Jalan-Jalan Cari Makan Raya …..Rumah KayKay. And DinCycle
Tettet...tettet....sms diterima.
”Jemput makan koi raya kerumah..........” sms dari Kay diterima mengundang kengkawan untuk beraya ke rumah Kay.
Apalagi Geng KayuhBeb pun berpakat masa yang sesuai untuk pergi serbu rumah KayKay.
Aku, Dincycle,ManSawit dan Kulat akan gerak sekali, manakala Ghan, KRul dan Jinggo akan gerak sedikit lewat...
Makan-makan raya dirumah Kay sungguh meriah dimana Geng Kayuhbeb berkumpul bersama-sama dengan family masing-masing untuk pertama kali.
Sebelum ini, wife masing-masing hanya mengenali nama sahaja...tetapi dengan makan-makan di rumah Kay..isteri masing-masing mula mengenali kengkawa suami dan juga isteri kengkawan suaminya yang selalu mencuri masa suami masing-masing....jangan lepas ni dioarang buat Komplot isteri-isteri KayuhBeb dah la.
Beberapa kejadian yang melawakkan juga telah berlaku sebelum sampai di Rumah Kay, dimana salah seorang Geng Kayuhbeb telah merancang untuk pergi solo macam yang selalu buat bila berkayuh ..tetapi memandangkan kengkawan yang lain bawa keluarga masing-masing...kawan tu terpaksalah berpatah balik menjemput isteri dan anaknya menuju kerumah Kay....siapakah gerangan orang itu.....
Difahamkan juga kawan yang tak bawa keluarga itu adalah disebabkan ada kawan yang suruh...antara message yang dapat ” Ala...kita pi solo-solo ajelah...”yang mana kawan yang suruh tu dalam diam-diam membawa keluarganya......(sorry la bro kalau baca tak faham cerite ni...buat-buat faham aje la..)
Jadi isteri kepada kawan tu jangan lah marah sangat ye...bukan salah dia pun....
Seperti biasa...sessi bergambar beramai-ramai dengan keluarga masing-masing pun dilakukan sebagai tanda kenang-kenangan.....
Tak cukup dengan kemeriahan di rumah Kay, Dincycle pun membalas dengan membuat open house pada sabtu malam dengan menu Nasi Lemak dengan harapan lemak yang dimakan akan dibakar semula pada hari Ahad sempena kayuhan FRIM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan