KayuhBeb di Jambori Nibung Tebal
Date: 21hb June 2009
Location : Jawi
Distance : 47 km
More Photo : http://kayuhbeb.multiply.com/
KONVOI
Seramai 11 orang rider dari KayuhBeb, 2 dari Roto x dan 3 dari PUJMAC telah menyahut cabaran Jambori Nibung Tebal.
Konvoi bergerak dari Shah Alam sebanyak 3 kereta pada pukul 1:30pm.
Bro Kamarul dari Kota Warisan telah menyusuri kami di hentian rehat Tapah
Sedang kami berenti secara haram selepas tol IPOH, kami bertemu dengan Bro Kulat dari PUJMAC dan Geng Roto-X. Apalagi, semakin meriah la suasana.
Konvoi kami tiba di JAWI lebih kurang pukul 6:30am dan terus menuju ke JAWI Inn untuk registration dan goodies collection.
Apalagi seperti biasa sessi bergambar dijalankan dengan muka masing-masing megah mendapat Jersey dan nombor plat.
Selesai bergambar, terus menuju ke Pusat Belia dan Rakan Muda Jawi untuk pendaftaran bilik penginapan selama semalam.
Suasana malam di tempat penginapan terlalu meriah sehingga pukul 3 pagi yang menyebabkan kebanyakan rider tidak dapat melelapkan mata dan sangap pada keesokan harinya.
Man Sawit seperti biasa sibuk "setting" beskal rider-rider yang lain sehingga pukul 4 pagi.
JAMBORI
Suasana sungguh meriah dengan kehadiran rider-rider s eramai 1000 orang dari pelusuk negeri.
Tepat jam 7:30am, siren dibunyikan sebagai tanda resmi pelepasan para peserta Jambori Nibung Tebal.
Seperti biasa, rider-rider KayuhBeb yang Power telah bersemangat mengayuh beskal masing-masing dengan satu niat untuk menamatkan kayuhan dengan bergaya dan selamat tanpa sebarang kemalangan
Seperti yang dijanjikan oleh MTB Pedalar (Penganjur Jambori Nibung Tebal), trail dipenuhi dengan cabaran bukit yang tinggi melangit dan downhill yang mengancam. Memang mereka tak tipu, sampai kami semua puas menolak beskal sehingga ada rider yang ingin meminjam lubang hidung orang lain kerana tak puas bernafas. Sehingga ambil gambar pun dah tak larat nak berlakon senyum macam bro din (sebelah kiri gambar)
Keseluruhan ada 3 bukit yang mengancam fizikal dan mental para peserta. Sepanjang aktiviti mendaki dan menolak beskal, bermacam-macam rungutan dan sungutan keluar dari mulut rider-rider yang keletihan. Tapi lain pulak cerita kepada rider-rider yang power yang penuh semangat mengayuh beskal di celah rider-rider yang menolak beskal dengan jerita "ketepi-ketepi rider nak lalu".
Antara rider KayuhBeb dengan bangganya berjaya mendaki bukit pertama sehingga CP1. Sebab tu ambik gambar pun dah boleh senyummmm - rider sebelah kiriii sekali.
Setelah sessi bergambar selesai, kayuhan menuju ke CP 2 pun diteruskan dengan semangat baru. Apakan daya, bukit ke CP2 amattttt lah tinggi ( 944 kaki atau 302m), sekali lagi perjalanan dipenuhi dengan sessi menolak beskal.
Sampai sahaja di puncak, pemandangan sayup bukit-bukau sekitar Nibung Tebal dirakamkan sebagai tanda kepuasan mendaki bukit dengan "membawa" beskal.
Setiap yang didaki, mesti ada yang turun. Setiap sengsara didatangi dengan keseronokan.
Sessi menuruni bukit (Downhill) dinikmati dengan kepuasan sepenuhnya sejauh 2 km.
Dendam kesumat mendaki bukit dibalas dengan kegembiraan downhill... kira balance la...puas..puas...
Kalau dapat peluang, nak repeat lagi.............. turun bukit aje la.
Hampir kesemua rider-rider KayuhBeb berjaya menamatkan kayuhan Jambori Nibung Tebal dengan jayanya. Rider kayuhbeb pertama sampai ke penamat ialah ManSawit dengan total keseluhan orang yang ke 36 menamatkan Jambori. Rider-rider yang lain pun berjaya gak dengan "jarak yang tak berapa jauh" dengan Bro ManSawit - tak percaya?????
Walaubagaimanapun malang tidak berbau kepada Rider Saifuz yang jatuh dan mengalami kecederaan di lengan kanan semasa menuruni bukit yang ke 2. Semoga cepat sembuh.
Lebih banyak gambar akan di paparkan di
Tiada ulasan:
Catat Ulasan