

Seperti yang dirancang, seramai 18 Geng KayuhBeb berjaya mendapat lesen untuk menyahut cabaran Sri Iskandar Exploration sejauh 55km.
Kayuhan bermula lebih kurang jam 7:30km dengan melalui laluan jalan raya sejauh 7 km sebelum memasuki Offroad.
Bacaan doa sebelum dilepaskan


Rider didikan Bro Ajai..power nih


Seperti mana-mana jamboree..bottleneck adalah setipa kali masuk offroad yang pertama..JEMMMM..tapi sebab dah biasa menghadapi situasi macamni..takde lah complain sangat

Trek Sri Iskandar memang best ..macam-macam laluan ada...Kebun SAWIT ada, Getah ada..hutan ada..naik bukit ada, turun bukit ada....macam-macam adaaaaaa....memang best..rugi kalau tak join..tapi nak buat camne yek dah lepas...
Organizer juga telah menjalankan kerja yang cukup bagus, setiap check point ada air..100 plus pun adaaaa, epal pun adaaaaa...polis jangan cakap la..ramai..nasib baik tak minta lesen kayuh beskal....terima kasih.....
Cuaca yang panas tak leh nak elak la...sebab tu ramai rider yang kayuh laju-laju sebab nak cepat habis sebelum matahari naik...yang berjaya habis la cepat..yang tek berjaya..pitam la tengah jalan....nak buek camne....
Kayuhan Sri Iskandar telah menemukan Geng Kayuh Beb Central (Klang Valley) dengan cawangan-cawangan dari Kuantan yang diwakili oleh Bro DJ Dann, Teluk Intan..Bro Ismail, Batu Gajah..Elmiza.
Juga di Sri Iskandar Geng KayuhBeb juga telah berkenalan dengan ramai geng-geng kayuh yang selama ni cuma dapat bergurau senda dalam FaceBook sahaja....inilah kelebihan Jamboree.
Tak habis tak pe..yang penting kita enjoy...





Bro Shuhairi dari Bukit Jelutong..next time bawa kitaorang layan Kiara XC


Iklan 100 Plus

100 Plus yang dibekalkan unutk setiap rider..banyak tuh


Pantang jumpa tempat teduh..apalagi..melepak la

Teruja bila nak mula memasuki hutan...sejukk sikit.






Beratur ambil makan..pun tengah panas..perg!


Bro Dincycle..berjaya menamatkan kayuhan Jamboree tanpa paksaan

Harapan menanti untuk Lucky Draw..semua semangat untuk ulang Lucky Draw Kawat

Laungan kegembiraaan..semua selamat tanpa insiden tak diingini..pitam dan krem tu baisalah

Keciwa sebab sorang pun tak dapat Lucky Draw

Alhamdulilah rumah Homestay yang dapat pun besar dan tak jauh dari tempat kayuhan. Pendaftaran semua berjalan lancar..cuma jersey saiz M dan 2XL sahaja yang belum dapat. Organizer janji nak hantar Pos laju..harap dikotakan..insyaallah.