri sehinggalah kelibat para2 pengayuh dihadapan berselisih dgn pengayuh2 tak power di blakang??
apa sudah jadi??? kah3... merempit2 gila2 sampai tak prasan lambakan kertas yg memberi maksud "masuk la kiri woiiii"...kami2 kat blakang pun tak brapa nak prasan la sbb semua pun menuju trusss je. kih3. main ikut je.. (moral: lain kali jgn percaya org depan sgt.. kah3)..

pd ketika ini keadaan sedikit tegang, huru hara, kelam kabut.. berterabur para2 rider nak carik laluan sebenar.

kah3.... ada yg call penganjur dan marah2, ada yg call bini pastu kena marah... kah3... (moral: lain kali ari minggu dok umah lyn NONA lg baik).. ada yg call awek mintak kata2 peransang la kononnya.. dan ada juga yg sempat bukak FB... kih3.. mcm2 hal la....





setelah menemui laluan yg sebenar maka para2 pengayuh pun trus la beroffroad menuju ke cp1.

trek yg agak medium utk mereka2 yg biasa berkayuh.. mana yg tak biasa tu paham2 je la. kih3.

pemandangan indah apabila melalui laluan bwh cable TNB, meredah pula dusun2 durian.. (moral: lain kali buat la jamboree time musim durian jatuh.. kah3) ...canopy indah di ladang2 getah... ladang2 sawit... boleh dikata penuh dgn canopy jamboree ini. syok wooo.. heheeh.








laluan2 jamboree kali ini boleh dikategorikan mesra pengayuh. boleh dikatakan hampir semua laluan boleh dikayuh dgn jayanya (moral: lain kali tolak basikal dilaluan kiri.. kesian kat geng2 pengayuh lain yg sedang bertungkus lumus mendaki.. kih3...) .

laluan di cp2 ke cp3 antara laluan mendaki yg agak tough dan berperisa... tapi pada yg dah biasa senapas kat Bukit Mubin Alam Budiman maka laluan ini pasti akan di'ratah' tanpa simpati... nak pulak meratah dgn ekor keras berprestasi tinggi... (kay2TREK sila ambil perhatian)... namun dlm keadaan jamboree seperti ini keadaan2 tidak diundang tidak la dpt dijangka...

pd cp inilah penulis telah tertanggal seatpose.adalah balasan kerna selalu mengutuk seatpost KayTrek yang patah? nasib baik bro kat blakang tlg kutipkan screw yg terjatuh tu... kih3. tq byk2 bro! jasamu ku kenang!







perjalanan seterusnya juga tak kurang hebatnya apabila matahari semakin mencacak atas kepala. kih3..

pendakian pd situasi2 begini merupakan dugaan yg sukar diharungi. musuh utama adalah kawasan2 redup bwh2 pokok! pantang nampak pokok je pasti singgah kejap.. kah3. siap tulis nama kat btg pokok tuuu.... kah3...

"kuyu was here!" kah3.... (terdapat unsur2 manipulasi ikhlas bg menaikkan mood pembaca yg hampir2 ngantuk sbb aku tulis byk sgt kottt) kih3...



perjalanan di cp4 tiada apa yg ingin dikongsi kerana penulis betol2 layan feeling kat cp4 ni.. laluan landai tanpa byk climb2 yg menyeksa amat sesuai utk2 para peserta merempit sepuas puasnya setelah berhempas pulas di cp1, cp2 dan cp3... kih3. terlebih feeling sampai sekeping pic pun aku tak sempat nak shoot! kah3.... harap maap pd semua!

berikutnya adalah pic2 di finish line.. mcm2 aksi terdapat kat sini.. kih3. sesungguhnya perasaan puas dan teruja pasti timbul setelah berperang sejauh 50km..

tahniah kepada geng2 KayuhBeb kerana hampir semua berjaya menghabiskan 50km dgn ranking masing2. ternyata Jasin Jamboree ini adalah medan ujian utk sesetengah geng2 KayuhBeb. ternyata percaturan bro Kay2TREK utk gostan balik ke ekor keras telah mengembalikan zaman kegemilangannya.. berjaya menduduki tangga ke 64/700+ peserta adalah antara ranking terbaik beliau sejak menceburi dunia MTB ini...

maka dgn itu beliau tanpa segan silu tlh menitiskan airmata keperwiraan demi sukan yg dicintainya ini...

bro PolyCong yg menduduki tempat ke 66 juga terlalu terharu diatas kejayaannya sehingga terpaksa berlari menekup muka menuju trus ke tandas.. tau2 termasuk lak tandas perempuan.. kah3. terpaksa la berlari kembali utk keluar setelah diperhambat dgn penyapu oleh makcik cleaner! kah3..(sekali lg unsur manipulasi utk mengheret pembaca hingga ke akhir laporan)..kah3..

antara yg paling cemerlang adalah bro Man Sawit the BlackHand yg menduduki tangga ke 13! tahniah... yg lain2 tu tak brapa nak ingat la... mintak maap pd semua.. kih3. aku??? dpt 194 ler... jadi laaaaa.......

jurufoto berbasikal adalah matlamat aku so ranking2 ni tolak tepi la. janji mau abis! utk yg kaki2 besit tu teruskan usaha dan gandakan latihan utk lebih cemerlang dan gemilang! satu malaysia!!! (lari topic ke?) kah3








rasa2 dah cukup kot laporan utk jasin ni sbb mata aku pun da nagntuk la.. demi amanah yg dipertanggungjawabkan maka laporan ini mesti dibuat tanpa bantahan.. dengan ketiadaan bro RULe a.k.a 1st blogger yg pulang ke kampung halaman... dengan kesibukan bro Kay2Trek yg sibuk menghalang komunis dr menyeberangi sempadan.. maka sy Jinggo a.k.a 3rd blogger terpaksa tanpa dipaksa utk memikul amanah ini.

utk lebih lagi gambar2 dak aksi2 kayuhbeb di jasin sila la tag zambri daud dan pro jinggo di facebook masing2. korang tengok la puas2 kat situ.. kalau semua nak sumbat kat blog ni alamat meletup la blog ni. kah3
sekian saja dr sy Louis Jinggo melaporkan dr Jasin. maaf jika ada text2 yg mengguris perasaan sehingga digelakkan bini masing2.. kah3.

senda gurau adalah lumrah dlm KayuhBeb.. kawan2 tak mau lawan... mau lawan kalu masuk jamboree la.. kah3. mau laju kalu tukar hardtail la... kah3. Assalammualaikum wbt. salam sejahtera.

1 ulasan:

Joe_Dabomb berkata...

salam semua... geng korang memang best la... anyway gambar aku pun ada dlm blog nih he3.
baju jercey long sleeve rock racing + helmet putih... cuma aku tak tau kene tunjuk kanan. he3

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang