Halaman

Selasa, 10 November 2009

Kayuhan Bukit Kemandul…KayuhBeb bergaye dengan JERSEY BARU



Kayuhan Bukit Kemandul…KayuhBeb bergaye dengan JERSEY

Date : 8hb Nov 2009

Tempat: Bukit Kemandul

Mula : 9am

Lebih kurang pukul 8:30pagi kelihatan rider-rider telah berkumpul di kawasan lapang bersebelahan dengan Sekolah Bukit Kemandul.

Ada yang kayuh dari rumah dan ada juga yang datang dengan kereta. Yang menarik..geng KayuhBeb datang dengan JERSEY barunya.....kaler OREN tuu..menyerlah.

Apalagi dengan sedikit bangga sessi photografi pun diadakan..tapi tak leh lebih-lebih la sebab rider rider dari group lain pun ada juga masa tu...jadi kena la control semangat jakun tu..

Antara rider yang hadir selain dari KayuhBeb adalah rider dari Roto-X team, Kampung Delek, Klang, ROP dan yang lain-lain tak sempat lak nak tanya. Kesemuanya adalah lebih kurang dalam 35 orang.

Yang paling menarik Rider-rider Otai KayuhBeb pun ada turut serta dengan dengan isteri masing-masing memeriahkan suasana.

Sebagai kenangan..satu sessi photografi berlatarbelakangkan ”Tasik” Bukit Kemandul pun diadakan...lokasi wajib.

Kayuhan bermula lebih kurang jam 9am.

Mengikut plan asal cuma kayuh-kayuh santai ambik gambar aje..tetapi memandangkan ada rider yang power-power hadir..kayuhan bertukar kepada ala-ala Hash la pulak....Short Ride lebih kurang dalam 16km untuk rider-rider yang ada hal nak balik awal dan disambung pula dengan 18 km untuk rider-rider fit dan tak kisah balik kul berapa pun....kira dapat lesen penuh la tuh!

Kayuhan untuk Short Ride banyak sessi rehat diadakan kerana rider yang ramai dan fitness yang berlainan..sorry bro kalau ada yang boring....

Semasa waktu rehat ni juga, beberapa rider KayuhBeb cuba berposing dengan sedaya upaya mengempiskan perut masing-masing...kira berjaya juga la..

Disebabkan dah lama tak layan Bukit Kemandul..beberapa trail single trek telah dinaiki dengan semak samun.

Juga kelihatan beberapa jembatan kayu yang dibina juga telah reput...nampakgayanye kena jemput Geng PujMac ni nak bikin jembatan baru sebab diaorang dah ada pengalaman.

Semangat tolong-menolong pun diamalkan membantu golongan yang lemah

Tetapi yang paling menyedihkan dan shadu..beberapa trail laluan kami telah di punah ranahkan oleh raksaksa besi.....katanya nak buat Highway......naik basikal la bro.....

Perkara ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan geng KayuhBeb yang dapat dilepaskan didalam gambar sahaja...

Kayuhan diteruskan dengan melalui beberapa jenis trail...ada ladang sawit, ada ladang getah, ada ladang pisang..macam-macam adaaaa.

Seperti biasa..sampai sahaja diladang Jambu...tokey ladang jambu pun menghidangkan jambu untuk kami semua sebagai tanda terima kasih membawa rakan rakan yang ramai ke ladang jambunye..

Setelah puas berehat..kayuhan penamat Short Ride pun dibuat...disitu kami telah berpisah dengan beberapa rider yang ada hal katanya termasuklah Bro Kay-Kay.

Kayuhan Long Ride dilakukan dengan melalui Trek Jalan Kebun dan Juga Kota Kemuning. Trail ni boleh dikatakan lebih banyak climbing dan main-main downhill compare dengan Short Ride.

So bila sampai di tempat main-main Downhill..beberapa rider telah menunjukkan skill masing-masing. Ditempat inilah juga Bro Yuih telah terjatuh kerana tidak biasa lagi dengan brake hidrolic Deore nye….”cengkam betul brek ni” kata Yuih..Alhamdulilah tiada kecederaan serius yang berlaku.

Beberapa jalan short cut terpaksa diambil untuk sampai di Kedai Mamak di Kota Kemuning kerana kelihatan beberapa rider telah kehabisan air dan juga kepenatan.

Sampai sahaja di Restoran Mamak Kota Kemuning…seperti telah biasa..mamak-mamak yang ada berebut-rebut menyusun meja-meja dan kerusi untuk kami berehat….dengan Jersey-jersey KayuhBeb mereka menyangka rider-rider professional telah singgah di kedai mereka.

Semasa makan inilah sessi suai kenal dan borak-borak mesra dilakukan..juga timbul idea untuk kayuh ke Bagan Lalang dengan melalui offroad dari Bro Wahid….nak kena buat perancangan teliti ni…

Setelah habis melantak segala roti dan air…sessi Kayuhan Balik pun dilangsungkan. Disini kami telah berpisah dengan beberapa rider yang terpaksa balik ikut road.

Dengan perut yang kenyang..kayuhan balik dibuat dangan ala-ala santai... dibakar dengan terik matahari..

.

Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang