KESAS Nite Ride.
Date:29 June 2009
Start time: 8:30pm
Start Point : Jalan Kebun IC
Seperti biasa KESAS Nite Ride dijalankan seperti biasa.
Cuma bezanya kali ni Geng KayuhBeb mendapat member baru iaitu Mr.Robin
yang baru sahaja memiliki basikalnya seminggu yang lepas.
Mengikut kata Robin, selama seminggu dia kayuh sorang-sorang aje, tetapi setelah mendapat tahu wujudnya geng KayuhBeb yang kayuh selow-selow di KESAS highway, dia pun memberanikan diri menelefon Mr.Azrul untuk turut serta dalam KESAS Nite Ride.
Syabass Mr.Robin.
Kayuhan kali ini hanya sampai Summit IC sahaja kerana kebanyakkan rider KayuhBeb masih lagi merasa kepenatan Nibung Tebal.
Dalam perjalanan kami berkumpul di Petronas R&R untuk kayuh beramai-ramai dengan Geng PujMac bagi memeriahkan lagi suasana
Dalam perjalanan balik KayuhBeb telah singgah di Restoran Kota Ria Kota Kemuning unutk makan-makan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan