Halaman

Isnin, 1 Jun 2009

Nibung Tebal Preparation ->Denkil 40 KM


Tarikh: 30hb May 2009
Masa:8:00 am tayar golek
Tempat : Denkil-Kota Warisan - Jenderam
Jarak : 40KM
Masa Tamat : 1:30am

Salam, semua.
Satu kayuhan Denkil sejauh 40 km telah dibuat oleh geng KayuhBeb yang terdiri daripada Azrul,KayKay,Acong,Uncle Yap dan Kamarul.Juga dianggap sebagai kayuhan persediaan mental untuk menempuh cabaran Nibung Tebal.

Awal-awal lagi kami telah menetapkan target untuk mendaki 3 bukit sekali gus.(biasanya larat daki 2 bukit aje). Antara bukit yang menjadi sasaran kami adalah, Bukit Terbengkalai, Bukit Penat dan Bukit Pencawang.

Tepat jam 8am Azrul, Kaykay ,Acong dan Uncle Yap menggolekan tayar menuju ke Kota Warisan unutk bertemu dengan Kamarul di situ. Sedang dalam perjalanan,kami mengalami masalah teknikal( tayar beskal Acong telah pancit) yang mana telah mencuri masa kami dan juga telah membuat Kamarul datang menjemput kami. Setengah jam selepas tu kami pun memulakan kayuhan ke Kota Warisan,

Uncle Yap yang dari tadi tak berapa sihat, telah membuat keputusan untuk balik dan hanya kami berempat saja yang meneruskan cabaran.

Satu persatu bukit kami daki dengan tabah dan penuh semangat dibawah panahan matahari yang terik.Ditambah pula dengan pelawaan Kamarul untuk membawa kami menikmati ABC.
Apalagi kelajuan mendaki pun ditambah kerana air liur dah meleleh tak sabar nak melantak ABC.

Sesampai saja di kedai ABC yang diceritakan, malang tak berbau, kedai tak buka. Meleleh la lagi air liur Geng KayuhBeb ni.

Selepas berehat dan bersantai berdekatan Kedai Runcit di Jenderam, kami memulakan pendakian Bukit Pencawang dan seperti biasa gambar kenang-kenangan dan gambar untuk menunjuk pun diambil dengan tujuan membakar semangan ahli yang tak dapat serta.

Azrul menunjukan puncak bukit yang akan didaki


Puncak bukit yang berjaya didaki



Kayuhan sejauh 40km telah berjaya dihabiskan pada pukul 1:30pm

Apa-apapun cerita-cerita diatas ada yang betul dan direka dengan tujuan untuk menyedapkan lagi cerita.

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang