Halaman

Selasa, 30 Jun 2009

KESAS Nite Ride



KESAS Nite Ride.

Date:29 June 2009
Start time: 8:30pm
Start Point : Jalan Kebun IC

Seperti biasa KESAS Nite Ride dijalankan seperti biasa.
Cuma bezanya kali ni Geng KayuhBeb mendapat member baru iaitu Mr.Robin
yang baru sahaja memiliki basikalnya seminggu yang lepas.

Mengikut kata Robin, selama seminggu dia kayuh sorang-sorang aje, tetapi setelah mendapat tahu wujudnya geng KayuhBeb yang kayuh selow-selow di KESAS highway, dia pun memberanikan diri menelefon Mr.Azrul untuk turut serta dalam KESAS Nite Ride.

Syabass Mr.Robin.



Kayuhan kali ini hanya sampai Summit IC sahaja kerana kebanyakkan rider KayuhBeb masih lagi merasa kepenatan Nibung Tebal.
Dalam perjalanan kami berkumpul di Petronas R&R untuk kayuh beramai-ramai dengan Geng PujMac bagi memeriahkan lagi suasana

Dalam perjalanan balik KayuhBeb telah singgah di Restoran Kota Ria Kota Kemuning unutk makan-makan









Jumaat, 26 Jun 2009

PCC Presidential Ride dah Kembali



Date: 16th August 2009 (Last sunday before Puasa)
Venue: Semenyih - Broga (Sempadan Selangor , Negeri Sembilan)
Meeting Point : University Nottingham , Semenyih la, takkan UK kut.
Distance: 65km

Borang boleh didapati disini

PCC Presidential Ride dah kembali lagi setelah selama setahun menyepi.
Last Geng KayuhBeb menyertai PCC ialah pada tahun 2007 sejauh 60km di Kajang-Semenyih.
Pada masa tu ramai gak Rider yang tak dapat complete kan 4 loop termasuklah aku hanya 2 loop sahaja.
2007 punya motto "Enjoy the 60km suffering ride" ha macamana tu? lu pikirlah sendiri.
Amacam Rider sumer?Ada Braniii 65km????
JOm kite register ramai-ramai.

Isnin, 22 Jun 2009

Kayubeb di Jambori Nibung Tebal - catatan dan photo


KayuhBeb di Jambori Nibung Tebal
Date: 21hb June 2009
Location : Jawi
Distance : 47 km
KONVOI

Seramai 11 orang rider dari KayuhBeb, 2 dari Roto x dan 3 dari PUJMAC telah menyahut cabaran Jambori Nibung Tebal.
Konvoi bergerak dari Shah Alam sebanyak 3 kereta pada pukul 1:30pm.
Bro Kamarul dari Kota Warisan telah menyusuri kami di hentian rehat Tapah
Sedang kami berenti secara haram selepas tol IPOH, kami bertemu dengan Bro Kulat dari PUJMAC dan Geng Roto-X. Apalagi, semakin meriah la suasana.

Konvoi kami tiba di JAWI lebih kurang pukul 6:30am dan terus menuju ke JAWI Inn untuk registration dan goodies collection.
Apalagi seperti biasa sessi bergambar dijalankan dengan muka masing-masing megah mendapat Jersey dan nombor plat.

Selesai bergambar, terus menuju ke Pusat Belia dan Rakan Muda Jawi untuk pendaftaran bilik penginapan selama semalam.

Suasana malam di tempat penginapan terlalu meriah sehingga pukul 3 pagi yang menyebabkan kebanyakan rider tidak dapat melelapkan mata dan sangap pada keesokan harinya.
Man Sawit seperti biasa sibuk "setting" beskal rider-rider yang lain sehingga pukul 4 pagi.
JAMBORI

Suasana sungguh meriah dengan kehadiran rider-rider s eramai 1000 orang dari pelusuk negeri.
Tepat jam 7:30am, siren dibunyikan sebagai tanda resmi pelepasan para peserta Jambori Nibung Tebal.
Seperti biasa, rider-rider KayuhBeb yang Power telah bersemangat mengayuh beskal masing-masing dengan satu niat untuk menamatkan kayuhan dengan bergaya dan selamat tanpa sebarang kemalangan


Seperti yang dijanjikan oleh MTB Pedalar (Penganjur Jambori Nibung Tebal), trail dipenuhi dengan cabaran bukit yang tinggi melangit dan downhill yang mengancam. Memang mereka tak tipu, sampai kami semua puas menolak beskal sehingga ada rider yang ingin meminjam lubang hidung orang lain kerana tak puas bernafas. Sehingga ambil gambar pun dah tak larat nak berlakon senyum macam bro din (sebelah kiri gambar)
Keseluruhan ada 3 bukit yang mengancam fizikal dan mental para peserta. Sepanjang aktiviti mendaki dan menolak beskal, bermacam-macam rungutan dan sungutan keluar dari mulut rider-rider yang keletihan. Tapi lain pulak cerita kepada rider-rider yang power yang penuh semangat mengayuh beskal di celah rider-rider yang menolak beskal dengan jerita "ketepi-ketepi rider nak lalu".


Antara rider KayuhBeb dengan bangganya berjaya mendaki bukit pertama sehingga CP1. Sebab tu ambik gambar pun dah boleh senyummmm - rider sebelah kiriii sekali.
Setelah sessi bergambar selesai, kayuhan menuju ke CP 2 pun diteruskan dengan semangat baru. Apakan daya, bukit ke CP2 amattttt lah tinggi ( 944 kaki atau 302m), sekali lagi perjalanan dipenuhi dengan sessi menolak beskal.

Sampai sahaja di puncak, pemandangan sayup bukit-bukau sekitar Nibung Tebal dirakamkan sebagai tanda kepuasan mendaki bukit dengan "membawa" beskal.

Setiap yang didaki, mesti ada yang turun. Setiap sengsara didatangi dengan keseronokan.
Sessi menuruni bukit (Downhill) dinikmati dengan kepuasan sepenuhnya sejauh 2 km.
Dendam kesumat mendaki bukit dibalas dengan kegembiraan downhill... kira balance la...puas..puas...
Kalau dapat peluang, nak repeat lagi.............. turun bukit aje la.
Hampir kesemua rider-rider KayuhBeb berjaya menamatkan kayuhan Jambori Nibung Tebal dengan jayanya. Rider kayuhbeb pertama sampai ke penamat ialah ManSawit dengan total keseluhan orang yang ke 36 menamatkan Jambori. Rider-rider yang lain pun berjaya gak dengan "jarak yang tak berapa jauh" dengan Bro ManSawit - tak percaya?????



Walaubagaimanapun malang tidak berbau kepada Rider Saifuz yang jatuh dan mengalami kecederaan di lengan kanan semasa menuruni bukit yang ke 2. Semoga cepat sembuh.

Lebih banyak gambar akan di paparkan di

Pengumuman - KESAS NiteRide

Pengumuman - KESAS NiteRide Cancel


KESAS NiteRide dibatal kan pada hari ini (ISNIN, 22hb June 2009).
Ini bukanlah kerana Rider-rider KayuhBeb kepenatan disebabkan menyertai Jambori Nibung Tebal.

Tetapi adalah kerana sebagai tanda menyambut kejayaan rider-rider KayuhBeb yang berjaya menamatkan cabaran Jambori Nibung Tebal dengan jayanya.

Walaubagaimanapun, KESAS NiteRide akan disambung seperti biasa pada hari Rabu (24th June 2009) dengan memakai Jersey lengkap Jambori Nibung Tebal.



Ahad, 14 Jun 2009

Lask Kopek Offroad - before Nibung Tebal

Lask Kopek Offroad - before Nibung Tebal

Location: FRIM
Date: 13 June 2009
Starting Point: Hospital Kusta Sg Buluh
Start Time: 9am
Distance :25 km

13hb June 2009 adalah Sabtu terakhir untuk kayuh Offroad sebelum meneruskan cabaran Nibung Tebal yang dijadualkan pada 21 hb Jun 2009.

FRIM adalah lokasi yang terpilih untuk training terakhir dengan perancangan mendaki hingga ke Helipad sebanyak 2 kali.

Memandangkan, tarikh yang dicadangkan adalah minggu terakhir cuti sekolah, tak ramai Geng KayuhBeb yang boleh turut serta.


Bro Azrul sedang setup beskalnya

Kayuhan bermula dari Pusat Kusta Sungai Buluh dan diikuti pendakian ke Steroid Hill, terus ke Bukit Putus.


Hajat di hati ingin mengambil gambar pemandangan Kuala Lumpur dan KLCC, tapi jerebu menghalang pemandangan yang indah itu dirakam oleh camera Kaykay. Oleh itu, kayuhan ke Helipad diteruskan, sampai sahaja diatas sessi bergambar pun diteruskan.

Jarang-jarang sekali dapat sampai ke Helipad.Sepanjang saya berkecimpung dalam MTB selama 2 tahun, ini adalah kali ke 2.


Selesai sahaja sessi bergambar, apa lagi! DOWNHILLLLLLLL. Tapi kali ni kami turun ke Taman Botani untuk merasai kelainan kerana Steroid hill ini akan kami daki lagi masa perjalanan balik nanti - seperti perancangan asal, mendaki bukit pada masa matahari tegak

Sampai aje di Taman Botani, kayuhan menuju ke Cafeteria diteruskan untuk mengisi air dan juga perut yang kosong.
Pada hari ini, tak ramai sangat orang berkayuh di FRIM, mungkin kerana masih ramai lagi yang berada di Kampung.
Juga sempat berborak ngan Rider dari Ampang bertanyakan keadaan Dream Trail.
"Trail Okay, pokok tumbang dah clear cuma jalan basah aje".

Selesai aje berehat di Cafe, kayuhan ke Dream Trail diteruskan, seperti info yang diterima, tiada pokok yang menghalang laluan.
Selamat sahaja keluar ke Rover track, kayuhan menuju ke Steroid Hill diteruskan.

Sedang dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Nak berenti pun basah, baik kayuh aje.

Disebabkan hujan turun dengan lebat, perancangan mendaki Steroid hill dibatalkan.

Tapi tak pe, berkayuh didalam hujan lebat menuruni bukit, melalui trail yang penuh dengan aliran air juga kami anggap sebagai satu cabaran juga.

Sampai sahaja di Pusat Kusta, gambar diambil untuk merakamkan betapa comot nya kami dengan badan dan beskal dipenuhi dengan lumpur.
Keseluruhan kayuhan menyeronokkan.

Perjalanan balik kami sempat singgah di Due Roda di Shah Alam, dengan tujuan asal untuk membelek Hemet FOX FLUX 09.

Tokey Kedai berjaya menjual satu helmet FOX FLUX.
Jeng...Jeng...Jeng.....siapalah gerangan rider yang membeli itu??

Nak tau, tungguuuuuuuuuuuu dipakai perasmian di Nibung Tebal.

Selasa, 9 Jun 2009

Kayuhan Malam – KESAS Highway

Kayuhan Malam – KESAS Highway

Day : Every Monday and Wednesday
(Kalau Isnin hujan, jatuh pada Selasa dan Khamis)
Route : Jalan Kebun IC (START) --> Petronas KESAS Shah Alam (Short Brake) -->Summit -->Awan Besar R&R (Brake) -->Summit -->Petronas KESAS Shah Alam (Short Bake) -->Jalan Kebun
Distance : 50 km (Pergi balik)
Start Time : 8:30pm
End Time : 11:30pm
Average Speed: 25km (Selow-selow aje)
Gathering Point : Traffic Light IC(InterChange) Jalan Kebun

Salam semua, dengan tujuan unutk mengekalkan stamina ahli-ahli KayuhBeb, routine Kayuhan Malam telah ditetapkan pada tiap-tiap hari Isnin dan Rabu dengan mengikut jalan motor di KESAS Highway.
Sedang berehat di Awan Besar

Sekiranya hari Isnin hujan, dengan itu Kayuhan Malam akan bermula pada hari Selasa dan Khamis pada waktu yang sama.(Dengan itu secara automatic untuk minggu yang sama, tiada kayuhan pada hari Rabu)
Kalau konpius dengan statement diatas, boleh contact Azrul untuk penjelasan.

Kayuhan Malam KESAS Highway ini tidak terhad kepada ahli KayuhBeb sahaja, individu lain (solo ataupun berkumpulan) digalakkan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi Kayuhan Malam KESAS Highway.

Kepada beginner pun jangan takut anda ditinggallkan, sebab kami kayuh selow-selow aje.
Rider-rider yang dari Shah Alam ataupun Subang, kalau tak nak datang sampai Jalan Kebun pun tak pe, tunggu aje kat mana-mana KESAS highway pastu join aje kita orang bagi memeriahkan suasana.
Bro Din tengah bercerita bagaimana caranya dia memecut dengan bangganya
Sempat singgah di Proton Showroom melihat Exora

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang