>KAYUHBEB LAYAN JUSCO@ROTOR X TEAM<
DATE:NOV 6 2009.... JUMAAT MLM SABTU.
LOCATION: AEON JUSCO BUKIT TINGGI, KLANG
TIME: 9 MLM (PERANCANGAN)
PENYERTAAN: RAMAI GILA
seperti yg telah diamanahkan oleh blogger Kayuhbeb, saya Jinggo telah memikul satu lagi tugasan mengarang cerita2 pada mlm tersebut. oleh kerana ketiadaan Tuan Blogger Kayuhbeb en Azrul@RULe dan 2nd blogger merangkap 1st cameraman Kayuhbeb en Zambri Daud @ Kay2 maka tugas2 mlm itu diletakkan trus pada saya@jinggo tanpa ada bicara dan hitam putih! cisss.. satu lagi contoh penindasan pada junior Kayuhbeb! demi membodek otai2 kat Kayuhbeb ni maka saya@jinggo trus menaip tanpa byk bicara (ngutuk dalam hati je la).. *Tuan Bloger tak dpt join sbb ada emergency case katanya, 2nd blogger tak dpt dtg sbb sesat kat Bkt Jugra kot.... wakakakakaka...
ok la... bleh start story mory.... kih3.. tepat jam 8.30mlm aku da bersiap siaga kat jln Kebun utk memulakan sesi panas badan (dan panas ati sbb kena menunggu.. kih3) .. tak lama kemudian Mamat, bro Krul dan dikuti bro kulat berjaya sampai dgn selamat dan sejahtera. aku ngan Mamat mcm biasa je la, xde apa yg baru pon.. TAPI.. jeng2.. bro kulat tiba dgn jentera Giant XtCnya yg telah disetting khas utk anaknya... (kata dia laaaa.. bleh caya ke?) tyr slick... Gobi XM.. bar end... wah2.. tol2 nak sprint npknya... bro Krul tiba dgn jentera LGnya yg berjiwa roadies jugak! cisss...dan tak lupa seluar barunya... (tapi blom byr kat bro amat.. kih3)
kelihatan seluar baru yg belum dibayar.. wakakkaka
waaaaa... bau kedai lagi tuuuu.... kih3.. "utk anak aku niii....." (kata bro kulat)
jam 8.45 kami pon gerak trus g Jusco setelah tiada lagi geng2 lain dtg utk menyertai.. masing2 ada hal yg tak dpt dielakkan la... xpe2... kami pahammm... kayuhan singkat tlh dikepalai oleh bro Kulat dgn kelajuan ala2 kadarnya.. 30km/h ..(ala2 kadar bagi dia la.. mentang2 pakai slick.. cissss) ..tiba saja di Jusco (8.50 mlm) kelihatan Bro Wahid Org Terkuat RotorX duduk manja atas batu menanti para2 pengkayuh pd mlm itu... kih3.. sampai tongkat2 dagu tuuu... (ciri2 yg harus dipuji pd Bro Wahid... ketepatan masa)
bro Wahid... org kuat RotorX.. (boleh dijadikan idola ni) kih3.. salute.
demi menerangi mlm.... (bahan2 nyalaan bro Wahid...)
ketibaan geng2 chinese dr klang (lupa lak namanya.. sori maaaa).. tq sbb bg aku pinjam beskal DoubleStory u! kih3
seterusnya ketibaan bro ijun dr geng Berkat kapar.. menghantar 4 wakil..
dan seterusnya ketibaan byk lagi geng2 dari pelusuk lembah klang ni.. wakakak... geng2 dari Kg Delik dan mcm2 lagi la sampai pening pala aku nak ingat. cissss! memori aku lemah skit la... wakakaka... apa2 pun kira2 48 pengkayuh tibe pd mlm itu dari pelbagai team utk menjayakan aturcara pd mlm itu. ramai wooooooo...
sekitar jam 10 mlm kami telah dikejutkan dgn ketibaan en Azrul@RULe tuan blogger Kayuhbeb! kih3.. tah hapa la mimpi dia dtg! takut kena kutuk kat blog la tu.. wakkakaka.. dia dtg dgn begitu semat mcm nak g funfair lak gayanya.. wakakaka.. siap bwk bini tuu.. bodek ke? kih3.. biarlah rahsia... mungkin dia dtg sbb nak memantau geng2 Kayuhbeb pd mlm itu agar tidak berlaku nakal pada geng2 lain... kih3..
ketibaan yg tak disangka2! cisssssssss.. spot chek plakkk..
memberi tazkirah ringkas pada geng2 KayuhBeb agar jgn nakal2... wakakakakak...
setelah geng2 dari kg Delik tiba (jam 10.00mlm) sesi photo shoot pun dimulakan la.. kih3.. ramai sgt sampai pyh aku nak ngambik gambo.. ciss..
selesai photoshoot sesi refresh otak telah dimulakan oleh wakil dari RotorX..Bro Faizal
selesai sesi segar otak, kayuhan mlm itu pun dilepaskan sekitar jam 10.30.. kayuhan santai pd pusingan pertama... aku kat blakang dgn bro Wahid.. jd 2nd sweeper.. wakakaka. sambil ditemani bro amir yg membawa motor pd mlm tu.. (tak dpt kayuh sbb br blk keje.. hehehe)
pada pusingan ke2 para pangayuh boleh memilih sendiri jenis kayuhan yg anda mahukan.. apa yg nyata 2nd loop ni semua sprint gila2 la.. wakakakka.. tak dapek den nak kejar! cisss... kih2.. mana2 yg kaki sprint memang syok gila la dpt layan kat area ni.. laluan tak sibuk.. boleh pecut kaw2 tanpa kompromi.. wakakak... setelah puas puas borak2 dgn bro wahid pada pusingan pertama, aku pon mencuba mengejar kelompok hadapan dgn segala kederat yg ada pd pusingan ke2... wakakaka... sakit lutut kiri aku dikerjakan! ciss... akhirnya aku dan bro Krul berjaya jua.. (itupun setelah kelompok hadapan memperlahankan kelajuan dan buat 3 pusingan kat roundabout.. wakakakakak.. patut la aku boleh kejar)
yg nyata, kayuhan mlm itu boleh dikategorikan ENJOYYYYYYYYYYYY... tahniah buat RotorX!!! dan tahniah juga utk semua geng2 kayuh pd malam itu.
tq byk2 utk bro Wahid yg sgt bertanggungjawab semasa menSweeperkan diri pd mlm itu...
selesai kayuhan semua para2 pengkayuh kembali ke Jusco utk rehat2 dan sesi2 photoshoot!.. dan kembali trus ke kampung halaman masing2.
sekian saja utk kali ini.. jumpa lagi adik2 semua dlm story mory berikutnya... saya akhiri dgn serangkap pantun..
"lama terpisah kini bertemu,
membaca jambatan ilmu.."
sekian wassalam........ adiossssssssssss!!!
(tutur bahasa dlm blog ini sgt2 tidak sesuai utk peperiksaan peringkat sekolah.. harap adik2 dan abang2 serta kakak2 tidak menggunakan ayat2 diatas sbg contoh jawapan utk kertas peperiksaan... sebarang tindakan dari dewan bahasa dan pustaka boleh trus diajukan kepada Tuan Blogger Kayuhbeb.. wakakakaka.. pdn muka ko..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan