"JAMBOREE" Lontong dan Donat Setia Alam
Satu Friendly and Santai Ride telah dibuat dengan Syami and the Gang dari Shah Alam untuk menerjah kawasan Setia Alam.
Kerana terpengaruh dengan tulisan-tulisan kayuhan Blog KayuhBeb, Syami telah salah anggap yang kami adalah dari geng-geng power dan dek kerana tak nak mengecewakan Geng KayuhBeb, mereka telah “Recce” jalan terlebih dahulu dan telah merancang jalan yang agak mencabar la juga.
“Bro..aku dah recce jalan..total semua ada 50km okay tak? Sms dari Bro Syami.
50km? jauhnye kata hati aku..tetapi memandangkan mereka dah Recce jalan..kami pun terima dengan hati terbuka..walupun berdebar-debar…power-power juga diaorang ni..50km distance pun diaorang panggil Santai ride, kalau hardcore berape km agaknye diaorang buat.
Pada 22hb 8:00am Team Kayuh KayuhBeb diwakili oleh Kulat,Rule,G’Han,Jinggo,Carl dan Yuih manakala Geng Syami diwakili oleh Syami,Bob,Mubin,Din PDRM,Syafiq,Om (Sorry Bro kalau ada tersalah eje nama) memulakan perjalanan menerjah OffRoad Setia Alam dengan harapan hendak menuju ke MakCik Donat dengan melalui Bukit Altantuya…
20km perjalanan adalah terlalu flat dan tiada “canopy” tetapi alhamdulilah cuaca menyebelahi kami…. suam-suam dingin. Seperti biasa sepanjang kayuhan disulami dengan senda gurau dan lawak jenaka yang menghiburkan yang mana kalau masuk pertandingan Raja Lawak boleh masuk final la..
Bergambar? Jangan kata la, banyak nye bukan main....adalah dengan satu objektif untuk membakar member-member yang tak dapat kayuh bersama. Jadi banyak la aksi-aksi menarik yang dapat dirakam oleh 2nd cameraman KayuhBeb.
Kayuhan bercampur-campur antara road dan offroad, kekadang melalui kawasan perumahan yang dalam pembinaan yang mana dulunye kawasan ini adalah tempat ataupun kawasan kayuhan member-member Basikal Gunung...chess! sungguh rakus betul mereka ini memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk pembangunan....yang peliknye...buat rumah banyak-banyak pun...ada juga orang yang beli.
Kawasan offroad yang dilalui juga agak menarik....merentas anak sungai yang jernih di dalam ladang kelapa sawit...terasa macam kayuh kat Kulim Jamboree la pulak...juga tak ketinggalan ”merentas jembatan kayu menyeberang tasik”..yang mana kena berhati-hati kerana jambatan yang dilalui agak usang la juga..silap haribulan boleh tergolek dog dalam ”tasik”.
Setelah beberapa jam diberi kayuhan ”gula-gula” sejauh 20km, datanglah cabaran yang sebenar iaitu mendaki Bukit Altantuya. Perjalanan ke tempat ni dihidangkan dengan pendakian jalan TAR yang agak curam la juga yang mana memerlukan ”Energy Planning Strategy” yang betul untuk sampai ke puncak dengan satu kali nafas. Tapi kalau OTAI...siap pekena power stick dulu sebelum climb.
Sampai sahaja di puncak sessi bergambar pun dibuat diselangi dengan lawak jenaka dan gelak ketawa....memang meriah dan enjoy....
”Jom gerak kita pi Kedai Makcik Donat...nanti tutup lak ” ajakan dari Bro Mubin..
Lagi sekali layan climbing road..nasib baik la cuaca tak berapa panas kalau tidak...terkulat-kulat la kami...
Dek risau kami tak puas walaupun sebenarnya dah lunyai...Bro Bob berusaha lagi untuk bagi kami puas dengan membawa kami mendaki Bukit Sekebun Bunga yang boleh tahan gak tinggi nye....
Disebabkan Donat dah terbayang dikepala..digagahi juga mendaki bukit yang kurang sikit tingginye dari Bukit Altantuya...sampai sahaja di puncak..apalagi sekali lagi sessi bergambar diambil. Pemandangan dan panorama dari bukit ni memang menarik....
Kepenatan mendaki bukit ni dihadiahkan dengan downhill yang agak mengancam kalbu...seronok woii..rugi sape tak pi...
Kayuhan ke Kedai Makcik Donat agak selow juga la pada awalnye....selepas sahaja Syamie bagitau yang kat Kedai Makcik Donat ni Lontong Kerang di sedap tapi limited....masing-masing mula melajukan kayuhan dengan harapan dapat membedal Lontong kerang.
Sampai sahaja di Kedai Makcik Donat...Lontong Kerang pun di order tetapi limited...kesian Geng Shah Alam tak dapat makan...yang Geng KayuhBeb pulak tak pandang kiri-kanan...ada yang lupa baca bismilah pulak tu tanpa segan silu melantak sakan Lontog Sambal Makcik Donat.
Segala makan dan minum kami dibayar oleh salah seorang Rider Geng Shah Alam (Tak leh bagitau nama nanti bini di atau la pulak). Dah la layan kami kayuh, di beri pulak makan free..sedap pulak tu...nak repeat lagi la camni..
Dihadapan Kedai Makcik Donat
Kayuhan balik agak longlai la juga sebab perut dah penuh dengan Lontong Kerang + Donat Besar + Karipap.
Jadi beberapa sessi rehat pun dibuat disulam dengan aksi bergambar lagi..
Total kayuhan di buat adalah sejauh 52km dengan melalui Setia Alam, Kampung Budiman dan lain-lain lagi la...yang pasti Kayuhan ni tetap dinamakan Kayuhan santai oleh Geng Shah Alam.
Kami pulak dari KayuhBeb menamakan kayuhan ni sebagai ”Jamboree Lontong Kerang campur Donat Setia Alam”
1. Telah sudi melayan kami berkayuh di Setia Alam
2. Tolong gelak dan ketawa bila kami buat lawak
3. Menolong Bro Kulat dengan pil tupai ketika dia pening
4. .Belanja kami makan......
Yang pasti kami terhibur dan enjoy dengan kayuhan yang di buat.
TERIMA KASIH
Kanan..Bro Bob selaku leader kayuhan, Kiri:Bro Din selaku assistant menunjuk arah jalan
Dua-dua power..tak nampak penat langsung
Bro Syamie...selaku doktor dan sweeper
Bro Mubin..berhati muda..sentiasa menceriakan keadaan
Dari Kiri :Bro Syafiq dan Bro Om...telah berusaha menyimpan donat, karipap dan reserve Lontong untuk Geng KayuhBeb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan