Lokasi: Jitra, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tarikh : 01 Ogos 2009
RV point : Tasek Jitra, Kedah
ETD : 0734H
End Time : 1011H
Distance : 25.93km
Max speed:45.7km/h
Av:12.9km/h
Kedah Jamboree 2009……(mission failed)
Seminggu sebelum Kedah Jamboree 2009 bermula, aku telah diarahkan untuk mengendalikan Kursus Menyelam bersama-sama dengan agensi awam.Ini bermakna,aku mempunyai beban tugas yang banyak untuk dilaksanakan bagi menjayakan kursus tersebut.Mahu atau tidak, aku kena terima tugas tersebut.Dalam masa seminggu itu jugalah, aku kena membuat keputusan samada harus pergi atau tidak untuk Kedah Jamboree 2009.Arghhhhh….pening dibuatnya. Kalau tak pergi nanti, mesti ‘panas’ punya. Apa-apa pun, aku mesti siapkan arahan tadbir untuk kursus tersebut.
“Bro,cam ner ngan Kedah Jamboree.Hang pergi ke tak”,sebahagian sms yang aku terima dari rakan se ‘hardcore’ dlm bab kayuh mengayuh ni.Jawapan aku,”cam ni la bro,kalau lepas jumaat kita pergi,ok tak”?Jawapan rakan se hardcore,”Aku tak kisah,tapi kena tanya Kamarul la dulu”.Jawapan yang diberi sebagai seorang penumpang. Aku terus menghantar sms kepada Bro Kamarul aka ‘Penghulu Trek Kota Warisan’.”Aku pun tak kisah,kalau dengan cara itu hang boleh pergi”,(berapa banyak tak kisah la dia orang ni?)….”orait,kalau cam tu, kita gerak lepas jumaat dalam pukul 3.00pm aku ada kat rumah Azrul”.Perjanjian yang terkini (masa itu la) diantara aku dengan geng Kayuh Beb.
Entah macam mana,dalam masa minggu itu jugalah,seorang dari staf aku kena pergi kursus kerana menggantikan tempat anggota yang tidak dapat hadir.”ahhh…kalau macam ni,tak boleh pergi la rasanya”,rungut hati ku.Bukannya apa,dialah satu-satunya harapan aku untuk mengendalikan diving pool sepanjang pemergian aku ke Kedah Jamboree membawa panji-panji KayuhBeb (…dah macam nak pergi berperang la pulak).”Kalau macam ni tak payah pergi la”,sebahagian dari kata-kata aku kat Azrul.Nak anjak waktu bergerak pun,rasanya akan menyusahkan kepada yang lain.Dalam masa sembang-sembang itulah,terkeluarnya cadangan pergi selepas aku habis kerja.Tapi dengan siapa?Wak Lias…?Dince…?
Ohhh…..Pak Lah rupanya.Maka satu perjanjian antara aku dan dia telah diadakan tanpa kewujudan pihak ketiga.Maka hari yang dinanti-nantikan pun menjelma jua.Rakan-rakan yang lain,sebelum Jumaat lagi dah bergerak ke Kedah.Begitulah bersemangatnya geng KayuhBeb. Alangkah bahagia seandainya,aku pun ada masa itu.Tapi apakan daya……(sedih la pulak).
“Ok Pak Lah,bolehlah siap-siap”,aku pun baru balik dari kerja ni.Masa itu jam menunjukkan pukul 5.30pm.Sampai saja dirumah,moto”Cepat,Senyap,Pasti”,terus aku gunakan. Yang penting barang-barang untuk beraksi mesti dibawa.Lebih kurang pukul 7.00pm aku sampai dirumah Pak Lah.
“Pak Lah dibantu oleh crew pit stop”
Perjalanan ke Jitra, disusuli dengan sms,mms dan voice call dari geng kayuh beb untuk memastikan photographer KayuhBeb dan Raja Pecut selamat sampai ke destinasi.Perjalanan yang panjang lagi membosankan itu terubat jua apabila disambut oleh kalungan bunga (…he…he..he..!!!) dari geng KayuhBeb lebih kurang pukul 1.30am.
Tanpa membuang masa,aku menurunkan basikal yang sekian lama kesejukan diatas bumbung MyVi.Sambil mengusap penuh syahdu aku menuturkan kata-kata,”harap-harap besok kau jangan menyusahkan aku”.
Setelah segala persiapan dibuat terhadap Parker II termasuklah pelarasan yang terbaik dari Man Sawit, maka dengan lemah longlai aku masuk ke bilik untuk beradu. Pusing kanan pun tak boleh, pusing kiri pun tak boleh.Apa yang tak boleh tu?....Tak boleh nak tidur la bro….!Satu penyakit yang ada pada aku dan juga pada siapa-siapa sahajalah apabila bertukar tempat tidur.
“sang penakluk Jamis Parker II”
“Nak buat apa hah”?Hati aku berkata-kata.Haaa….rakan sepejuangan ku kunjungi dibilik sebelah.”Apa barang,datang jauh-jauh untuk tidur”.Jom la keluar,kena apa-apa yang patut.Jawapan yang aku terima,”tidurlah bro”.Lantas dalam sekelip mata aku menjadi raksasa yang menggoncang katil setiap individu didalam bilik tersebut.Itu pun member buat kering jer.Ciss…dengan lemah gemalai aku keluar dari bilik itu sambil memasang kipas ketahap maksimum.Hehehe……(semua perbuatan ni rasanya dalam pukul 3.00am kot).
Bunyi orang mandi?Dah pukul berapa ni?Laa...baru pukul 5.00am lebih.Tertidur juga rupanya aku.Siapa yang mandi?Ooo…geng PujMac rupanya. Awal-awal dah buat persiapan.Semangat sungguh dia orang ni.Bagus…bagus…
Bila keadaan macam itu, aku pun terus mengunjungi sahabat-sahabat dekat bilik sebelah.Belum aku sampai lagi,terdengar satu suara sumbang,”haa..tak payah,tapak kaki kau aku dah dengar”.Alamak, kehadiran aku telah dikesan oleh ultraman?Ahhh..sebagai raksasa aku tidak gentar.Maka katil-katil ultraman aku goncangkan supaya bangun dari tidur.hahahaha……Dipendekkan cerita, maka bangunlah mereka-meraka ini dari diulit mimpi Bukit Balak.
Setelah segala persiapan dibuat, bertolaklah geng KayuhBeb dan PujMac ke Tasik Jitra untuk menyahut cabaran Kedah Jamboree 2009.Maka pada jam 7.34am rider-rider telah dilepaskan oleh “tuan punya tanah kedaung”.
“actual time”
Aku datang ke Kedah Jamboree dengan satu tujuan.Dapatkan masa yang terbaik dan nombor penamat yang terbaik walaupun ianya bukan satu perlumbaan. Permulaan yang landai dan off road yang ‘ala-ala makan kacang’ (ni satu sifat-sifat angkuh dah ni…hehehe) aku harungi bersama-sama dengan rider-rider yang lain
“gambar ehsan dari reuters”
Selepas ala-ala makan kacang dilalui, ala-ala apa pula yang dikata tentang trek ni…?ala-ala latuk….la kot!
“sedia untuk di torture”
Sambil menunggu geng Kayuh Beb yang lain ,Azrul n Kamarul(…aku didepan rupanya), sempatlah aku berehat sebentar.Permulaan pendakian trek balak ini,telah dijadikan CP haram oleh rider-rider untuk merancang strategi menawan trek balak. Bagi aku ianya satu ‘mental torture’yang harus ditempuhi untuk menguji setakat mana kemampuan mengharungi kepayahan dan keperitan.
Trek balak telah aku tempuhi sehinggalah keCP 1 untuk menikmati 100plus yang begitu mendinginkan anak tekak.”Rehat-rehat dulu bro,lepas ni downhill panjang dan agak merbahaya”,itulah kata-kata nasihat dari Bro Lontruth.Aku mengikut nasihat yang diberi,seperti anak kecil yang mengikut nasihat bapanya.
“erm….sedap,Alhamdulillah”
“ketinggian(m) dan waktu semasa di CP 1”
Sambil berehat,aku menunggu juga kelibat seorang sahabat yang berada dibelakang. Siapa ituuuu….? Lebih kurang 15 minit aku di CP 1, sahabat aku tidak juga kunjung tiba. Maka dengan berat hati, aku menurunkan sedikit ‘seat post’ untuk melayan downhill yang agak curam selepas CP 1.’
“downhill best giler”
Perasaan dendam yang tersimpan sejak dari permulaan trek balak, aku lepaskan semasa melayan downhill curam ini.Fuhh….best giler.Giler pun tak best macam ni (apa yang aku dah merapu-rapu ni).
Ingatkan layan downhill sahaja lepas ini, rupa-rupanya “tipah tertipu”.Ahhh….layan sahajalah.Dalam leka aku melayan naik (panjang) dan turun (pendek) bukit balak, aku telah tersungkur menyembah bumi yang Maha Esa. Mungkin kekurangan dari segi teknikal melayan downhill yang berbatu-batu telah menyebabkan aku tersungkur di bukit balak yang menyebabkan jari manis tangan kiri aku ‘dislocate’ dari tempat asalnya.
“keadaan sebenar kedudukan tulang jari”
Untuk dipendekkan cerita yang semakin lama semakin panjang dan membosankan kepada pembaca-pembaca (…ada ke yang baca?) aku telah mendapat rawatan diHospital Jitra dan mendapat MC sehingga 27/08/09.
Kesimpulannya……
1. Terima kasih yang tidak terhingga kepada geng KayuhBeb yang banyak membantu semasa aku dalam kesusahan…..dan
2. aku tidak mahu lagi menjadi raksasa…..sebaliknya aku ingin menjadi ultraman seperti sahabat-sahabat aku yang lain kerana raksasa selalunya tewas ditangan ULTRAMAN
Nota:
Catatan diatas adalah hasil nukilan Bro Kay-Kay@ParkerII.
Tiada satu pun catatan nya di sunting ataupun dinyahkan.
Kalau ada sesiapa yang tersinggung diatas catatannya...maafkan lah Bro Kay-kay kerana dia menaip dengan jari yang cedera.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan