Halaman

Selasa, 13 Oktober 2009

Ahli Gusti di Bukit Pencawang-Kayuhan Dengkil-- Kota Warisan

Kayuhan Dengkil –Kota Warisan – Jenderam

Tarikh: 11hb Oktober 2009

Tayar Golek : 8am

Meeting Point : Pasar Dengkil

Target Km : 40km

Actual Km: 38km

Trail : Pasar Dengkil à Kota WarisanàBukit TerbengkalaiàBukit DownhillàJenderamà Bukit Pencawang à Ladang Ampar à Pasar Dengkil.

Lebih kurang pukul 7:45am, rider-rider KayuhBeb telah berkumpul dan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran 40km di trek Dengkil-Kota Warisan.

Tepat jam 8am, kayuhan pun bermula dengan menuju ke laluan offroad ke kota warisan.

Kelihatan awan mendung menandakan hari mau hujan, setelah beberapa km kayuhan di buat, hujan turun dengan lebat, apalagi tepaksa mencari tempat berlindung di terowong highway.

”Nampak gaya hujan sampai ke petang ni, tak kayuh rugi....kita redah aje la...namapun mountainbike” antara cabaran dibuat oleh Bro Rule dengan tujuan untuk menyakat.

”Kami pendekar-pendekar KayuhBeb on aje...hujan pun hujan la” antara sahutan bongkak lagi sombong yang diterima....

Apalagi kayuhan didalam hujan dibuat dengan melalui laluan offroad yang berwarna seakan-akan air teh tarik.


Begilah keadaan jentera kami setelah meredah hujan

Laluan yang basah telah menjadikan kayuhan menjadi berat dan menyebabkan rider-rider kayuhan cepat letih. Beberapa hentian rehat dilakukan untuk mengembalikan tenaga.

Sampai sahaja di Kota Warisan, kami berehat pekena ”Teh O limau panas gelas besar” dan ”Roti Tampal” untuk mengembalikan tenaga supaya dapat mengharungi cabaran yang akan datang menawan 3 puncak bukit.


"Sila lah datang ke Restoran Hijjaz"

Begitu juga lah dengan jentera kami yang selesa beradu di bawah pohon palma

Habis sahaja mengisi tenaga dan bersiap sedia untuk meneruskan cabaran, Bro Kamarul(Rider POWER KayuhBeb) pun datang dengan tujuan memberi sedikit semangat dan juga untuk cari idea untuk megutuk dalam ChatBeb.

"Jalan lumpur banyak..habislah korang ada yang patah RD ni nanti.." antara nasihat dah amaran yang tak berapa menakutkan langsung..

Kayuhan pun diteruskan dengan meninggalkan Bro Kamarul terkonteng-konteng keseorangan...bukannye ape..taknak subahat dengan Bro Kamarul ponteng keje...

Kayuhan melalui single trail untuk merakamkan scene menarik Station KLIA Express hentian Kota Warisan dengan meredah semak dan belukar....nampak sangat trail ni dah lama tak di redah.

Design yang unik stesyen keretapi Kota Warisan.....

Selesai bergambar..pendakian ke bukit tah ape tah pun di teruskan

Antara panorama indah di Kota Warisan...indah di waktu pagi aje...tengahari perit tak terhingga


Dari sini Geng KayuhBeb melayan downhill yang agak panjang juga sebelum mendaki Bukit Terbengkalai.

Bukit Terbengkalai diberi nama sempena panorama yang menyaksikan beratus projek rumah yang terbengkalai.....kesian kepada pembeli yang teraniaya.

Di puncak Bukit Terbengkalai


Selesai bergambar..lagi sekali Geng KayuhBeb melanyak downhill yang agak panjang dan luas dan juga selamat untuk beginner..

Kawasan yang dahulunya penuh dengan pokok kelapa sawit kini sudah terang...agak perit untuk melayan di kala matahari terpacak tegak....tetapi Geng KayuhBeb tiada pilihan lain...redah saje lah..


Berenti sekejap untuk merakamkan bukit yang telah ditawan

Dengan penuh tanggungjawab, kami menutup pagar setelah menceroboh.

Antara halangan yang terpaksa dilalui...basikal terpaksa dipikul supaya tayar tidak kotor...betui ka?

Perjalanan diteruskan untuk menawan bukit yang ketiga iaitu Bukit 72km sejam

Biasala..tak dapat kayuh kami tolak...ape yang penting...capai matlamat.

Tak dinafikan juga..ada antara rider KayuhBeb berjaya kayuh hingga ke atas......

Disebabkan bukit yang didaki mencabar mental hingga mengacau pemikiran waras...basikal pun di tolak terbalik

sampai sahaja di puncak...masing-masing muka menyimpan tenaga untuk layan downhill dengan berehat dan mengutuk

Setalah "PENAT" berehat..satu persatu rider KayuhBeb melayan downhill tanpa merasa GENTARRRR. Rekod paling laju (72.3km/sejam) juga telah berjaya dicatat oleh salah seorang Rider KayuhBeb...tiada dalam gambar...


Antara bukti yang berjaya di rakam oleh 2nd Cameraman


Selesai berehat di Jenderam...kayuhan ke Bukit ke 4..Bukit Pencawang diteruskan


Climbing ke Bukit Pencawang teramat lah panjang sejauh 3 km untuk sampai ke puncak yang mana sekali lagi mengganggu pemikiran yang waras membuatkan Bro Kulat ingin bertukar ke sukan gusti la pulak


Seperti biasa, sessi bergambar dilakukan di puncak tertinggi...

Pemandangan Putrajaya

Setelah melayan downhill yang sekali lagi panjang..perjalan balik terpaksa dilakukan dengan mengambil jalan OFFROAD Ladang Ampar untuk menjadikan lebih kilometer ke 4okm seperti yang dirancang. Tiada bantahan..terpaksalah meredah panas matahari perit....dalam perjalanan balik masing-masing sudah tidak mampu untuk bersuara dan berborak.

Setelah bersiap kemas misi ke dua dijalan kan dengan menerjah Kedai Mee Sup Sg Manggis


Nasi yang diorder...sebelum

Selepass

Mee sup daging campur ayam tak dapat diambil gambar sebelum sebab cameraman teramatlah lapar sehingga tiada tenaga unutk memetik picu camera..apa yang dapat hanyalah selepas sahaja....kuah sup pun habis licin...sedap... yummy!yummy!


Di Kedai Mee Sup Sg MAnggis inilah juga menjadi tempat perpisahan antara Rider-rider KayuhBeb sebelum menuju ke rumah masing-masing...

Trek Profile Kayuhan Kota Warisan sejauh 37.3km dengan bukit tertinggi 565.4 kaki



Kepada sesiapa yang tak dapat nak menyertai kayuhan ini...jangan bimbanng kerana kami akan repeat lagi..oleh itu ringankan lah jari anda untuk menelefon Bro Rule atau pun berchatBeb lah dalam blog KayuhBeb.


Nota :
1.Ampun maaf dipinta sekiranya tulisan ini ada mengganggu dan mengguris hati pembaca...
2.Gambar-gambar adalah hasil petikan Bro Kay,Bro Jinggo dan Bro Kulat

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang