HTR Ipoh Jamboree….Kayuh sedap, makan pun sedap
Kali ni seramai 20 orang rider KayuhBeb yang sempat melipat kain awal-awal, telah menyahut cabaran HTR Ipoh Jamboree yang diadakan pada 30hb May 2010 di Tambun, Perak yang disertai seramai 1050 rider yang berdaftar.
Seperti biasa, kayuhan awalan bermula di jalan tar yang rata lagi enjoy.Belum pun sempat badan berpeluh, kami dihidangkan dengan bukit yang agak tinggi seolah-olah menuju ke bukit batu kapur….disini, berpusu-pusu lah rider-rider menolak beskal menuju puncak.
Pemandangan yang menarik tak dilepaskan untuk bergambar..penat nak berehat pun ye la jugak.
Ternyata madu yang diberi tak tahan lama...madu palsu kut....lagi sekali dengan gumbiranya Geng HTR menyeksa rider-rider yang ada termasuk la Geng KayuhBeb.
Kena ngan motto KayuhBeb...Tak larat kayuh..... kami tolak, penat tolak......kami rehat....Happy Cranking
Pendakian yang sikit menyeksakan seperti biasa dibalas ngan downhill..kali ni banyak lak dowhillnye ...tu yang best....downhill hingga la sampai CP2. Disana air dan pisang disediakan.
Selepas CP2, kami dicabar lagi dengan trek Jungle Trekking.....oh tidak..kenangan Taiping kembali lagi...adakah sama ngan Taiping Jamboree???
Biasanyanya seksaan diberi bila mendaki tapi kali ni turun pun kena seksa....pastu diseksa lagi dengan single trail climbing mencanak...
Selepas CP3, trail yang dihidangkan sungguh menawan hati...best gilooooo, climbing best, downhill pun best...siap ada yang senyum melebar je masa downhill.....syok la melayan beskal...
" Bro ada bukit lagi ke kat depan tu?" tanya rider
"Takde, ni je yang last"jawab marshall
"Tadi Bro kt CP2 pun kata camtu juga" tanya rider
"Diaorang tu suka tipu, kami tak" jawab marshall.
Ternyata Bro yang ngaku tak tipu tu pun memang tipu........jangan mare bro gurau je....
Tetap bukit menanti dihadapan......
Disebabkan kepenatan mendaki bukit, salah sorang rider KayuhBeb telah Pitam....dengan itu dengan rasminya dilantik menjadi President Kelab Pitam KayuhBeb...
Alhamdulillah, selain Bro Din, semuanya selamat sampai dtanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tahniah kepada Mansawit kerana antara yang terawal keluar mendapat ranking yang ke 27, diikuti oleh Bro Kamarul, Angah, Krul, Kay2x dan Bro RULe(yang sikit je lagi nak potong TREK), Tan G'han, Lan dan seterusnya yang lain....
Tahniah juga diucapkan kepada rider yang 1st time join Jamboree dan berjaya mengharungi segala cabaran...Bro Ahmad and Wife (Ima), Djul Gep, Hideham, Fendy dan Nazri CIMB....korang memang punya semangat kentalll.
Overall HTR Ipoh Jamboree memang best, walaupun ada kecacatan semasa pemberian goodist(lumrah la), tapi dapat di cover balik dengan trail yang dihidangkan...memang best, ada single trail, river crossing, technical downhill...macam-macam adaaa.
Tiap-tiap CP rider disediakan dengan air dan pisang, dah habis kayuh sekali kehebatan HTR ialah berjaya menghidangkan hidangan yang best nasi ayam, cendol, sup fishball untuk santapan rider yang kepenatan dan kebuloq.....Bravo....
Sekian.....
Maaf dipinta sekiranya tulisan di dalam blog ini mengganggu mental pembaca.
Iklas dari ........
RULe Stumpy
KayuhBeb
1 ulasan:
salam warga KayuhBeb.
seronok tgk gmbr2 & baca ulasan.
paling kelakor ulasan pasal bro yg pitam tu, siap ada lokasi tmpt kejadian lagi hehehe ...
Catat Ulasan