Halaman

Rabu, 28 Oktober 2009

Kiara Ride - KayuhBeb and LowYat DotNet



Trail : Kiara Trail
Date : 25th October 2009
Start Time : 8am
Route :2k-->Twin Peak-->Upper Short --> Pondok --> Wall Ramp --> Carnival Trail --> Rock Garden .


Memandangkan kebanyakkan Rider-rider KayuhBeb telah menyertai Melaka ECC NiteRide....RULe,G'han,Roy, Jeffry,Akhyar Giant and son terpaksa memenuhi masa lapangnya dengan melayan Trail Bukit Kiara...

Dipendekkan cerita sampai sahaja di Pondok...GPS yang sepatutnya menjadi panduan telah lupa dibawa....setakat nak layan trail Twin Peaks" aje boleh la..tapi alang-alang datang kena la layan lebih lagi....

Dengan selambanye RULe pun menyapa geng-geng MTB lain yang berada berhampiran bertanyakan laluan ke "2K"

Dengan peramahnya mereka mempelawa untuk ride bersama...gerun juga nak ride ngan geng-geng muda ni..nampaknye pun macam "Hardcore downhill" aje.

Geng ni dikenali sebagai "Lowyat Dot Net Rider" kerana mereka mengenali "each other" dari sana and they are very senpoi and cool....

Walaupun baru mengenali Geng KayuhBeb...mereka menjaga kami dengan penuh tanggungjawab dan tekun menunjukkan trail-trail yang tidak kami ketahui...
Tak cukup dengan itu...kami juga di ajar dengan teknik-teknik "Drop" yang betul.

2K trail;
Trail ni start dari pondok terus downhill single trek yang penuh dengan technical melalui akar-akar kayu dan celah-celah pokok baik semasa climbing dan juga downhill. Dinamakan sebagai 2k sebab jarak single trek ni adalah sejauh 2 kilometer. Satu loop start dengan single trek downhill dan climbing terus ke pondok.

Malang tak berbau..disinilah Bro Ghan telah kepatahan RD hanger Anthemnya......

Twin Peaks:
Selepas melepak dan bergambar di pondok..kayuhan TWIN PEAKS diteruskan...
Starting dari pondok dengan climbing akar-akar kayu dan batu single trail...betul-betul mencabar skill yang ada dan juga tenaga. Laluan mendaki terus ke Summit 1 setinggi 260meter.
Dari situ bermulah lah "Downhill tanpa henti yang penuh dengan switchback dan drop hingga ke tarmac ke pondok lepak.






Carnival Trail n Rock Garden:

Dinamakan Carnival trail kerana trail ini digunakan untuk "KL MTB Carnival"..penuh dengan technical kemudian melalui Rock Garden yang sepanjang laluanya penuh dengan batu-batu sebesar "baby head" yang mana silap langkah boleh merosakkan Crank teeth anda.






Laluan ini terus membawa anda ke bike wash..


Thanks to Scotty, Radmaszeal, Andrian and the Gang from LowYat Dot Net(sorry cannot remember you all name), hopefully we can ride together next time...nice to meet you all..




4 ulasan:

mynameiskoko berkata...

Rasanya ada kesilapan maklumat trail. Kalau ikut Carnival takde masuk Rock Garden. Yang trail berlapik batu tu masih lagi Carnival. Nak masuk Rock Garden kena dari twin peaks, lepas tu dia tamat bila bertemu dengan Carnival. Rock Garden memang betul2 penuh batu sepanjang trail.

mynameiskoko berkata...

Peta terbaru: http://www.fakawitribe.com/home/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=6&Itemid=50

Section tu namanya lower carnival.

Armetz berkata...

cam menarik je...tak penah try lagi kiara nieh...tringin gak nak merasa...tapi ramai kata technical trail nieh...susah x?

Angah berkata...

Assalammualaikum

Jemputan menyertai Monsoon Ride 09 oleh Arineen Event Management pada 27 Disember 2009

Sila layari http://arineenadventures.blogspot.com untuk maklumat lanjut dan online registration

contact person : mazlan 013-9048002.

Boleh juga baca promo ride dalam majalah Cycling Malaysia terbaru :)

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang