“Climbing panjang, so awal-awal simpan energy….tapi downhill best… rugi kalau tak layan…..” Begitulah kata-kata Lontruth ketika kami terserempak di Kelab Golf DarulAman semasa hendak claim Goodiest bag.
Apalagi, info dihebah kan kepada kengkawan dan strategi disusun.
1hb Ogos 2009, 7:30am Rider dilepaskan....Laluan landai dan menyeronokkan sejauh 16km membuat rider-rider berkayuh sambil bergelak ketawa, ada yang berenti ambil gambar, ada yang kayuh bersaing-saing....amat menggembirakan dan menyeronokkan rider-rider. Kayuh sikit tayar rolling jauh...syok sungguh.
Walaubagaimanapun keseronokan yang dikecapi hanyalah sementara.
Sampai sahaja di Km16, nun terpacak bukit balak.....nak taknak kena climb juga.
Ramai juga rider yang kayuh pada awal pendakian yang akhirnya kecundang, MTB (Mari Tolak Beskal) la jawabnya.
Senario trek balak,
Climb.climb..climb..nampak puncak..climb...sampai puncak...rupanya ada puncak lagi...tolak..tolak...tolak...nampak puncak..tolak..tolak..sampai puncak rupanya ada puncak lagi....begitulah seterusnya sampai CP2.
Sampai di CP2, beribu-ribu mineral water dan 100Plus disediakan untuk diteguk oleh Rider-rider yang kehausan. Ada juga kedengaran dikalangan rider-rider yang menawarkan diri untuk menjadi Marshal (Jadi Marshall tak yah kayuh, boleh balik naik trak askar).
Selesai sahaja meneguk 100Plus, perjalanan diteruskan, kelihatan downhill yang menghairahkan, tetapi apakan daya, downhill yang diberi hanyalah sementara sahaja, kurang 2 minit dah tamat dan disambut dengan climbing semula....
Senario CP2 ke CP3.
Climb...climb...climb banyak....downhilll ciput
Climb...climb...climb banyak....downhilll ciput
Climb...climb...climb banyak....downhilll ciput
Climb...climb...climb banyak....downhilll ciput
Climb...climb...climb banyak....downhilll ciput
Entah lah berapa kali macam tu pun aku tak ingat....mental torture.
Menyesal...Giveup...menyumpah...macam-macam yang negative semua nya terlintas di fikiran dan terkeluar dari mulut....tak sanggup dah.....(Akulah..orang lain aku tak tau).
Terfikir gak nak give up naik trak tentera...tetapi memandangkan datang dari jauh..
Trekking dalam GPS pun menunjukkan jalan raya dah tak berapa jauh... semangat dikuatkan untuk menghabiskan juga cabaran Kedah Jamboree...
Akhirnya, downhill yang betul-betul downhill tiba, tak perlu climb lagi dah..apalagi motivation kembali....layan bro jangan tak layan.
Downhill hingga ke tempat pengumpulan balak sebelum masuk ke Jalan Raya. Di situ crew-crew dan juga tentera telah menunggu mengedarkan minuman.
”Bro sticker mana?” kata aku....
” Sini edar air aje sticker kat CP3...ada beberapa kilometer lagi dari sini” kata salah seorang crew.
Ah..beberapa KM lagi ke CP3?....takpe lah...tinggal Jalan raya aje....
Kedengaran juga pada masa tu beberapa crew bercerita ada orang jatuh semasa downhill dah patah jari....telah dihantar ke Hospital Jitra dengan Ambulan.
(Nak tahu cerita lanjut pasal accident ni akan dicatat oleh Bro Kay-kay...pada masa tu tak lak aku yang member aku yang jatuh kecundang).
Kayuhan dengan semangat baru dimulakan di atas jalan raya, punya lah cantik nya jalan raya tu kayuh sikit aje beskal dah pi jauh.....tetapi.........
Pihak organiser tak memberi anda peluang untuk berehat....another climbing for jalan raya..... piiirah.
Sampai di CP3, selain air mineral dan 100Plus, pihak organizer menyediakan buah rambutan dan juga pisang untuk santapan para Rider-rider.
Uncle yang jaga Check Pont 3 berkata-kata….
” Lu sudah kayuh 30km, Itu trek balak yang tinggi lu sudah climb tinggal lagi 10km aje mau complete...terus aje la....apalagi mau cerita”
Kata-kata tu membakar lagi semangat aku untuk meneruskan cabaran...
Sorry uncle.. lu punya nama wa tak tau la... tapi lu sudah buat wa semangat woo.
CP 3 ke Cp4.
Beberapa Km awal laluan dipenuhi dengan pohonan rimbun pokok-pokok yang menahan matahari dari memancar terus kehangatannya ke atas Rider-rider....sungguh nyaman.......tetapi ia hanyalah sementara......tuuuu dia, another bukit yang mencanakkkkk.
Hampeh! Haram jadah! Semua keluar.... kali ni memang betul-betul tak leh nak kayuh...kena tolak aje la. Part yang paling aku lemah sekali... lepas ni kena training jogging la.....
Tapi berbaloi gak menolak sebab lepas lepas tu reward Downhill single trek....syokkkk woi......sampai CP 4.
CP 4 sticker di tampal... menandakan aku telah berjaya completekan kesemua sticker dan harapan untuk balik dengan tenang hingga ke penamat.
Lagi sekali...(macam cerita Bawang Putih Bawang Merah... setiap harapan yang bakal mendatang... didatangi dengan halangan dan keperitan)
Harapan hanya tinggal harapan... organiser tidak akan memberi anda ketenangan dan aman damai....
Cabaranya ialah... dengan kepenatan yang telah anda kumpul dihadiahkan dengan pendakian bukit yang penuh dengan batu-batu kerikil sebesar bola takraw.
Kayuh dah tentu sukar... tolak pulak memanglah sukar... silap haribulan kaki terseliuh...jatuh gedebuk muka kena batu..... lu pikir lah sendiri.
Kedengaran Rider-rider lain merungut....”Dah bagi sticker CP4... bagilah jalan raya aje untuk balik... ni... tidak bagi bukit lagi....memang nak mendera ni.....”
Aku berjaya sampai kepenamat pada pukul 1 petang...antara yang last dalam group aku menamatkan cabaran Kedah Jamboree....
Man Sawit mendapat nombor 36, Dollah nombor 70 ++, Kamarul 111, Aku tak de nombor tapi berjaya dapat keempat-empat sticker..... Kay-kay... Alhamdulilah selamat...hanya tulang jari kelingking sahaja dislocate dan berjaya ditarik balik dan simen.....
Terima kasih diucapkan kepada pihak organiser kerana telah berjaya menjadikan Kedah Jamboree antara Jamboree yang penuh cabaran... walaupun banyak cemuhan yang diterima...tapi anda kena ingat....cemuhan itu cuma datang masa Rider tengah sengsara sahaja.... bila tamat... pujian diberikan. TAHNIAH, SYABAS.
Kesimpulannya.......Setiap manusia akan cuba berfikiran negatif semasa menghadapi kesukaran dan kepayahan walaupun sebenarnya mereka boleh mengatasi cabaran dah kesukaran itu.
LU PIKIRLAH SENDIRI MACAMANA NAK BUAT.........................
Disebabkan photographer kami kecundang...beberapa gambar dipinjam dari PUJMAC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan