Halaman

Rabu, 16 Jun 2010

Kayuhan Saujana Kajang - Sg. Long II

"kul 11.25am dah balik...? baru 15 km jer... 2nd loop jom..!!!. racun ku pada MKA / Pakyen.. "he he he.." itu lah jawapan mereka..
minggu dpn free tak..? jom layan lagi..!!! ok.. jawab pakye...

......Maka terhasil lah:..

Kayuhan Saujana kajang - Sg. Long II
Jarak kayuhan : 22Km.
Starting point : Giant Hyper market kajang.
Date : 13/06/2010
pic ramai 75

Selain geng2 "kayuhbeb" dan geng2 Tuan tanah "Tezibone", turut sama dlm kayuhan ni juga "geng2 XL, Sri Putra, Kota Damansara dan lain2".
Total yg joint 25 org.




Perancangan awal, MKA bertindak sbg Leader. Atas sbb yg tak dpt dielak, beliau menarik diri dr turut serta. jadi tugas lead diserah kp Nasrul. Terima kasih kerana datang jugak utk moral support.





4 km pertama on road digunakan utk warm up. nampak reaksi rider hari ni semua segar bugar bila dgr cerita "single track" di trail sini mmg menaikan shawat siapa saje yg ride...



Bila semua dah berkumpul, barulah laluan offroad dimulakan.. masuk jer terus dihidangkan dgn climbing yg landai tapi jauh...



mcm biasa lah.. "penat kayuh kita tolak, penat tolak kita rehat, dah rehat pon tak larat jugak chicken loop lah.."







Bagi rider yg biasa kayuh takder masalah kat 1st climbing ni. cuma, kalu lama sangat berehat ini lah jadinya... di tambah pulak mlm tadi
tidor lewat sbb tengok bola World Cup..






Selepas berehat sekejap sambil menunggu raider lain sampai kat pondok atas bukit ni ( tak tau nama), kayuhan di teruskan..









sampai kat kebun "Deroyan" aku tengok ramai dah berlonggok..." huuiiyooo .., makan durian ni..!!!..
malangnya sangkaan ku meleset... rantai putus daaaa...




sambung kayuh, terus jer masuk ladang getah dan single trail hutan renik.... " manyak siok wooo...."







setelah 8 km di redah, tiba di CP 2, dari sini 5 org pengayuh mohon mengundur diri sbb nak makan nasi minyak. kene balik cepat kata mereka...


Pada yg meneruskan kayuhan inilah masanya..." Climbing timeeee...."





kat puncak bukit tu ada kwn2 tanya aku.." ada bukit lagi ke bang...!!!" kihkihkih...
setelah berehat sambil pekene pisang, power bar, rebina, pasang ubat nyamuk (power stick).. mula lah layan D/H..
(maap la tak sempat nak ambik pic.....Rugi wooo kalu tak layan")...kihkihkih..




lepas 15 min menunggu, Nasrul cll pakyen.." ada org crame.. jalan dulu la..." 12 org yg group depan yg dah tak sabar ni
layan lah D/H & single trail yg mengimbas kembali kenangan di Kayuh Lasak 09, Penang tahun lepas.. single trail simen dgn switch back nya...







balik tu sempat la pekene nasi kerabu & ayam percik kay restoran YATI... "sedap banyak.."


sekalong tahniah buat semua rider yg joint kayuhan ini yg mmg "tough tapi enjoy". juga jutaan Terima kasih buat "sherpa" Nasrul., sweeper
Bro Arue Orbea dan juga pakyen...(yg aku curi sebahagian dr pic nya dlm lapuran ni..)



Pada mereka2 terutama Geng Lipat Kain, Luangkan lah masa utk berkayuh ke Track ni ( dengan kebenaran tuan tanah ). Walau pon penat mendaki,
tp, berbalai dgn single trail yg technical & canopy, D/H dan banyak lagi yg specialnya... cuba sendiri baru tahu...tak kenal maka tak cinta..
maaf jugak kalu picture tak berapa memuaskan kerana aku cuma berbekalkan camera N7T sahaja...

Happy Cranking....
kulat..




Rabu, 2 Jun 2010

HTR Ipoh Jamboree….Kayuh sedap, makan pun sedap

HTR Ipoh Jamboree….Kayuh sedap, makan pun sedap

Kali ni seramai 20 orang rider KayuhBeb yang sempat melipat kain awal-awal, telah menyahut cabaran HTR Ipoh Jamboree yang diadakan pada 30hb May 2010 di Tambun, Perak yang disertai seramai 1050 rider yang berdaftar.

Lebih kurang 7:40am, rider-rider dilepaskan….apalagi, masing-masing pun berebut-rebut la untuk menyeksa diri dengan mengayuh beskal masing2x. Ada yang memecut dengan harapan menjadi Juara antara kawan-kawan je, ada juga santai menikmati penyeksaan secara pelan-pelan dan ada jugak yang nak tayang beskal, fox baru, water bladder baru, juga jersey Along baru.….apa-apa pun yang penting kita enjoyyyy…HAPPY CRANKING BEB!

Seperti biasa, kayuhan awalan bermula di jalan tar yang rata lagi enjoy.Belum pun sempat badan berpeluh, kami dihidangkan dengan bukit yang agak tinggi seolah-olah menuju ke bukit batu kapur….disini, berpusu-pusu lah rider-rider menolak beskal menuju puncak.

Pemandangan yang menarik tak dilepaskan untuk bergambar..penat nak berehat pun ye la jugak.

Setelah puas diseksa dengan pendakian, kami dihadiahkan dengan downhill yang panjang dan syok hingga menjilat hidung. Jalan downhill yang luas dan selamat, membuatkan semua rider-rider memecut sepuas hati membalas dendam kesumat atas penyeksaan yang diberikan sebelum ini.

Ternyata madu yang diberi tak tahan lama...madu palsu kut....lagi sekali dengan gumbiranya Geng HTR menyeksa rider-rider yang ada termasuk la Geng KayuhBeb.

Kena ngan motto KayuhBeb...Tak larat kayuh..... kami tolak, penat tolak......kami rehat....Happy Cranking

Pendakian yang sikit menyeksakan seperti biasa dibalas ngan downhill..kali ni banyak lak dowhillnye ...tu yang best....downhill hingga la sampai CP2. Disana air dan pisang disediakan.

Selepas CP2, kami dicabar lagi dengan trek Jungle Trekking.....oh tidak..kenangan Taiping kembali lagi...adakah sama ngan Taiping Jamboree???

Biasanyanya seksaan diberi bila mendaki tapi kali ni turun pun kena seksa....pastu diseksa lagi dengan single trail climbing mencanak...

Selepas CP3, trail yang dihidangkan sungguh menawan hati...best gilooooo, climbing best, downhill pun best...siap ada yang senyum melebar je masa downhill.....syok la melayan beskal...

" Bro ada bukit lagi ke kat depan tu?" tanya rider

"Takde, ni je yang last"jawab marshall

"Tadi Bro kt CP2 pun kata camtu juga" tanya rider

"Diaorang tu suka tipu, kami tak" jawab marshall.

Ternyata Bro yang ngaku tak tipu tu pun memang tipu........jangan mare bro gurau je....

Tetap bukit menanti dihadapan......

Disebabkan kepenatan mendaki bukit, salah sorang rider KayuhBeb telah Pitam....dengan itu dengan rasminya dilantik menjadi President Kelab Pitam KayuhBeb...

Alhamdulillah, selain Bro Din, semuanya selamat sampai dtanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tahniah kepada Mansawit kerana antara yang terawal keluar mendapat ranking yang ke 27, diikuti oleh Bro Kamarul, Angah, Krul, Kay2x dan Bro RULe(yang sikit je lagi nak potong TREK), Tan G'han, Lan dan seterusnya yang lain....

Tahniah juga diucapkan kepada rider yang 1st time join Jamboree dan berjaya mengharungi segala cabaran...Bro Ahmad and Wife (Ima), Djul Gep, Hideham, Fendy dan Nazri CIMB....korang memang punya semangat kentalll.

Overall HTR Ipoh Jamboree memang best, walaupun ada kecacatan semasa pemberian goodist(lumrah la), tapi dapat di cover balik dengan trail yang dihidangkan...memang best, ada single trail, river crossing, technical downhill...macam-macam adaaa.

Tiap-tiap CP rider disediakan dengan air dan pisang, dah habis kayuh sekali kehebatan HTR ialah berjaya menghidangkan hidangan yang best nasi ayam, cendol, sup fishball untuk santapan rider yang kepenatan dan kebuloq.....Bravo....

Sekian.....

Maaf dipinta sekiranya tulisan di dalam blog ini mengganggu mental pembaca.

Iklas dari ........

RULe Stumpy

KayuhBeb








Jumaat, 28 Mei 2010

IPOH JAMBOREE Preparation….

IPOH JAMBOREE Preparation….

Bahang Ipoh Jamboree sudah terasa, training idak lagi, masing-masing menanti ngan debaran. Ada yang nak test beskal baru tapi seken, ada yang nak test cassette ngan rantai baru, ada yang first time join jamboree.

Habis kayuh ke tak habis ke lain cerita..tapi yang penting Kayuh…tak larat kayuh kita tolak, dah penat tolak kita rehat…..sesuai ngan motto KayuhBeb….”HAPPY CRANKING”

Jamboree Ipoh kali ni KayuhBeb telah mendaftar seramai 25 orang rider. Yang mana hanya seramai 3 orang sahaja yang tak dapat menghadirkan diri dengan alasan sibuk melipat kain, kena keja ganti bangla cuti juga kerana mak tak bagi pi Ipoh. Tapi tak pe lain nye Jamboree ada lagi…

Bro Kay dan Rule akan bertolak dahulu pada hari Jumaat bagi memastikan highway PLUS clear untuk laluan Rombongan Cik Kiah yang akan bergerak dari Jalan Kebun pada hari Sabtu 29hb May 2010, Jam 5 petang yang diketuai oleh Kamarul Onone dan Krul.

Antara rider yang turut serta menaiki Jentera UNSER dan EXORA adalah:

1. KAMARUL ONONE – Driver EXORA

2. KRUL – Driver UNSER

3. JINGGO – Tukang ambik gambar

4. DEX – Tukang collect duit

5. Bro Azhar

6. Bro Khai

7. Bro Hideham

8. Bro Djul Gep

Bro Angah, Along abang angah dan kuyu kawan angah dan along (angah dan along dibaca sekali) juga dikabarkan akan menyertai Rombongan Cik Kiah ni ke Ipoh.

Bro DINCE the Slayer, Mansawit the Balckhand, Dollah dan Lan kawan Dollah(kawan Dollah dibaca sekali) akan menyusul kemudian kerana nak meniaga hingga untung besar pada hari sabtu itu.

KayuhBeb akan menginap di bango yang terletak berhampiran ngan toll Ipoh Selatan dan kira-kira 5 km ke arah Tambun.

Alamat nye seperti di bawah

No 4 Jalan Desa Ampang 9,

Taman Desa Sri Ampang,

Ipoh.

GPS N4 35.019 E101 08.498

Cara nak gi sana;

Dari PLUS Highway arah ke utara, sila keluar ke Tol Ipoh Selatan.

(Dinasihatkan bayar manual arah paling kiri).

Lepas bayar Toll, ikut je jalan tu sampai jumpa T Junction...ambik ke kiri,

Jalan lagi pastu jumpa lagi T Junction ambik kanan.

Dari sinun, ambil lorong yang kedua..Jalan Desa Ampang 9.

Pastu jerit je KayuhBeb...

Disebabkan ramai yang akan menginap di rumah ini, dinasihatkan masing-masing membawa toto ke narita ke atau bantal sendiri kalau nak selesa.

Untuk sewa rumah sila bayar ke Bri Rule..sorang tak lebih Rm15 hengget..nanti saya bagitau exact amount.

KayuhBeb mengucapkan berhati-hati di jalan raya...dan jangan lupa lak barang keperluan cam Helmet ke , kasut ke dan lain-lain lagi.

Sebarang persoalan boleh la call ke 012-2902002.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang