Halaman

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kayuh Broga...Jejak PCC

Kayuh Broga ...Jejak PCC akan dijalankan sekali lagi...marilah kita berkayuh beramai-ramai menerjah keheningan hutan Broga.....

BROGA (Ex PCC Ride)
Date:1hb November 2009
Venue : Broga Semenyeh
Meeting Point : Taman Tasik Semenyih (Depan Balai Polis)
Start :7:30am
Ape-apehal contact hp: 0122902002 (RULe)

Rabu, 28 Oktober 2009

Kiara Ride - KayuhBeb and LowYat DotNet



Trail : Kiara Trail
Date : 25th October 2009
Start Time : 8am
Route :2k-->Twin Peak-->Upper Short --> Pondok --> Wall Ramp --> Carnival Trail --> Rock Garden .


Memandangkan kebanyakkan Rider-rider KayuhBeb telah menyertai Melaka ECC NiteRide....RULe,G'han,Roy, Jeffry,Akhyar Giant and son terpaksa memenuhi masa lapangnya dengan melayan Trail Bukit Kiara...

Dipendekkan cerita sampai sahaja di Pondok...GPS yang sepatutnya menjadi panduan telah lupa dibawa....setakat nak layan trail Twin Peaks" aje boleh la..tapi alang-alang datang kena la layan lebih lagi....

Dengan selambanye RULe pun menyapa geng-geng MTB lain yang berada berhampiran bertanyakan laluan ke "2K"

Dengan peramahnya mereka mempelawa untuk ride bersama...gerun juga nak ride ngan geng-geng muda ni..nampaknye pun macam "Hardcore downhill" aje.

Geng ni dikenali sebagai "Lowyat Dot Net Rider" kerana mereka mengenali "each other" dari sana and they are very senpoi and cool....

Walaupun baru mengenali Geng KayuhBeb...mereka menjaga kami dengan penuh tanggungjawab dan tekun menunjukkan trail-trail yang tidak kami ketahui...
Tak cukup dengan itu...kami juga di ajar dengan teknik-teknik "Drop" yang betul.

2K trail;
Trail ni start dari pondok terus downhill single trek yang penuh dengan technical melalui akar-akar kayu dan celah-celah pokok baik semasa climbing dan juga downhill. Dinamakan sebagai 2k sebab jarak single trek ni adalah sejauh 2 kilometer. Satu loop start dengan single trek downhill dan climbing terus ke pondok.

Malang tak berbau..disinilah Bro Ghan telah kepatahan RD hanger Anthemnya......

Twin Peaks:
Selepas melepak dan bergambar di pondok..kayuhan TWIN PEAKS diteruskan...
Starting dari pondok dengan climbing akar-akar kayu dan batu single trail...betul-betul mencabar skill yang ada dan juga tenaga. Laluan mendaki terus ke Summit 1 setinggi 260meter.
Dari situ bermulah lah "Downhill tanpa henti yang penuh dengan switchback dan drop hingga ke tarmac ke pondok lepak.






Carnival Trail n Rock Garden:

Dinamakan Carnival trail kerana trail ini digunakan untuk "KL MTB Carnival"..penuh dengan technical kemudian melalui Rock Garden yang sepanjang laluanya penuh dengan batu-batu sebesar "baby head" yang mana silap langkah boleh merosakkan Crank teeth anda.






Laluan ini terus membawa anda ke bike wash..


Thanks to Scotty, Radmaszeal, Andrian and the Gang from LowYat Dot Net(sorry cannot remember you all name), hopefully we can ride together next time...nice to meet you all..




Selasa, 27 Oktober 2009

Lagi-lagi ECC


SIARAN SUPER LEWAT KAYUHBEB..

26OCT2009

"ECC BURUNG HANTU NITE RIDE FOR ADA BRAN RIDERS"

assalammualaikum dan salam sejahtera... saya jinggo selaku cameraman ke2 kayuhbeb telah dipaksa

oleh cameraman ke1 (bro kay2) utk menyiapkan dan menyajikan cerita ECC kali ini..

bagi saya ini adalah satu penindasan tahap tentera Viatkong tahun 1947... saya yg tiada langsung pengalaman

dalam bidang2 penulisan telah dipaksa tanpa rela utk menulis catatan dan rentetan perjalanan ECC..

demi tanggungjawab dan iltizam yg membara, saya akan cuba sedaya upaya menulis bagi mengelakkan tuan blogger

menghentam para2 journalist2 kayuhbeb di ECC ituhari... heheheh..

24 oct 2009.. tepat jam 2.30ptg (lewat skit la kot sbb bro kay2 mcm da lama tunggu je.. hahhahaha) kami pon bergerak selow2 tapi laju

menuju trus ke melaka....dgn membawa harapan dan amanat dr tuan blogger agar panji2 kayuhbeb berkibar gah di ecc!

sempat singgah RNR utk melepaskan hajat.. kih3




setelah menempuh perjalanan yg tak brapa nak jauh akhirnya kami sampai di air keruh melaka dgn selamat.. hehehe

tanpa membuang masa sesi photoshoot dimulakan.. (biasala kayuhbeb).. bro krul mengetuai sesi tarian poco2

bersama2 acong dan robyn...



sempat lepak2 kedai bro amat pedal gear sebelum g collect goodies..

akhirnya goodies pon diterima.. (robyn yg collect).. hehehe.. muka puas bila tgk jersey dgn biskut2 yg diberi.. heheh

(harapan utk menjelezkan mereka2 yg tak pegi pasti tercapai).. hahahah (gelak bongkak)


satu lagi gambar utk memanaskan jiwa raga mereka2 yg tak pegi ECC... wakakakaka...


selesai urusan2 goodies, apa lagiiii... g carik makanan laaaa...


mee bandung yg tak brapa nak bandung.. hehehe (punca robyn krem kot..)

satu lagi menu versi mat salih celup dr geng kayuhbeb.. burger banjir.. wakakakak (askar punya menu)

selesai makan dan check in kayuh.. apa lagiiii... mempersiapkan jentera2 dan diri utk berjuang dimalam hari.. hehehe

bro Kulat masih lagi berbangga dgn jersey ecc ..syabas!! wakakakaka (kelihatan rule dgn g_han telah berasap telinganya)

bersiap sedia utk berjuanggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!.... kayuhbeb bolehhhhh!!!! ( mana lak pic aku??) cisss

sebelum kayuhan para2 pengayuh malam telah disajikan dgn tarian 1malaysia dr pihak penganjur..

dgn harapan agar semua pengayuh2 dpt mencerahkan lagi bijik mata utk kayuhan mlm itu... cisss..

kelihatan bro lontruth berjaya meletakkan dirinya dibarisan hadapan skali... (jauh2 datang apa brg dok blakanggg!!)

senda gurau seblm memulakan kayuhan...

Bro Tan dengan penyertaan last minute nye...basikal dah upgrade ke..

senda gurau seblm memulakan kayuhan...

akhirnya kayuhan pun dilepaskan.... hahahaha... serbuuuuu... selit menyelit dipraktik bagi mengelakkan kesesakan melampau..

sampai di cp1 dgn jayanya tanpa sebarang insiden ngeri.. (seperti yg sering dimomok2kan oleh g_han)

antara laluan laluan yg sedikit mengerikan... kih3... bukan ngeri tapi geliiiii...

setelah menempuh pelbagai cabaran dan onak lumpur, akhirnya sampai jua kami ke cp5.. yahoooooo..!!!!

dgn semangat berpasukan yg tinggi dikalangan geng2 kayuhbeb!!! chaiyok3!!!!

dan setelah berhempas pulas ditengah2 rimba, akhirnya kayuhbeb pun berjaya melepasi garisan penamat dgn penuh bergaya..

derita dan sengsara diharungi bersama.. tanpa dosa dan nista.. wakakakak... kayuhbeb bolehh!!!!!!

pengalaman menempuhi kayuhan malam seperti ini adalah pengalaman berharga yg perlu dikutip oleh semua pengamal2

basikal bukit semalaysia..... kih3... syabas kepada semua kwn2 kayuhbeb yang ada brannnnnnnnnnnnnn!!!!!!


antara wajah2 terharu dan teruja yg disatukan dalam diri..

SYABAS DIUCAPKAN UTK WAKIL2 KAYUHBEB.. MUNGKIN KITA BUKAN PEMENANG PD MLM ITU..

TAPI DARI SEGI SEMANGAT BERPASUKAN YG DITUNJUKKAN KAYUHBEB KITA WAJAR DIPUJI..

SEMANGAT SAHUT MENYAHUT DIDALAM RIMBA ADALAH KUNCI KEJAYAAN KITA!! WAKAKAKAKA...

APAPUN, MISI KITA UTK MENAMATKAN KAYUHAN DGN SEMANGAT BERPASUKAN DIKIRA BERJAYA!

SYABAS UTK SEMUA! KAYUHBEB BOLEH!! (3kali sambil berdiri tegak!!) WAKAKAKAK...

dah ler.. sakit pala aku nak tulis citer ni... bro kay2 punya pasal la ni... outstation la konon... cheesttt!!!

(bergegas mencapai kunci kereta, nak g ambik bini blk keje..... erk, lupa lak off pc)

SALAMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!.


Gambar-gambar Kengkawan MTB yang lain






Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang