PCC Presidential Ride – 68 Km Offroad,
Date: 16th August 2009
RV Point : University
Location : Broga,Selangor/Negeri Sembilan
Start Time : 8:00am
Total Rider :1100 Rider
Distance: 68km
Seperti awal pagi 5:30am semua telah bersiap-siap untuk ke Broga, dan berkumpul
Sedang Aku(Rule), GHan dan Khairul (Satu Kereta) on the way ke Petronas, SMS dari Jinggo dan Robin diterima ” Aku dah kat Petronas.....dah naik panjang janggut aku”..maknanya dah lama tunggu.
Tepat jam 6:30am, kami memulakan Konvoi ke University Nottingham. Sampai sahaja di
Melihatkan ramai Rider yang hadir, semangat berkobar-kobar tak sabar menyahut cabaran PCC telah menyerang Rider-Rider KayuhBeb.
Tepat jam 8am, Rider-rider dilepaskan, apalagi berduyun-duyun la rider cuba menyilok ke depan.
Pengalaman menyertai beberapa Jamboree, telah membuatkan Rider-rider KayuhBeb untuk cuba berada didepan dengan mencilok di celah-celah rider....
Ada yang berjaya dan ada yang gagal disebabkan terlalu ramai rider....1000 lebih tu......
Aku antara yang berjaya mencilok, apalagi kesempatan ini diambil untuk berada dikalangan Rider-rider dihadapan.
Kayuhan sepantas yang boleh dibuat untuk mengelakkan kesesakan di mana-mana ”Bottle Neck”, ternyata strategi ini berjaya, downhill single trek di Loop 1 dapat dilayan dengan hati yang GUMBIRAAAA...
Stage 1 (21km).....”Relatively easy..Fast flowing crosscountry”
Laluan loop 1 taklah seteruk mana, kebanyakkan laluan adalah bukit yang landai, walaupun begitu, downhill single trek pokok getah dan sedikit technical cukup untuk mengembirakan hari..
Difahamkan rider-rider yang di belakang terpaksa menolak basikal masing-masing di lalauan downhill single trek kerana rider yang terlalu ramai telah menyebabkan kesesakan...
Kebanyakkan laluan di loop satu adalah canopy....
Disebabkan aku antara group yang dihadapan, telah beberapa kali group hadapan salah jalan dan terpaksa berpatah balik, yang mana telah membuat aku serba sedikit kehilangan tenaga dan masa...
Berjaya sampai di CP1 lebih kurang pukul 9:30am (1jam 30 minit)... sedang sibuk refill air dan makan pisang, Bro Kulat dan Bro Khairul pun sampai.
Setelah tunggu beberapa minit, yang lain belum sampai... kami bertiga pun meneruskan kayuhan ke CP2.
Suasana di CP 1
Stage 2 (19km).....”a bit more grueling with some nice climb and some open section”
Di Stage 2, aku terpaksa memperlahankan phase aku sebab tadi masa Stage 1 dah “All Out”…. Kouorang jalan la dulu, aku selow-selow aje…nak tunggu yang lain…kata aku pada Bro Kulat dan Khairul, dengar sahaja Green Light dari aku, apalagi diaorang pun memecut meniggalkan aku tanpa belas kasihan…”aku pun nak join Group Pisang la…Boleh ke Kaykay?”
Stage 2 banyak uphill tapi rideable… takde sangat masalah.. dan trek ni pun kitaorang dah riki ari tu Cuma dia ikut songsang la, sampai sahaja di puncak, aku dah dapat baca downhill akan akan menanti apalagi….pesit la mengalahkan mat rempit di jalanan….
Seorang demi seorang rider aku potong, dan aku tahu diaorang akan potong aku balik bila naik bukit…..
Di Stage 2 ni aku telah berjumpa dengan Wan Kenobi SgManggis dan kami telah kayuh bersama-sama...
Disebabkan stage 2 ni aku dah tahu dia nya trek, aku cuba tak mahu berenti walaupun digoda Bro Kulat yang dah berenti rehat sambil melambai tangan menjemput aku sama...
Sampai di CP2.. rider-rider telah dihidangkan dengan air Revive, Pisang dan juga tembikai yang diletakkan didalam ais....keadaan badan yang panas telah membuatkan aku mentedarah Tembikai seberapa banyak yang aku suka....
Stage 3.. (9km aje)...Shorter than Stage 2 but NOT LESS Challenging.
Di sini telah bermulala aksi tolak menolak basikal dengan keletihan yang ada..rasa macam tak mampu sahaja… tetapi seperti biasa semangat dikuatkan…
Antara halangan yang dihadapi
Tolakan basikal di hadiahkan dengan downhill technical single trek di kebun getah… memang syok.. tapi kalau tak hati-hati boleh tergolek.
Perjalan ke CP 3 telah membuatkan perut Rider-rider KayuhBeb terasa lapar dan badan dah rasa penat yang amat sangat…..
”Semangat Bro, sikit lagi nak sampai CP 3” antara kata-kata semangat dari Bro Khairul yang telah beberapa kali kaki krem... tepi semangatnya tetap kuat.
Bro Kay-Kay dan Ghan di CP3
Walaupun aku telah berjaya sampai di Stage 3......Satu stage improve compare ngan PCC tahun 2007sampai stage 2 aje...
Dengan kepenatan yang dihadapi dan target dah achieved, terlintas di fikiran untuk tidak meneruskan perjalanan….
”Kau Orang jalan dulu la dulu Bro, sebab aku tak sure nak teruskan ke tidak” kata aku pada Bro Azrul Kona dan Bro Khairul
”Ala Bro, 49 km dah complete takkan lagi 19 km tak leh pulak”..Kata Bro Khairul..
”Takpe la korang jalan dulu,aku taknak ganggu masa korang, nanti aku fikir balik” kata aku memang tengah melawan kepenatan...
Apalagi, Power Gel dikeluarkan dan diminum dengan RedBull untuk mengembalikan kembali tenaga yang dah hilang.
Selepas berehat dan berbaring selama 30 minit, aku membuat keputusan untuk meneruskan Kayuhan ke Cp4... alang-alang seluk pekasam......
Dibawah pokok inilah aku berehat membuat keputusan
Sambil mengambil mengambil basikal. Aku jenguk-jenguk juga kalau-kalau ada ternampak Rider KayuhBeb yang lain, tapi hampa...takpe la..kat Kedah Jamboree pun aku kayuh sorang juga.....habis juga.....
Stage 4 (19Km)....To sort the MEN from the BOY..some super singletraks,cool jungle climb + highest point of the all ride (236 meter)
Ala baru 236 meter…bukit setinggi 300 meter pun aku dah lepas…inikan 236 meter, celah gigi aje lah.. antara kata-kata dalam hati unutk menguatkan semangat aku....
Ternyata penyertaan aku di Jamboree-jamboree terdahulu telah membuatkan aku berfikiran positif dan berani menyahut cabaran...
Semasa menolak beskal tu, disebabkan kepenatan dan kelaparan, aku berkata-kata dalam hati ” Downhill ni aku layan selow-selow aje la...tak larat dah ni...”
Sampai sahaja di puncak, aku berehat dan mencari-cari apa makanan yang tinggal untuk mengisi perut yang lapar...jumpa cokelat snikers....
Selepas makan aku merehatkan badan dengan berbaring diatas tanah....antara usaha untuk mendapatkan balik tenaga...
Setelah tenaga full recharge.... aku memulakan downhill dengan kadar agak selow....terbrek-brek....tapi downhillnya tak habis-habis...
”Apa barang downhill selow-selow.....fox talas diadjust 140mm, brek dilepas.....berdesup basikal dan aku melayan downhill.....aku tak kira dah...downhill ni memang mainan aku, seorang demi seorang rider aku potong walupun terpaksa melalui laluan berbatu-batu...ternyata FOX TALAS tak mengecewakan....
Itu yang buat aku tak leh lupa pasal Stage 4 ni ialah diapunya downhill...PERGHHHHH! bergegar kepala otak dan segala kepala yang lain,
Downhillnya panjang dan mengiurkan....sampai lah ke CP4......memang syok rugi sape tak dapat layan Stage 4 ni......jangan mare ye.....
Berjaya menamatkan Stage 4 pada pukul 2:45ptg dengan hati yang puas...........
Penutup
Alhamdulilah, walaupun ada yang jatuh, tetapi tiada kecederaan serius dialami oleh Rider-rider KayuhBeb......
Gambar-gambar menarik akan di siarkan kemudian kerana...maklumlah cameraman kita belum pulih sepenuhnya dari kecederaan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan