Halaman

Khamis, 22 Julai 2010

Denkil-Kota Warisan-Jenderam...Suke-suke Ride

Setelah sekian lama tidak diterjah kerana asyik melayan Jamboree....akhirnya kayuhbeb kembali semula ke trail Denkil-Kota Warisan - Jenderam sejauh 32km. Ride kali ini dipanggil Suka-suka ride..sebab banyak bergambar dan gelak ketawa lebih dari mengayuh.

Kayuhan kali juga disertai lebih kurang 21 rider yang otai, juga rider baru, juga kenalan baru

Setelah penerangan diberi oleh Bro Rule, kayuhan selow-selow menerjah trail Denkil dimulakan dengan Uncle Yap dilantik menjadi Sherpa dan Bro Wan sebagai sweeper. Masing-masing menjalankan tugas dengan dedikasi tanpa paksaan.

Perjalanan ke Kota Warisan tak banyak pendakian yang dilakukan dan bukit yang di lalui juga amat kurang dan kebanyakkan boleh didaki...cuma gambar dibawah ni rider saje je nak ambik gambar tolak beskal..he!3x



Disebab kan konsep kayuhan adalah suke-suke ride, penat je kayuh kami bergambar......

Pastu melepak kat kedai mamak Kota Warisan...kayuh sikit..ambik gambar banyak....


Tengah menunggu ERL untuk chiken loop.....

Setelah tiada ERL yang sanggup berenti mengambil rider-rider yang berbau nih..kayuhan terpaksa diteruskan mendaki bukit yang agak panjang juga sebelum diberi hadiah downhill yang panjang...




Sebagai menghargai rider-rider Kayuhbeb dan rakan-rakan yang menjaga Bro Kuyu dengan baik semasa kayuhan, bini Kuyu telah membekalkan Murtabak dan Putu Piring untuk santapan kawan-kawan yang kelaparan....."Next time aku bawa cheese cake pulak" kata Kuyu...ayat tambahan dari blogger supaya bini Kuyu bekalkan cheese cake untuk ride akan datang



Setelah mengisi tenanga dengan putu piring Kuyu, pendakian ke Bukit Penat diteruskan
....hanya Bro Peter sahaja berjaya mendaki dengan mengayuh beskal hingga ke puncak...rider lain seperti biasa mengambil kesempatan bergambar dengan menolak beskal.....



Pendakian ke bukit pencawang terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang kurang mengizinkan..apalagi kayuhab balik pun dibuat....

Tahniah kepada rider-rider semua kerana telah berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 32km dengan jayanya....TQ kepada rider Ijol,Peter and the gang kerana sanggup datang dari jauh....CIkgu Razak and da geng, Bro Fuad, Bro Azureen, juga otai KayuhBeb Cikgu Ishak dan Wak Lias..sebab tu hujan sebab terkejut bro menghadirkan diri....Juga terima kasih diucapkan kepada Uncle Yap dan Bro Wan kerana telah menjalankan tugas sebagai Sherpa dan Sweeper dengan sabar.

Perjalanan balik, kami telah singgah di Kedai Mee Sup dan Kelapa Bakar Sg Manggis.....


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang