KayuhBeb Menerjah FRIM
Date: 4hb October 2009
Time:7:30am Tayar Golek
Meeting Point: Hospital Kusta Sg Buluh
Trail : Hospital Kusta à Steroid Hill àBukit Putus à Helipad à Bukit Hari à Mamak Corner à Bukit Bujang à Dream Trail à Rover Track à Hospital Kusta.
Total KM : 28km
Semasa kayuh raya kemandul, beberapa geng kayuhbeb telah menyuarakan pendapat untuk berkayuh di luar ditambah pulak dengan sungutan salah seorang rider yang yang membuat kenyaatan kasut El-Moro nye tak layak mencecah kemandul . Apalagi beberapa cadangan pun dibuat dan FRIM menjadi pilihan.
Bro J “Rule..FRIM tu camne ye…mencabar ke” dengan nada yang sedikit ketakutan tapi brani..
Rule “
Dengar aje camtu,terus semangat nak pergi….
Disebabkan 4hb October masih lagi hari raya..juga banyak jemputan open house…kayuhan seawal pagi telah dirancang…..7:30am start tayar golek…kira 1st time juga lah kayuh awal pagi camtu.
Paling respek ngan Geng KayuhBeb ni kalau janji tak pernah lewat (Kira masuk bakul angkat sendiri la). Samaada datang atau tidak...sebab biasanya kalau lewat kena tinggal. Itulah yang terjadi pada 4hb dimana sebelum jam 7:30am kami telah sampai si Hospital Sungai Buluh.
Terus aje park kat parking berbumbung..free pulak tu..
Kelihatan Bro Nordin telah tunggu disana dan tak lama kemudian didatangi pula oleh Bro Nazri.
Bro Nordin dari Rawang..dah lama aku tak kayuh ni
Bro Nazri dari Lembah Pantai...."lama x kayuh sampai muscle aku dah turun kat perut"
Seperti biasa sebelum kayuhan bermula sessi bergambar dibuat sebagai tanda bukti kepada isteri masing yang kami kayuh bersama...ye tak Jinggo.
Tepat jam 7:30am kayuhan ke FRIM pun dimulakan dengan melalui laluan road dan kedai-kedai bunga..."Balik boleh la singgah beli untuk bini..confirm tiap-tiap minggu kena paksa ride kat FRIM sebab nak bunga" kata salah seorang Rider J
Untuk memasuki FRIM laluan dihidangkan dengan pendakian yang agak panjang juga dan disambut dengan signboard dibawah.
Antara panau..rama yang indah....kalau dapat downhill kat sini sure seronok...
Antara pitstop pertama sebelum mendaki Steroid Hill.....kena tarik nafas panjang-panjang sebelum memulakan pendakian...
Steroid hill ni dinamakan sebab pendakian yang panjang yang mana rider yang tak fit memerlukan steroid untuk sampai ke puncak... takcaya..cuba tengaok wajah di bawah
Antara wajah sebelum pendakian
Antara wajah selepas pendakian
Walaubagaimanapun tabik springgg diberi kepada Bro Jinggo kerana telah berjaya mendaki sehingga ke puncak....
Kayuhan diteruskan melalui Bukit Putus untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun rider-rider tidak digalakkan untuk melalui trek ini kerana dipercayai kawasan babi hutan mencari makanan dengan menyondol-nyondol tanah...mengikut cerita Bro KayKay la.
Bukit Putus diberi nama sebab trail yang ada terputus disebabkan hakisan tanah... basikal perlu diangkat untuk melalui trail ini...ketika inilah anda menilai betapa bagusnya mempunyai basikal yang ringan.
Antara pemandangan yang boleh dilihat dari Bukit Putus
Sekali lagi aksi Bongkak Rider KayuhBeb di Bukit Putus....ntah ape yang nak dibuktikan pun tak tahu la...
Kayuhan ke Helipad diteruskan..kali ini sungguh teruja kerana terpaksa mendaki bukit yang ajak pacak juga...nasib baik lah laluan diteduhi oleh pokok-pokok hutan yang menyejukkan suasana.
Sampai sahaja di puncak..acara melepak dan mengutuk pun dijalankan dengan lancar
Difahamkan Geng KayuhBeb telah memecahkan Rekod dunia dengan acara " Mengutuk Kawan di Ketinggian 305 meter"
Setiap yang naik pasti ada yang turun..begulah keaadanya bila berbasikal penat mendaki diberi la pulak dengan downhill yang panjang..
Antara snap yang menarik berlatarbelakangkan pokok-pokok hutan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan