Halaman

Ahad, 10 Januari 2010

Kayuh RRI ke Padang Kota?

Kayuh RRI ke Padang Kota?
Fuyoo!tengok tajuk je cam jauh je bunyi nye...cam power je rider yang ikut serta...tapi yang sebenarnye Padang Kota tu adalah nama restoran yang kami singgah di Kota Damansara semasa ride di RRI pada 10hb Jan 2010.

Atas invitation "Betul-betul santai ride"..ramai la pulak rider yang join....lebih kurang 40 orang.



Sampai penuh parking di lapangan masjid...

Antara geng-geng dan rider-rider turut serta meraikan acara....Geng Roto-X, Geng Shah Alam, Geng Bukit Sentosa(Rawang..Bro Sabri)...dan juga beberapa rider individu yang lain...Bro Zainal and son and geng, Pakyen, Nadza and friends, Azwan and Geng (kyuh dari Kelana Jaya tuh!), Amizi, Bro yang pakai baju celoreng and wife (sorry tak ingat nama)...dan yang lain-lain... sorry sebab tak ingat nama...

Bro Sabri datang dari Bkt Sentosa, Rawang menjemput KayuhBeb dan rider-rider lain kayuh di Antara Gapi...amacam? ada bran???


Lebih kurang jam 8:20am (sorry to all lewat start sebab ada rider yang x tau jalan) selepas acara wajib KayuhBeb..sessi bergambar dilakukan...kayuhan menerjah ladang getah RRI pun dimulakan.....

Dah leh buat mini jamboree nih



Antara kebaikan trail RRI ialah susana yang teduh dan redup sepanjang kayuhan kerana dilitupi oleh pokok-pokok getah...tapi tak dapat nak berenti rehat lama kerana diserang oleh nyamuk-nyamuk yang dahagakan DARAH manusia....






Setelah penat berkayuh, dan sesuai dengan tema "Betul-betul Santai Ride"kami telah singgah sebentar la konon untuk bersarapan pagi dan beramah mesra dengan rider-rider yang baru kami kenal direstoran Padang Kota, Kota Damansara.


Disini rider-rider telah dinasihatkan untuk makan mengisi tenaga kerana akan mendaki Bukit Tertinggi di RRI semata-mata hendak melayan single trek downhill.

Geng Bukit Sentosa, Rawang..Bro Sabri and the Gang





Bro Zainal and the Gang





Selepas selesai makan..biasalah sebelum dapat downhill kenalah dulu mendaki...rider yang terlebih mengisi tenaga dengan makan lebih di kedai mamak tadi terpaksa berhempas pulas mendaki dengan perut yang senak kekenyangan.

Bukit yang akan di daki


Rata-rata rider semua puas hati melayan single trek downhill RRI dan alhamdulilah tiada sebarang kecelakaan yang dihadapi oleh rider-rider..





Dalam perjalanan balik kami telah bertemu dengan GENG Kaki Kayuh yang sedang membuat time trial untuk downhill competiton antara mereka...bagus gak idea tuh.

Sampai di tempat parking lebih kurang jam 11:30am rider-rider mula mengemaskan barang-barang masing -masing, juga ada rider yang membasuh basikal di CALTEX, tak ketinggalan juga yang pekena Cendol Makcik Cendol RRI.

Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada rider-rider yang sudi join KayuhBeb...ampun dan maaf dipinta sekiranya ada cacat dan cela ataupun "not well organize"...diharap tidak serik untuk join KayuhBeb dan rider-rider yang lain dimasa kan datang.

Kali ini kayuhan dilakukan tanpa kehadiran ketiga-tiga official cameraman Kayuhbeb kerana hal yang tak dielakkan...oleh sebab itu jurugambar import..Bro Bob telah memainkan peranannya...(yang cantik tu Bob punye..yang tak cantik tu pakai "BenQ" je)

Antara hasil petikan Bob....








Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang