Halaman

Ahad, 14 Jun 2009

Lask Kopek Offroad - before Nibung Tebal

Lask Kopek Offroad - before Nibung Tebal

Location: FRIM
Date: 13 June 2009
Starting Point: Hospital Kusta Sg Buluh
Start Time: 9am
Distance :25 km

13hb June 2009 adalah Sabtu terakhir untuk kayuh Offroad sebelum meneruskan cabaran Nibung Tebal yang dijadualkan pada 21 hb Jun 2009.

FRIM adalah lokasi yang terpilih untuk training terakhir dengan perancangan mendaki hingga ke Helipad sebanyak 2 kali.

Memandangkan, tarikh yang dicadangkan adalah minggu terakhir cuti sekolah, tak ramai Geng KayuhBeb yang boleh turut serta.


Bro Azrul sedang setup beskalnya

Kayuhan bermula dari Pusat Kusta Sungai Buluh dan diikuti pendakian ke Steroid Hill, terus ke Bukit Putus.


Hajat di hati ingin mengambil gambar pemandangan Kuala Lumpur dan KLCC, tapi jerebu menghalang pemandangan yang indah itu dirakam oleh camera Kaykay. Oleh itu, kayuhan ke Helipad diteruskan, sampai sahaja diatas sessi bergambar pun diteruskan.

Jarang-jarang sekali dapat sampai ke Helipad.Sepanjang saya berkecimpung dalam MTB selama 2 tahun, ini adalah kali ke 2.


Selesai sahaja sessi bergambar, apa lagi! DOWNHILLLLLLLL. Tapi kali ni kami turun ke Taman Botani untuk merasai kelainan kerana Steroid hill ini akan kami daki lagi masa perjalanan balik nanti - seperti perancangan asal, mendaki bukit pada masa matahari tegak

Sampai aje di Taman Botani, kayuhan menuju ke Cafeteria diteruskan untuk mengisi air dan juga perut yang kosong.
Pada hari ini, tak ramai sangat orang berkayuh di FRIM, mungkin kerana masih ramai lagi yang berada di Kampung.
Juga sempat berborak ngan Rider dari Ampang bertanyakan keadaan Dream Trail.
"Trail Okay, pokok tumbang dah clear cuma jalan basah aje".

Selesai aje berehat di Cafe, kayuhan ke Dream Trail diteruskan, seperti info yang diterima, tiada pokok yang menghalang laluan.
Selamat sahaja keluar ke Rover track, kayuhan menuju ke Steroid Hill diteruskan.

Sedang dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Nak berenti pun basah, baik kayuh aje.

Disebabkan hujan turun dengan lebat, perancangan mendaki Steroid hill dibatalkan.

Tapi tak pe, berkayuh didalam hujan lebat menuruni bukit, melalui trail yang penuh dengan aliran air juga kami anggap sebagai satu cabaran juga.

Sampai sahaja di Pusat Kusta, gambar diambil untuk merakamkan betapa comot nya kami dengan badan dan beskal dipenuhi dengan lumpur.
Keseluruhan kayuhan menyeronokkan.

Perjalanan balik kami sempat singgah di Due Roda di Shah Alam, dengan tujuan asal untuk membelek Hemet FOX FLUX 09.

Tokey Kedai berjaya menjual satu helmet FOX FLUX.
Jeng...Jeng...Jeng.....siapalah gerangan rider yang membeli itu??

Nak tau, tungguuuuuuuuuuuu dipakai perasmian di Nibung Tebal.

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang