Halaman

Selasa, 27 Julai 2010

Sungai Tangsi Fruit Fest Offroad Ride

Sungai Tangsi Fruit Fest Offroad Ride

“Jom Kayuh Sg Tangsi ramai-ramai ngan geng MTB lain”25July2010….antara slogan yang diiklankan di FB Beskal ternyata menarik seramai 38rider berkumpul untuk berlawak jenaka dengan rakan kayuhan dari segala pelusuk jajahan. Ada yang baru kenal dan ada yang lama dah tak jumpa, tapi atas minat yang sama, kami dikumpulkan untuk bergelak ketawa dan melantak buah-buahan…..slurpppp….masih terasa manis rambutan fresh yang dipetik dari pokok…dikupas..terus masuk ke mulut….nikmatnyaaaaa…….

Itu adalah intro yang semata-mata untuk menyakat rakan-rakan yang tak dapat turut sama kayuh dan ada kena mengena dengan yang hidup sahaja….

Setelah briefing diberi..... oleh Bro Shahrul yang mana target kayuhan kali ini adalah untuk mandi sungai Tangsi sebagai umpan menutup segala kepayahan yang akan dilalui oleh rider-rider ....kayuhan diteruskan

Beberapa Kilometer awal..kayuhan amat menenangkan jiwa...slow and steady dan relax jeee....no rushing.....hinggalah tetiba dihidangkan dengan climbing single trail bertatahkan simen concrete....ingat pendek...panjang juga lah....hinggalah diberikan downhill single trail hingga lasampai ke kebun durian....serba sedikit bau durian secara tak langsung memberi pemulihan tanaga ala-ala power bar.

Disini Uncle dalam gambar dibawah dengan murah hati telah memberi kami makan durian yang dikutipnya....itupun setelah Bro Ajib memuji yang uncle tu hensem dan akan masukkan gambarnya dalam blog....

Kesempatan ni juga diambil oleh rider-rier lain untuk berehat sambil mengambil bau durian jee sebab uncle tu bagi 2 biji jeee...

Setelah puas terkentut durian..kayuhan diteruskan ke Sungai Tangsi....kali ni kami dihadangkan dengan trail dowhill yang lebih technical...yang mana dibawahnya pepohon langsat yang lebat berbuah menanti untuk dilahap....slurppppp....lemak dan manis....

Setelah puas melantak langsat..perjalanan ke Sg Tangsi diteruskan.....kali ni kami dihidangkan dengan pendakian jalan tar.....sedang kami mengayuh...tiba-tiba......jeng!jeng!jeng!.....buah-buah rambutan bergolek-golekan dan bertaburan dijalan raya menghalang perjalan kami...setelah dibelek-belek..ternyata masih fresh lagi...rupanya-rupanya Abang dan Kakak empunya kebun yang menghulurkan dengan ikhlas....rider yang pada awal nya hanya beberapa kerat tetiba je manjadi ramai semula...jenuh Akak dan Abang tu mengait rambutan unutk kami.....walaubagaimanapun jasa mu dikenang.....

"Bagi kat saya kak!.....saya pun nak!" antara jeritan dan laungan dari rider-rider ala-ala reformasi

Lagi sekal perjalanan yang "terganggu" diteruskan....sepanjang kayuhan kelihatan rider semua tersenyum je......penangan manis rambutan la katakan.....ermmmmm slurppppp......fresh lagi...

Kayuhan kali ini adalah melalui tepian sungai Tangsi yang mana kalau terus mengayuh akan sampai ke Endau Rompin.....bak kata MKA......biar betul....tapi memang betul ...kalau ikut jalan raya balik la pi ke Johor......(statement diatas adalah lawak semata-mata..jangan ada rider yg cuba pulak"

Sampai sahaja tempat yg dituju, aktiviti mandi manda pun dilakukan dan santapan pulut berlauk ikan masin hasil masakan Sis Zai Kona......lemak dan masin.....ermmmm..enaknya.......

Lagi sekali perjalanan balik ....rezeki menanti kami di pondok persinggahan Makcik Midah dengan baik hati dan ikhlas memberi kami makan rambutan, pulasan, manggis, langsat, durian, wajik durian, keropok leko, air oren...dan macam-macam lagi la...bak kata apa sahaja yang ada didepan mata semuanya Makcik Midah bagi dengan ikhlas.....

BEFORE.....Keadaan buah-buahan semasa baru sampai......buah manggis

AFTER.......

Hasilnyaaaa...................

Yang paling best tu..siap bancuh air oren lagi untuk rider-rider....betul-betul menunjukkan keikhlasan Makcik Midah.....marilah kita beramai-ramai mendoakan supaya Makcik Midah dan keluarganya murah rezeki....dan kebunnya akan menghasilkan buah dengan lebih banyak lagi dimasa-masa akan datang....Insyaalllah...

Apa-apa pun terima kasih kepada organiser dan juga Bro Shahrul, MKA, Nasrol dan lain-lain rider yang turut serta kerna berjaya membuat kayuhan yang meninggalkan kenangan manis rambutan, durian, langsat, pulasan...dan tak lupa juga Wajik Duriannnn.






Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang