Halaman

Selasa, 27 Julai 2010

Sungai Tangsi Fruit Fest Offroad Ride

Sungai Tangsi Fruit Fest Offroad Ride

“Jom Kayuh Sg Tangsi ramai-ramai ngan geng MTB lain”25July2010….antara slogan yang diiklankan di FB Beskal ternyata menarik seramai 38rider berkumpul untuk berlawak jenaka dengan rakan kayuhan dari segala pelusuk jajahan. Ada yang baru kenal dan ada yang lama dah tak jumpa, tapi atas minat yang sama, kami dikumpulkan untuk bergelak ketawa dan melantak buah-buahan…..slurpppp….masih terasa manis rambutan fresh yang dipetik dari pokok…dikupas..terus masuk ke mulut….nikmatnyaaaaa…….

Itu adalah intro yang semata-mata untuk menyakat rakan-rakan yang tak dapat turut sama kayuh dan ada kena mengena dengan yang hidup sahaja….

Setelah briefing diberi..... oleh Bro Shahrul yang mana target kayuhan kali ini adalah untuk mandi sungai Tangsi sebagai umpan menutup segala kepayahan yang akan dilalui oleh rider-rider ....kayuhan diteruskan

Beberapa Kilometer awal..kayuhan amat menenangkan jiwa...slow and steady dan relax jeee....no rushing.....hinggalah tetiba dihidangkan dengan climbing single trail bertatahkan simen concrete....ingat pendek...panjang juga lah....hinggalah diberikan downhill single trail hingga lasampai ke kebun durian....serba sedikit bau durian secara tak langsung memberi pemulihan tanaga ala-ala power bar.

Disini Uncle dalam gambar dibawah dengan murah hati telah memberi kami makan durian yang dikutipnya....itupun setelah Bro Ajib memuji yang uncle tu hensem dan akan masukkan gambarnya dalam blog....

Kesempatan ni juga diambil oleh rider-rier lain untuk berehat sambil mengambil bau durian jee sebab uncle tu bagi 2 biji jeee...

Setelah puas terkentut durian..kayuhan diteruskan ke Sungai Tangsi....kali ni kami dihadangkan dengan trail dowhill yang lebih technical...yang mana dibawahnya pepohon langsat yang lebat berbuah menanti untuk dilahap....slurppppp....lemak dan manis....

Setelah puas melantak langsat..perjalanan ke Sg Tangsi diteruskan.....kali ni kami dihidangkan dengan pendakian jalan tar.....sedang kami mengayuh...tiba-tiba......jeng!jeng!jeng!.....buah-buah rambutan bergolek-golekan dan bertaburan dijalan raya menghalang perjalan kami...setelah dibelek-belek..ternyata masih fresh lagi...rupanya-rupanya Abang dan Kakak empunya kebun yang menghulurkan dengan ikhlas....rider yang pada awal nya hanya beberapa kerat tetiba je manjadi ramai semula...jenuh Akak dan Abang tu mengait rambutan unutk kami.....walaubagaimanapun jasa mu dikenang.....

"Bagi kat saya kak!.....saya pun nak!" antara jeritan dan laungan dari rider-rider ala-ala reformasi

Lagi sekal perjalanan yang "terganggu" diteruskan....sepanjang kayuhan kelihatan rider semua tersenyum je......penangan manis rambutan la katakan.....ermmmmm slurppppp......fresh lagi...

Kayuhan kali ini adalah melalui tepian sungai Tangsi yang mana kalau terus mengayuh akan sampai ke Endau Rompin.....bak kata MKA......biar betul....tapi memang betul ...kalau ikut jalan raya balik la pi ke Johor......(statement diatas adalah lawak semata-mata..jangan ada rider yg cuba pulak"

Sampai sahaja tempat yg dituju, aktiviti mandi manda pun dilakukan dan santapan pulut berlauk ikan masin hasil masakan Sis Zai Kona......lemak dan masin.....ermmmm..enaknya.......

Lagi sekali perjalanan balik ....rezeki menanti kami di pondok persinggahan Makcik Midah dengan baik hati dan ikhlas memberi kami makan rambutan, pulasan, manggis, langsat, durian, wajik durian, keropok leko, air oren...dan macam-macam lagi la...bak kata apa sahaja yang ada didepan mata semuanya Makcik Midah bagi dengan ikhlas.....

BEFORE.....Keadaan buah-buahan semasa baru sampai......buah manggis

AFTER.......

Hasilnyaaaa...................

Yang paling best tu..siap bancuh air oren lagi untuk rider-rider....betul-betul menunjukkan keikhlasan Makcik Midah.....marilah kita beramai-ramai mendoakan supaya Makcik Midah dan keluarganya murah rezeki....dan kebunnya akan menghasilkan buah dengan lebih banyak lagi dimasa-masa akan datang....Insyaalllah...

Apa-apa pun terima kasih kepada organiser dan juga Bro Shahrul, MKA, Nasrol dan lain-lain rider yang turut serta kerna berjaya membuat kayuhan yang meninggalkan kenangan manis rambutan, durian, langsat, pulasan...dan tak lupa juga Wajik Duriannnn.






Khamis, 22 Julai 2010

Denkil-Kota Warisan-Jenderam...Suke-suke Ride

Setelah sekian lama tidak diterjah kerana asyik melayan Jamboree....akhirnya kayuhbeb kembali semula ke trail Denkil-Kota Warisan - Jenderam sejauh 32km. Ride kali ini dipanggil Suka-suka ride..sebab banyak bergambar dan gelak ketawa lebih dari mengayuh.

Kayuhan kali juga disertai lebih kurang 21 rider yang otai, juga rider baru, juga kenalan baru

Setelah penerangan diberi oleh Bro Rule, kayuhan selow-selow menerjah trail Denkil dimulakan dengan Uncle Yap dilantik menjadi Sherpa dan Bro Wan sebagai sweeper. Masing-masing menjalankan tugas dengan dedikasi tanpa paksaan.

Perjalanan ke Kota Warisan tak banyak pendakian yang dilakukan dan bukit yang di lalui juga amat kurang dan kebanyakkan boleh didaki...cuma gambar dibawah ni rider saje je nak ambik gambar tolak beskal..he!3x



Disebab kan konsep kayuhan adalah suke-suke ride, penat je kayuh kami bergambar......

Pastu melepak kat kedai mamak Kota Warisan...kayuh sikit..ambik gambar banyak....


Tengah menunggu ERL untuk chiken loop.....

Setelah tiada ERL yang sanggup berenti mengambil rider-rider yang berbau nih..kayuhan terpaksa diteruskan mendaki bukit yang agak panjang juga sebelum diberi hadiah downhill yang panjang...




Sebagai menghargai rider-rider Kayuhbeb dan rakan-rakan yang menjaga Bro Kuyu dengan baik semasa kayuhan, bini Kuyu telah membekalkan Murtabak dan Putu Piring untuk santapan kawan-kawan yang kelaparan....."Next time aku bawa cheese cake pulak" kata Kuyu...ayat tambahan dari blogger supaya bini Kuyu bekalkan cheese cake untuk ride akan datang



Setelah mengisi tenanga dengan putu piring Kuyu, pendakian ke Bukit Penat diteruskan
....hanya Bro Peter sahaja berjaya mendaki dengan mengayuh beskal hingga ke puncak...rider lain seperti biasa mengambil kesempatan bergambar dengan menolak beskal.....



Pendakian ke bukit pencawang terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang kurang mengizinkan..apalagi kayuhab balik pun dibuat....

Tahniah kepada rider-rider semua kerana telah berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 32km dengan jayanya....TQ kepada rider Ijol,Peter and the gang kerana sanggup datang dari jauh....CIkgu Razak and da geng, Bro Fuad, Bro Azureen, juga otai KayuhBeb Cikgu Ishak dan Wak Lias..sebab tu hujan sebab terkejut bro menghadirkan diri....Juga terima kasih diucapkan kepada Uncle Yap dan Bro Wan kerana telah menjalankan tugas sebagai Sherpa dan Sweeper dengan sabar.

Perjalanan balik, kami telah singgah di Kedai Mee Sup dan Kelapa Bakar Sg Manggis.....


Selasa, 13 Julai 2010

Kayuhan Lepas Lipat Kain...Bukit Kemandul

Kayuhan Lepas Lipat Kain...Bukit Kemandul


Setelah sekian lama berehat, kayuhan bukit Kemandul yang diadakan pada 11th July 2010, betul memanggil kengkawan untuk berenti melipat kain semata-mata untuk berkayuh dengan kengkawan yang lain.

Perancangan asal ingat nak redah je, maklumlah dah lama tak masuk kemandul, tapi bila 35 orang rider menghadirkan diri....(ada kengkawan baru, ada rider Otai KayuhBeb, ada geng TEN90, Roto-X...dan lain-lain lagi lah)...maka kayuhan terpaksa disusun semula bagi memastikan kayuhan berjalan lancar....

Tok Batin Man Sawit yang sepatutnya menjadi Sherpa pada hari tu, tak juga sampai-sampai....jadilah kayuhan pada hari tu agak kureng lancar sedikit kerana rider yang ada tak begitu mahir dengan Bukit Kemandul.....apalaaa, wat malu je..kata Lubuk KayuhBeb....ha!3x....

Tapi Alhamdulilah, ladang Jambu yang dicari tetap kami jumpa...dapatla merasa jambu cecah ngan kicap + garam + belacan + recepi rahsia SIS Zai Kona...perghhhhh! yummy!yummmy!..lain kali kita bawa blender la pulak..leh wat air jambu.

Sebelum balik...masing-masing mengucapkan terima kasih pada Tokeh Jambu yang ada disitu.....

"Tima kaseh ya tokei"
" Tara apa, sikit hal punya, tara habis wa punya kebun" dengan nada yang bangga untuk 5 rider yang pertama....

Tapi nada bangga tu menjadi sayuuuu je bila rider yang ke 35 mengucapkan terima kasih......

Apa-apa pun terima kasih kepada kengkawan yang sudi bersama kayuh di Bukit Kemandul...dan maaf dipinta sebab perancangan tak berjalan dengan lancar......apa-apa pun memang best....

Antara rider cilik yang menghadirkan diri...

Re-union..Otai Kayuhbeb..setelah beberapa tahun tak berjumpa..Kemandul menjadi tempat jejak kasih

Rakan-rakan baru...



Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang