Halaman

Khamis, 27 Mei 2010

Le Tour De Morib

tajuk kayuhan: Le Tour De Morib

tarikh: 23 May 2010

lokasi bermula: DiNCE CYCLE http://dincycle.blogspot.com/

arah tujuan: Pantai Morib, Banting

perserta: Rakan2 KayuhBeb terutama sekitar DiNCE cycle ent.

As Salam kepada semua pelayar2 blog kayuhbeb! kih3... terima kasih kerana masih setia dgn penulisan2 merapu dr blogger2 kayuhbeb. harap maaf jika gaya penulisan kami tidak mengikut standart peperiksaan SPM mahupun STPM. konsep kami adlh penulisan santai dgn harapan mudah difahami oleh para2 pelayar blog kayuhbeb! (dan cara ni je la aku pandai nak tulis.. kalau nak ikut standart2 kertas BAHASA memang la aku tak brapa nak pandai) kah3

pada ahad yg lepas http://kayuhbeb.blogspot.com/ dgn bangganya telah menganjurkan kayuhan berkonsep santai ke pantai Morib, banting. Kayuhan yg dulu pernah di anjurkan oleh Kayuhbeb kini kembali di 'refresh'kan oleh orang lama KayuhBeb... siapa lagi kalau bukan bro DiNCE the Slayer iaitu pemilik tunggal http://dincycle.blogspot.com/. kah3. bak kata wak lias (org lama kayuhbeb gak) Dince ni tuan tanah kedaung! tah hapa yg kedaung pun aku tak tau.

okey, back to story... ternyata kayuhan yg kembali di 'refresh'kan oleh bro Dince ini telah berjaya menarik minat rakan2 seperkayuhan utk sama2 join.. sedar tak sedar tepat jam 7.40 pg, lebih kurang 20 org peserta telah bersiap siaga dgn jentera masing2 utk berkayuh santai ke pantai morib... ketibaan bro Kulat ternyata berjaya menyuntik semangat moral utk kami2 semua... ketibaan Along yg di hantar oleh isteri tersayangnya naik Waja sungguh mengharukan situasi kami pagi itu, sehinggakan Mamat bertekad utk berkahwin secepat mungkin!!! ".........Aku nak kawinnnn!!! aku nak bini aku anta aku gak naik Wajaaaaaaa... arghhhhhh!!!!" (sambil berlari menuju ke petronas utk membeli Ali Cafe Tongkat Ali) utk apa tujuan pun aku tak tau! kah3... dan yg paling dasat apabila Man Sawit The Blackhand berjaya tiba mengikut jadual waktu yg telah ditetapkan. fuhhh... kagum2. tah apa la yg bro Dince dah buat kat dia. kih3... bila semua dah ada, so apa lagi!!! bergambarrrr! sesi wajib KayuhBeb!

Ketibaan bro Kulat yg kayuh dari rumah.... fuhhhhh!!!

situasi Mamat ketika melihat along dihantar oleh isterinya... kah3

KayuhBeb!!!!!!

bacaan doa oleh bro Kulat sblm memulakan kayuhan.. ameennn.

selesai bacaan doa dan sesi kaunseling oleh bro kulat, kayuhan pun dimulakan dgn santai seperti yg dirancangkan... purata 20-25 km/h. memang santai... laluan flat tanpa climbing2 mencabar. Angah Jamis sampai menguap2 atas basikal katanya.. the Blackhand dgn Bro Dince sempat berbalas sms masa kayuh... (jgn tiru aksi mereka! merbahaya!) kah3

terserempak pula dgn geng2 roadies yg dikepalai oleh Ah Siong dr kedai basikal Swee Leong. laju tak ingat! ciss..

berehat sementara menanti sahabat2 yg tertinggal jauh dibelakang.. kih3

setelah kembali bergabung maka misi menuju ke Pantai Morib pun diteruskan.. cuaca panas waktu pagi tidaklah terlalu mencabar para peserta... semuanya berjaya meneruskan kayuhan utk menuju ke CP1 di McDonald pekan banting.. disitu geng2 Cikgu berkumpul utk bersama kami bermisi ke Morib! kih3... Morib kami terjahhhhh!!!

keadaan sedikit tegang apabila terserempak dgn jambatan Banting yg boleh tahan tingginya.. (tinggi kaa???) kah3.. masing2 dgn rakus menukar gear dan kayuh sapantas mungkin utk climb! kah3.... kemaruk sgt nak climb setelah bersantai2 sepanjang jalan tanpa pendakian... kah3... satu satunya pendakian utk kayuhan Morib ini. jadi la daripada takde lansung!

tiba saja kat Pekan banting, sesi berfoto pun kembali... tak puas2 agaknya diaorg ni. disini lah juga kami bergabung dgn geng2 Cikgu dr banting.

selesai sesi fotografi yg tak wajib tu maka kayuhan pun diteruskan. menyusuri pekan banting yg penuh dgn sejarah. pemandangan yg boleh tahan indahnya... dah maju la banting skang ni.. macam2 ada.

Kah3... disini penulis sempat gak bergambar dgn lokasi asal Pejabat Pos Banting yg tak ubah seperti rumah hantu kat funfair. kah3... elok la dirobohkan agar tidak mengganggu pemandangan indah di pekan banting ini... kih3. (cadangan membina)

perjalanan diteruskan menyusuri laluan flat dan landai melalui beberapa kampung utk sampai ke Morib... syok wooo...

setelah puas berkayuh santai maka kami pun tiba di Morib dgn jayanya tanpa insiden2 ngeri. sampai je morib maka aktiviti wajib dan offical pun di mulakan di pintu gerbang Morib! sure geng2 yang blom pernah bergambar 'tunjuk kanan' kat sini akan cemburu sambil menggenggam penumbuk! kah3... tatap la pic2 kami yer... jgn malu dan segan.. kih3

Trademark KayuhBeb Cycling Club!!! Tunjuk Kanannnnnnnnnnnn!!!

lagi aksi2 kami di Morib!!!

Seterusnya adalah aksi photoshoot di pantai Morib

bro zam bersama family... keluarga bahagia..... kawin la cepat Mamat... kah3.

lagi aksi2 panas dr KayuhBeb!!! Tunjuk Kanannnnnnn!!!!!" kih3 (kelihatan RULe sedang menggenggam penumbuk).....ehhh... g_han pun sama la... kih3. sabo la yerr.. lipat la kain2 dpn tv sambil lyn Nona... kah3..

di Pantai Morib ni jugalah tempat kami bergabung dgn Ustaz Jam yg berkayuh solo dr sijangkang. Ustaz Jam mewakili rakan2 Ustaz Cycling Club yg tak dpt folow kerana tugasan masing2... menurut Ustaz dia pun ada tugasan pg tu, tp demi cintanya pd sukan berbasikal maka digagahkan jua setelah selesai tugasannya... syukur. tahniah ustaz!!! selesai je sesi bersantai2 ditepian pantai maka kayuhan pulang ke lubuk asal pun dimulakan. perjalanan pulang menyusuri tepian pantai sgt la indah (walaupun dilimpahi terik mentari) kih3... menyusuri pantai trus sampai ke Kelanang Bay... satu lg lokasi berkelah yg agak menarik utk puan2 seisi keluarga dimana jua anda berada... kih3... mcm slogan Nona la plak... (sure time ni rakan2 lipat kain br je abis tgk Nona) kah3

sedikit gambar2 menarik tepian pantai hasil petikan Mamat Aidi (bdk praktikal)

seterusnya kembara kami singgah di Banting Baru, lokasi penempatan menarik dgn pelbagai prasarana. pembangunan yg boleh tahan pesatnya... dan disini jualah lokasi DiNCE CYCLE ENTERPRISE cawangan Banting! maka dgn rasminya persinggahan kami di sini telah menjadi majlis perasmian kedai baru bro Dince.. kih3. para peserta telah dijamu 100plus yg ditaja oleh DiNCE CYCLE dan PISANG oleh bro Kay2TREK yg merupakan pengerusi kehormat KayuhBeb Cycling Club cawangan banting. Doa selamat utk majlis yg tak berapa rasmi itu telah dibacakan oleh Ustaz Jam. terima kasih ustaz kerana sudi meluangkan masa.. kih3

antara pic2 dan candid menarik ketika di Banting Baru@ DiNCE CYCLE caw banting.


sekalung penghargaan juga utk Pengerusi Tetap KayuhBeb Cawangang Banting, bro Kay2TREK kerana sudi meluangkan masa melawat kami ni... ternyata kunjungannya telah menyuntik semangat juang kami utk meneruskan perjalanan pulang ke sijangkang. sesungguhnya kata2 semangat dan sesi kaunseling express yg dilakukan ketika kunjungan akan menjadi pedoman kepada kami dlm memacu diri di dunia pembasikalan ini. kah3...(mula la aku start merapu ni.. tanda2 aku dah kering idea nak buat report ni) arghhhhhhhhhhh....

antara pic2 menarik bersama Pengerusi KayuhBeb Cawangan Banting.

antara mereka2 yg berebut pisang sumbangan bro Kay2TREK... kah3... beratur la woiii

selesai je bersantai2 di Banting Baru maka kayuhan pulang dimulakan. pd sesi kayuhan pulang ini para peserta telah diberi kelonggaran utk menunjukkan prestasi masing2... kah3... masing2 memecut deras utk balik ke kedai DinCE... khabarnya bro Kulat telah mengepalai geng2 kaki pecut, tarik menarik bergilir2... pecut memecut tanpa belas sehinggalah seorang geng tu bocor tayarnya di pekan Telok... kah3.. (adakah ini startegi utk berehat seperti yg diwar warkan?) hanya tuhan yg tahu... kih3..

seterusnya kami pun tiba di finish line dgn jayanya.. tanpa insiden2 yg tidak diingini. status kayuhan: SUCCESS!!!. tahniah utk semua... seronok gak skali2 lyn road utk mengekalkan prestasi kayuhan. total kayuhan 80++ (tidak termasuk bro Kulat, Angah Jamis, Along GT dan beberapa nama lain yg berkayuh dari rumah)... sekali lagi tahniah utk semua. next time kita layan lagi!!

Majlis penutup telah diadakan di kedai makan bro ZamZam bt9 kebun baru dgn disponsor oleh diri masing2. pelbagai menu telah dicuba utk memuaskan perut masing2 yg kepenatan melayan Le Tour De Morib.......... Morib ohhhh Morib.........

sekian saja laporan yg sedikit merapu tetapi jujur dr sy Jinggo, blogger simpanan@terpaksa KayuhBeb, maaf jika ada lawak2 yg sedikit kasar.. maap ye Mamat... kih3. kawan2 tak mau lawan.... gurau senda amalan mulia... bersama kita Satu Malaysia. semoga kita sentiasa dirahmati olehnya.. ameen. as salam utk semua.

http://www.facebook.com/photo.php?pid=925743&id=1620499102&fbid=1377873699796#!/profile.php?id=1620499102&ref=mf

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang