Lebih kurang jam 8:30 Kayuhan Jejak PCC dimulakan dengan disertai oleh Pakyen, Munir, Nazri, Naza dan juga Geng KayuhBeb yang terdiri daripada Kay-kay, Kulat, Acong, Amat, Wan, Tan dan juga RULe.
Kayuhan bermula dari Balai Polis Taman Tasik Semenyih terus memasuki laluan Offroad PCC Stage 1.
Lagi sekali keaadaan trail adalah basah yang mana membuatkan basikal masing-masing menjadi berat. (Memadangkan jalan yang berlumpur juga membuatkan Geng KayuhBeb tak jadi memakai Jersey KayuhBeb sebab sayang takut kena lumpur).
Disebabkan trail yang licin, Pakyen dan Superbow telah kecundang semasa menuri bukit dan mengalami luka-luka kecil...
Superbow yang tercedera
Tak lama selepas itu setelah 10 km mengayuh lagi sekali KayuhBeb Team diuji dengan masalah basikal Bro Tan....buat kali kedua di Broga basikal Tan telah kepatahan hanger RD nya (Macam dah kena sumpah la pulak )...berbekalkan pengalaman yang lepas masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.
Kayuhan diteruskan dengan gelak ketawa dan hati yang gembira dengan satu matlamat iaitu menghabiskan Stage 1 hingga Stage 3.
Antara mangsa lumpur.....kasut bertukar warna
Laluan masuk ke Downhill Roller Coster..
Downhill Roller Coster..silap haribulan boleh tertonggeng..
Stage 1 boleh dikatakan tak mencabar langsung..tetapi memandangkan perut dah lapar sampai sahaja di CP 1 terus mencari kedai mamak bagi mengisi perut yang kosong
Check Point 1...sekarang
Check Point 1 masa PCC dulu....
Selesai mentedarah kayuhan ke Stage 2 dimulakan dengan semangat yang berkobar-kobar...
"Kalau sempat kita layan stage 4 ya".... antara kata-kata yang penuh bersemangat setelah pekena roti banjirr
Cuba mengelak kaki daripada basah takut krem konon...tapi nilainya ....wang besar 6o hengget hilang
KayuhBeb akan memastikan setiap kayuhan tiada kengkawan yang akan kepenatan hingga ke tahap gaban...jadi waktu lepak adalah salah satu agenda utama...
Stage 2 di penuhi dengan climbing yang panjang..kayuh punya kayuh..tak juga sampai puncak
Lepak lagi....takpe janji tak penat...tu yang buat lambat tu..
Setiap yang naik mensti ada yang turun..inilah motivation bagi setiap rider apabila menyeksa badan mendaki bukit akhirnya di hadiahkan dengan downhill yang menggumbirakan..
Antara aksi Bro Kay...sambil naik bukit boleh ambik gambar lagi tu..
Inilah hasilnya
Sampai sahaj di check point 2 .seperti biasa aksi-aksi bongkak dirakamkan
CP 2 masa PCC dulu....
Waktu inilah kami telah kehabisan air...masa PCC dulu adalah tempat refill..tapi sekarang ...sindiri mau ingat...
Walaupun tiada air..kayuhan Stage 3 tetap diteruskan juga....yela sebab nakpi beli air la..
)
Ketika inilah jentera RULe telah membuat ragam..apalagi dijadikan bahan permainan la...
Wang Besar..Wang Besar (disebut ala-ala Roda Impian)
Setelah dibetulkan dengan meggunakan minyak geliga Kay-kay..kayuhan ke CP 3 diteruskan..
Setiap kali ada scene menarik...sessi bergambar pun dijalankan
CP 3
Dulu masa PCC
Jarak keseluhan adalah sejauh 55km untuk lapan jam...masa PCC dulu 7 jam untuk 4stage sejauh 65km....apa dah jadi?
Walaubagaimanapun kayuhan Broga Jejak PCC tetap memuaskan hati rider-rider yang berkayuh.
Disebabkan trek Broga yang sungguh tak memboringkan..kayuhan susulan untuk Stage 3 dan Stage 4 akan dilakukan.....BILA? nantikan pengumumanya didalam blog KayuhBeb
2 ulasan:
berminat kayuh d broga..
tlg bg klu nk tau trek die..
berminat kayuh d broga..
tlg bg klu nk tau trek die..
Catat Ulasan