Halaman

Isnin, 10 Ogos 2009

Antara Gapi XC Ride


Date:9th August 2009

Venue : Antara Gapi, Serendah , Selangor

Distance: 27km

Start Time : 8:30am

End Time : 10:35am

Trail : Double track, Kelapa Sawit, Getah, Hutan, Single trail, River Crossing, Steep climbing, Single trek downhill

Seawal pagi 6:30am, perjalanan ke Antara Gapi, Serendah di mulakan dengan semangat yang berkobar-kobar.

Sampai sahaja di pekan Rawang, kelihatan kereta-kereta dengan muatan basikal pelbagai jenis dan jenama juga menuju ke arah yang sama. Mana lagi...AntaraGapi.

Sampai sahaja di RV point, kelihatan ramai Rider-rider sedang menyiapkan jentera masing-masing untuk melayan trail Antara Gapi.



Lebih kurang 8:30am, rider-rider dilepaskan, seperti biasa, masing-masing mula mengayuh dengan semangat yang berkobar-kobar memecut basikal masing-masing.





Geng KayuhBeb tetap dengan aksi santainya, kayuh sambil bergambar......menikmati sepenuhnya kayuhan diatas jalan tar....kerana masing-masing tahu cabaran yang sebenar akan menanti Rider-rider di KM10 dengan mendaki Puncak Dagu setinggi 850kaki.





Seperti Jamboree dan Hash yang lain, ”bottle neck” tak dapat dielakkan, permulaan Offroad di dahulukan dengan mendaki bukit yang licin, penuh dengan lumut. Kehadiran rider yang ramai dan tak mampu kayuh di bukit yang licin, telah menyebabkan kesesakan berlaku, kesempatan ini diambil oleh Geng KayuhBeb dengan mencilok di antara ruang-ruang yang ada.....pengalaman Jamboree la ni.

Suasana bukit pertama sungguhla mengasyikkan dengan teduhan pokok pokok hutan dan suasana yang udara yang nyaman.

Climbing tak berapa teruk tapi, downhill mengasyikkan....syok bro...rugi sapa tak pergi..

Semangat Robin

Mengikut cerita kengkawan, di downhill bukit pertama inilah Robin telah tergolek dog sehingga menyebabkan rim nya bengkok.....disebabkan semangatnya yang tinggi... kayuhan diteruskan juga walaupun mengalami luka-luka kecil.

”Sorry Bro, ubat tak adala” kata salah seorang marshall.

”Ubat takde tak pe, tapi boleh pinjam rim tak? Sebab aku nak menghabiskan kayuhan juga” ....semangat yang berkobar-kobar kerana penyertaan offroad yang pertama.

”Tolong la Bro, kalau aku tak habis kayuhan ni, setahun cerita ni tak habis” rintihan dari Bro Robin yang phobia dengan kutukan Geng KayuhBeb.

Memandangkan semangat Bro Robin yang kuat, rim hadapan pun dipinjamkan dan kayuhan pun dimulakan.

Menuju Puncak Dagu

Tamat sahaja downhill di bukit pertama, rider-rider disajikan dengan climbing di atas jalan tar, boleh tahan juga..... dan dibalas dengan downhill jalan tar juga, apalagi kelihatan rider-rider memecut sehingga mencapai kelajuan 57km sejam.....akula......

Setelah sejauh 10km rider diberi layan trek sesedap ”Gula-gula”....cabaran sebenar menanti.....PUNCAKKKK DAGUUUUU.

Dipercayai bukit ini dipanggil Puncak Dagu kerana untuk sampai ke puncak...rider-rider terpaksa mengayuh sehingga lutut mencecah dagu......

Tapi ini tidak berlaku.....kerana kebanyakkan rider-rider hanya mampu menolak sahaja sehingga stem mencecah dagu.

Bukit ni agak mustahil juga untuk dikayuh walaupun anda memakai minyak dagu....

Pengalaman menolak diKedah Jamboree telah membuatkan tolakan basikal di Puncak Dagu menjadi mudah......semudah 1+1......

Seperti biasa, mendaki lawannya menurun....apalagi layan downhill la bro....antara nikmat yang diberi atas kesengsaraan mendaki Puncak Dagu.....agak sedikit technical dan juga bahaya jika tak berhati-hati....

Sampai sahaja di bawah, organizer telah menyediakan bekalan makanan dan minuman kepada rider-rider.....Antara yang disediakan ialah...Air oren ais, epal hijau, roti gardenia dan mineral water. Wah ini sudah bagus, dah la ”bayar” free, dapat epal hijau dan air oren pulak tu.

Disebabkan teruja dengan persediaan organizer, kami telah bergambar kenang-kenangan dengan Bro Azhar dari Kelab PKNS dan juga meneguk seberapa banyak air oren yang boleh…..maklumlah bukit yang tinggi dah lepas…..


Tahniah kepada Rider-rider KayuhBeb yang sampai awal…

Bro Man Sawit tempat ke 5

Bro Rule dan Khairul juga tempat ke 5............................puluh tujuh dan lapan

Bro Ghan tempat ke 63

Syabas dan tabik juga kepada;

Bro Robin.. walaupun jatuh hingga rim bengkok, kayuhan diteruskan juga,

Bro Che Det.....berjaya menghabiskan kayuhan walaupun pertama kali turun offroad

Best Couple Rider.....Bro Kamarul dan Isterinya....kayuh hingga tamat.

Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada PKNS kerana telah menganjurkan Kayuhan Antara Gapi dengan sempurna. Walaupun tiada bayaran dikenakan, tetapi kebajikan rider dijaga dengan baik dengan menyediakan Air Oren sejuk…..

Jika ada kelapangan, Geng KayuhBeb akan turun lagi di Antara Gapi....

Disebabkan Cameraman KayuhBeb masing bercuti dari kecederaan, tidak banyak gambar-gambar yang dapat diambil.......




Berjaya juga tamat

Sibuk mencatat numbor

Dj yang melayan para Rider


Pemenang tempat Pertama dan Kedua (Rider Wan RideMore)



Pakyen dengan Si Bongkok


Bro Kamarul dengan wifenya

Bro Robin dengan lutut berdarah

Bro Robin dengan rim benkoknya...lepas ni masuk XT

Berdebar menanti nombor untuk naik (Lucky Draw)

Bro Robin dengan Hadiah Lucky Draw 277

Gambar Kenangan bersama Crew

Gambar Kenangan berlatarbelakangkan Poster Antara Gapi

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang