Kayuhan Raya Kemandul dan Singgah Raya
Date: 27hb September 2009 (8 Syawal) Ahad.
Tayar Golek : 8:30am
Meeting Point : Sekolah Bukit Kemandul
GPS Location : N2 56.540 E101 31.899
Distance (Target) :40km
Distance (Actual) : 27 km
Trak Detail : Sek Bkt Kemandul à Offroadà Lombong à Sawit à Getah à Ladang Jambu à Kampung Orang Asli à Sawit à Road à Makan-makan raya rumah Rule à Road à Sek Bkt Kemandul
Lebuh kurang 8:20am Geng KayuhBeb telah berada di tempat yang dijanjikan....kecuali Bro Kulat masih lagi tak nampak muka...apa dah jadi?Biasanya kalau berjanji dialah antara orang pertama yang akan sampai menunggu rider-rider lain yang terlewat....
Ghan..."Kulat kalau tak datang hari ni..memang masak la kena KUTUK....ada chance..he!he!he!
tet..tet..tet..tet sms diterima "Aku on the way" antara message yang diterima dari Bro Kulat...
Sampai sahaja Bro Kulat di tempat yang dijanjikan...bertan-tan minta maaf dipohon sebab menyebabkan kengkawan yang lain ternanti-nanti sampai janggut tumbuh kat lutut....
Bro Kulat dengan aksi mencunggap tahap Gaban
Bagi menjeloskan geng-geng lain yang tak dapat datang terutamanya Bro El Moro Mid...sessi bergambar beramai-ramai seramai 13 orang dilakukan. Bro Jinggo telah mengambil tugas idolanya dengan jayanya dan dengan hati yang berat sebab takut tak dapat masuk paper sinar lagi.
Gambar tamabahan yang ada Bro Jinggo sebagai bukti kepada bininya yang dia betul kayuh
Disebabkan dah lama tak kayuh, akupun ( rule) pun mengajak kengkawan untuk mengayuh sejauh 40km dengan harapan dapat memecahkan lemak lemang, ketupat dan daging raya..juga sebagai strategi melewat-lewatkan kayuhan
"Ala Rule buat dekat-dekat aje la...kang kayuh jauh-jauh nak makan pun tak larat...pandai la kou punya strategy" antara ayat yang diterima dari Robyn..
Kayuhan santai ala-ala rombongan cik kiah pun dibuat dengan menerjah estate Bukit Kemandul.
Disebabkan ramai yang baru mula berkayuh selepas raya, tak larat, beberapa kali henti rehat dilakukan...elok juga la..kalau kayuh laju-laju tak sempat la pulak wife aku nak masak nanti untuk bagi diaorang ni mentedarah...
Kayuhan yang selow juga adalah disebabkan ada beberapa rider yang menikmati dan menjiwai kelembutan ekor (fullsus) beskal masing-masing yang masih belum di samak...
Bro Krul " Wah tak rasa masuk off roadla lembuuuuut aje"
Bro Ghan " A..ha la"
Bro Kulat " Apalagi Jinggo...tangkap la satu" sahut Kulat bila tengok Jinggo terkulat-kulat membelek fullsus mereka.
"Ala Jinggo...kou beli aje seat yang ada spring tu...tak sakit bontot juga" antara suara-suara sumbang yang kedengaran dibelakang.
Nak dapat BERKAT...Jinggo dengan Team A
Antara barang baru beli sempena ECC
Downhill Bukit Kemandul yang ala-ala taik idung masin
Bro Lan yang pernah Kayuh Solo dari Shah Alam ke Batu Pahat.
Bro Carl Led yang baru 2 kali masuk offroad.. bole tahan gak staminanya..
Wak Lias juga tak ketinggalan.....
Bro Yuih dengan gaya climbing nya...power juga bro ni...
Downhill yang pernah membuat salah sorang rider kayuh beb dislocate bahu.
Setelah penat melayan bukit Kemandul.. kayuhan Raya ke rumah aku pun dibuat setelah mendapat signal dari wife yang makanan dah siap unutk hidangan Kengkawan KayuhBeb yang dihormati....
Seperti biasa aksi bergambar ramai-ramai sebagai tanda penutup majlis dengan perut masing-masing membuncit.
Ampun maaf dipinta sekiranya tulisan diatas ada menyinggung perasaan yang hidup antara sengaja dan tak sengaja..
Juga terima kasih kerana sudi datang beraya dan sekali lagi maaf dipinta sekiranya ada kekurangan dari segi rasa dan quantity makan yang disediakan.
2 ulasan:
Salam,
Tumpang tanya, siapa brader yang pakai sluar "Hayes' baju putih New Balance putih,kuning n grey tu?
Bukan apa, hanya warga MSN saja yang ada baju tu...thanks
yang tu wak lias bro, adik dia warga MSN
Catat Ulasan