Halaman

Rabu, 4 Ogos 2010

Kayuhan cari buah….Kemensah

Kayuhan cari buah….Kemensah ..1st August 2010

Setelah beberapa rider jelos dengan Kayuhan Fruit Fest Sg Tangsi, kayuhan Kemensah kali ini dihadiri tidak kurang dari 41 rider yang datang dari pelusuk ceruk Klang Valley dengan satu harapan dapat menerjah dusun buah di Kemesah.

Lebih kurang jam 9am, setelah selesai penerangan diberikan oleh Bro Mazuan dan Bro Strike dari DUKE CT, kayuhan menerjah Trail Kemensah pun dimulakan.

Kayuhan awal tarmeg, melalui tepian sungai yang juga kawasan berkelah yang mana airnya agak kerus sedikit...ini adalah kerana hujan lebat yang turun pada malam hari....

HUJANNNN? dah sah la trail berselumuh ngan lumpur......tekaan kami memang betul....

Tapi itu bukan halangan, yang penting mesti enjoy dah kayuhan cari dusun buah tetap diteruskan........mungkin tak de rezeki hanya ini (gambar bawah) yang kami jumpa.....he!3x

Untuk menghilang kan kekecewaan.....apalagi bergambar la kami...

Walaupun trail yang kami lalui agak berlumpur, tapi sausana hutan, single trail uphill, downhill, river crossing memang syok dan menguji ketahanan mental dan juga fizikal...

Dek kerana trail yang berlumpur, kebanyakkan uphill terpaksalah kami tolak dan pikul beskal....

Sedang menolak basikal, Bro Rashid camerama bersuara " Gambar hangpa sumer aku dah ambik, kalau nak delete bayar RM10 hengget"....

Jadi gambar yang keluar kat bawah ni adalah antara yang tak nak bayar 10 hengget....jangan mare bro...gurau je...he!3x

Dah puas menolak, kami dihidangkan dengan Downhill diatas trek yang berlumpur...bayangkanlah sendiri......

Setelah puas melayan downhill, perjalanan ke Dam pun diteruskan.....

Masih menaruh harapan berjumpa ngan dusun buah...tapi ini(gambar bawah) yang kami jumpa

Terima kasih diucapkan kepada Bro Mazuan, Bro Strike and the gang dari DUKE CT kerana sudi melayan kerenah kami dan membawa kami menerjah Kemensah Trail...memang best.

Bro Mazuan....

Bro Strike..




Gambar adalah hasil petikan......

Bro Rashid...http://white-mtb.blogspot.com/

Bro Ajib...

Chif Khaled

Bro Jinggo...


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang