Halaman

Khamis, 11 Mac 2010

Kayuhan 3 in 1 Alam Budiman

Assalamualaikum dan Salam MTB…

Ketidak hadiran blogger kayuhbeb@RULe menyebabkan aku@Kay2 diberi tugas untuk mengemaskini blog kayuhbeb. Sebenarnya aku malas nak mengarang cerita ini, tetapi demi kasih dan setianya aku pada kayuhbeb maka lahirlah catatan yang tidak seberapa ini. Penceritaan yang aku coretkan kali ini mungkin tidak menarik atau tertarik tetapi yang pentingnya trail yang dihidangkan oleh Bro Mubin n gang memang….best!

Jumlah keseluruhan rider pada hari itu adalah seramai 38 orang (kalau tak silap aku lah sebabnya cerita ini “siaran terlewat”) terdiri daripada pelbagai peringkat umur yang berani mencabar tophograpy Setia Alam.

Sebelum kayuhan dimulakan sedikit taklimat telah diberikan oleh tuan rumah pada hari itu dimana ianya disampaikan Bro Mubin. Bla…bla…bla…bukit altantuya….bla…bla…bla…bukit dato sri mubin….bla….bla…bukit cempedak….bla…..bla….makcik donat n lontong…bla…bla…panjat bukit sikit jer, downhill panjang. Hehehehehe……….!


Setiap apa juga yang kita lakukan didunia ini, janganlah kita lupa kepada yang Maha Pencipta. Bacaan doa memohon agar aktiviti MTB yang dilakukan pada hari itu mendapat perlindungan daripada Yang Esa telah dilakukan oleh Bro Ajib.

Tepat jam 8.30am maka bermulah kayuhan yang agak santai@kayuhan memanaskan kepala lutut mengikut jalan raya menuju ke bukit altantuya.

Perjalanan ke bukit altantuya di sulami dengan gelak ketawa daripada riders yang sememangnya amat teruja untuk kebukit yang pernah menggemparkan dengan cerita-ceritanya.

Disebabkan riders yang agak ramai berlaku sedikit kesesakan lalu lintas pada permulaan pendakian bukit altantuya.Walaubagaimanapun ianya dapat diatasi dengan adanya kemahiran mengendalikan basikal yang ada pada riders pada hari itu.

Setelah henjutan demi henjutan maka sampailah kami ke puncaknya dimana disini riders mengambil kesempatan untuk berehat seketika.

Setiap yang naik mesti ada yang turun, jadi sedikit kata-kata nasihat daripada Bro Mubin kepada riders agar berhati-hati semasa melayan downhill kerana katanya ada rider yang pernah tersungkur semasa melayan downhill ini. Jadi aku tidak berapa berani…(hehehe) dan oleh sebab itu adalah gambar-gambar riders yang melayan downhill ini dengan rakusnya.

Tiub bocor?Itulah yang telah dialami oleh seorang rider pada hari itu. Dengan semangat kerjasama pertolongan telah diberi tidak kiralah tolong tengok sekalipun.

Perjalanan downhill itu rupa-rupanya membawa kami ke jalan raya kembali. Sedikit teknikal downhill terpaksa dilalui untuk kejalan raya.Ada rider yang mengharungi dan ada rider yang santai-santai sahaja.


Destinasi bukit yang seterusnya harus ditempuhi oleh riders adalah bukit cempedak. Sebelum sampai ke bukit cempedak ini laluan yang tiada canopy terpaksa ditempuhi.Mujurlah pada hari itu,cuaca menyebelahi kami.

Maka sampailah kami ke bukit cempedak yang dikelilingi oleh pokok-pokok cempedak.Bukit ini biasa-biasa sahaja.Bak kata seorang rider,”bangla punya basikal pun boleh panjat ni”.

Tapi rupa-rupanya itu hanyalah gurauan kemesraan daripada pihak tuan rumah untuk menunjukkan bukit yang sebenarnya harus ditawan, bukit yang diberi nama bukit dato sri mubin kerana dengar ceritanya mengambil nama yang empunya diri penakluk bukit itu dengan sekali nafas.

Setelah segala kudrat peluh jantan dan peluh betina keluar, maka sampailah kami kepuncak yang diberi nama ‘eagle dropping’.Keadaan cuaca yang begitu nyaman dan dingin seolah-olah berada dipuncak genting.

Segala kekuatan telah dikumpul kembali apabila berada di ‘eagle dropping’ dan tibalah masanya untuk melayan downhill.Semua rider bersedia dengan jentera masing-masing dan pembaca blog ini boleh saksikan sendiri pada gambar-gambar yang disediakan

Perut sudah semakin keroncong meminta belas kasihan untuk diisi. Terbayang-bayang lambaian makcik lontong n donat memanggil riders agar segera menuju ke kedainya. Acara merempit telah dilakukan dalam perjalanan kesana kerana laluan yang dilalui adalah kebun sawit yang landai. Tepat jam 10.50am maka sampailah kami ke kedai makcik itu yang sememangnya telah bersedia dengan serbuan kali ini.

Tepat jam 11.30am segala pembayaran telah dibereskan dan perjalanan menuju ke tempat permulaan diteruskan kembali.Melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit. Disini sedikit keseronakan dan hilai tawa riders telah berlaku walaupun diatas kesengsaraan orang lain.Hehehehe….

Kusangkakan gelak sampai ke penamat, rupanya-rupa, fuhh…satu pendakian yang agak panjang terpaksa ditempuhi oleh riders. Mujurlah perut aku hanya diisi dengan seketul donat dan segelas Nescafe ais. Tiadalah berat sangat rasanya nak melayan pendakian itu. Riders yang lain tak tahulah aku…

Teknikal downhill terpaksa dilalui untuk menuju kejalan raya.yang akan membawa riders pulang ke tempat permulaan.

Alhamdulillah kayuhan telah berjaya ditamatkan pada jam 12.30pm. Terpancar kepuasan dan kegembiraan pada wajah riders yang berjaya mengharungi bentuk muka bumi Setia Alam. Terima kasih kepada Bro Mubin n Gang yang sudi melayan kami peminat-peminat MTB.Wassalam……



Isnin, 1 Mac 2010

I am Back...Kemandul.... terlanjur lak ke Ladang Teh

I am Back...Kemandul.... terlanjur lak ke Ladang Teh

Tanpa disangka-sangka Kayuhan Bukit Kemandul mendapat sambutan yang hangat dari rakan-rakan sekayuhan yang lain yang mana seramai 41 orang dari sekitar Klang Valley telah turut serta.






Ye la...bukannye ape..Bukit Kemandul ni tak lah mencabar sangat macam bukit-bukit yang lain jadi mungkin ramai yang tak berminat...tapi sebaliknya ramai yang turut serta mungkin lebih kepada ingin merapatkan lagi tali persahabatan dan mencari kenalan baru.


Bila sebut santai..kayuhan adalah lebih kepada social....jadi tenaga yang lebih boleh la digunakan untuk buat lawak jenaka dan berborak-borak dengan rakan-rakan yang lain..baik dah lama kenal maupun yang baru.....aktiviti bergambar? jangan cakap la..ada je view menarik pasti bergambar.....




Untuk tidak menghampakan rider-rider yang datang, kami telah menukar laluan dengan membawa rakan-rakan kayuh ke Ladang Teh Sri Cheding dengan tujuan hendak BERGAMBOR.



Perjalanan balik biasalah, pemanasan global telah menjadi salah satu cabaran yang terpaksa diharungi oleh rider-rider semua hingga sampai semula ke Bukit Kemandul..

sebelum tu sempat lah singgah kat ladang Jambu bagi memasahi tekak yang kering.



Bergambar kenangan dengan rider "MAT SALLEH" yang kayuh bersama kami

Suasana gembira dan enjoy tadi telah bertukar suram apabila 2 dari 20 lebih kereta yang diletakkan di Bukit Kemandul telah dipecahkan cermin tingkap....ni sumer keja mat pit la nih..yang hilang cuma duit syiling je...naya member kita kena keluar duit beli cermin.....

Kepada sesiapa yang ingin berkayuh di Bukit Kemandul, dinasihatkan meletak kereta anda di tepi Jalan Raya ataupun berdekatan sekolah.

Pihak KayuhBeb meminta ampun dan maaf diatas kejadian yang berlaku.

Isnin, 22 Februari 2010

Sri Iskandar Exploration...memang BESTTTT


Sri Iskandar Exploration...memang BESTTTT
Seperti yang dirancang, seramai 18 Geng KayuhBeb berjaya mendapat lesen untuk menyahut cabaran Sri Iskandar Exploration sejauh 55km.

Kayuhan bermula lebih kurang jam 7:30km dengan melalui laluan jalan raya sejauh 7 km sebelum memasuki Offroad.

Bacaan doa sebelum dilepaskan


Rider didikan Bro Ajai..power nih


Seperti mana-mana jamboree..bottleneck adalah setipa kali masuk offroad yang pertama..JEMMMM..tapi sebab dah biasa menghadapi situasi macamni..takde lah complain sangat


Trek Sri Iskandar memang best ..macam-macam laluan ada...Kebun SAWIT ada, Getah ada..hutan ada..naik bukit ada, turun bukit ada....macam-macam adaaaaaa....memang best..rugi kalau tak join..tapi nak buat camne yek dah lepas...

Organizer juga telah menjalankan kerja yang cukup bagus, setiap check point ada air..100 plus pun adaaaa, epal pun adaaaaa...polis jangan cakap la..ramai..nasib baik tak minta lesen kayuh beskal....terima kasih.....

Cuaca yang panas tak leh nak elak la...sebab tu ramai rider yang kayuh laju-laju sebab nak cepat habis sebelum matahari naik...yang berjaya habis la cepat..yang tek berjaya..pitam la tengah jalan....nak buek camne....

Kayuhan Sri Iskandar telah menemukan Geng Kayuh Beb Central (Klang Valley) dengan cawangan-cawangan dari Kuantan yang diwakili oleh Bro DJ Dann, Teluk Intan..Bro Ismail, Batu Gajah..Elmiza.

Juga di Sri Iskandar Geng KayuhBeb juga telah berkenalan dengan ramai geng-geng kayuh yang selama ni cuma dapat bergurau senda dalam FaceBook sahaja....inilah kelebihan Jamboree.

Tak habis tak pe..yang penting kita enjoy...







Bro Shuhairi dari Bukit Jelutong..next time bawa kitaorang layan Kiara XC


Iklan 100 Plus


100 Plus yang dibekalkan unutk setiap rider..banyak tuh



Pantang jumpa tempat teduh..apalagi..melepak la


Teruja bila nak mula memasuki hutan...sejukk sikit.







Beratur ambil makan..pun tengah panas..perg!


Bro Dincycle..berjaya menamatkan kayuhan Jamboree tanpa paksaan

Harapan menanti untuk Lucky Draw..semua semangat untuk ulang Lucky Draw Kawat

Laungan kegembiraaan..semua selamat tanpa insiden tak diingini..pitam dan krem tu baisalah

Keciwa sebab sorang pun tak dapat Lucky Draw

Alhamdulilah rumah Homestay yang dapat pun besar dan tak jauh dari tempat kayuhan. Pendaftaran semua berjalan lancar..cuma jersey saiz M dan 2XL sahaja yang belum dapat. Organizer janji nak hantar Pos laju..harap dikotakan..insyaallah.

Jumaat, 19 Februari 2010

Sri Iskandar Exploration Journey...KayuhBeb Arrangement

Salam semua,

Arrangement untuk Sri Iskandar adalah seperti berikut;

Sabtu 20hb Feb 2010, kumpul di rumah Bro Rule pada pukul 2:30pm.

3 kenderaan disediakan untuk mengangkut 10 rider dan 10 basikal.

Kenderaan terlibat;

1. Proton Exora ...Driver : Bro Kamarul OnOne
2. Toyota Unser ...Driver : Bro Kulat
3. Toyota Unser ...Driver : Bro Krul

Exora akan membawa seramai 6 rider termasuk Driver.
Lagi 2 rider termasuk driver naik unser Kulat
Lagi 2 rider termasuk driver naikl unser Krul

5 basikal akan diangkut oleh Unser Kulat
lagi 5 basikal akan di angkut oleh Unser Krul...

Jadi total semua adalah 3 kereta, 10 rider, 10 basikal...

Kalau susah sangat nak faham tengok ajelah "table" dibawah.
Kalau tak faham jugak, bawa ajelah basikal anda ke rumah RULe sebelum jam 2:30pm.

Duit minyak dan toll akan dithong-thong sama rata antara penumpang sahaja. Jadi tolong sediakan seberapa banyak duit kecil yang mana akan di collect oleh Bro Ghan sebelum anda dan basikal anda naik kereta.

Sekiranya tak cukup, collection kali kedua akan dibuat di rumah Homestay.

Sekiranya ada masalah dan aduan boleh la di ajukan kepada Bro RULe.

HOMESTAY

Homestay hanya berjaya dapat untuk Semi D , 4 bilik tidur, 3 bilik air untuk menampung seramai 18 hingga 20 orang rider. Jadi pandai-pandai lah anda membawa kelengkapan tidur anda sendiri, kerana penginapan akan jadi seolah-olah rumah pelarian. Sesiapa yang ingin membawa TOTO atau NARITA atau Sleeping Bag anda amat dialu-alukan..
(Kalau ada rider Kelab lain yang sudi menumpangkan beberapa orang rider KayuhBeb ...boleh lah contact Bro RULe)

Duit Homestay akan dicollect oleh Bro Ghan sebelum anda tidor...jadi kalau anda tak bayar..tido anda akan diganggu oleh raksasa yang akan di upah oleh tuan bendahari.

Berikut adalah alamat Homestay untuk sesiapa yang pergi sendiri tanpa mengikuti KONVOI JALAN-JALAN CARI MAKAN KAYUHBEB

No 15 , Jalan 10, Taman Iskandar Bistari, Sri Iskandar.


Segala Komplen, Aduan ataupun pertanyaan boleh lah di ajukan kepada Bro RULe.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan kayuhan Sri Iskandar...

Tak Larat Kayuh....kita tolak.
Tak Larat Tolak.....Kita rehat.
Kalau dah rehat tak larat juga...apalagi..chicken loop la...
Yang penting...kita ENJOYYYYYY.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang