Kayuhan OFFROAD ELMINA….Penderaan secara sistematik?
Lebih kurang seramai 44 rider yang datang dari sekitar lembah kelang (tak kurang juga yang datang dari jauh Jugra dan Sepang) telah berkumpul di Restoran Hidayah Subang Bestari pada 24hb Feb 2010.
Tujuan berkumpul ni adalah tak lain dan tak bukan semata-mata nak melayan ELMINA setelah mendapat jemputan dari Bro Din Superlight.
Antara Rider yang hadir adalah KayuhBeb, Roto X, Geng Shah Alam, Subang Bestari dan lain-lain.
Lebih kurang jam 8:25am, Bro Din meniup wisel nya mengajak semua rider-rider berkumpul untuk mendengar celotehnya.
Seperti seorang ”Perwira Negara” Bro Din pun memberi penerangan laluan yang akan dilalui dengan penuh semangat.
”Laluan yang akan kita lalui adalah berbukit bukau..ada climbing dah downhill sejauh 30km.....bla-bla-bla........kita kena start awal..sebab dikuatiri kalau keluar lambat terpaksa mengharungi cuaca panas”....he!he!he!...sorry la kalau ada yang di tokok tambah
Kali ni tak sempat la pulak nak bergambar sebelum kayuh..sebab Bro Din habis sahaja briefing terus mengayuh...mungkin masa dah tak mengizinkan kut.
Laluan di mulai dengan melalui Kebun Bunga dan estate.
Seperti dikatakan trek elmina ni penuh dengan bukit..jadi laluan mendaki dan menurun bukit agak kerap je..kekadang tu daki-daki-daki panjang jeeeeeeee. Turun kejap pastu daki-daki-daki panjang jeeee. Tapi keseluruhan bukit yang di lalui boleh di daki walaupun tak mudah...
Kayuhan dan trek Elmina ni memang mencabar minda dan tenaga rider-rider hingga kepenatan tahap gaban.
Nak jerit berenti rehat malu..sebab awek anak lima selamba je kayuh naik bukit..cam takde pa pa je.
Nasib baik la Bro Ghan dan Anthemnya telah menjalankan tugas nya dengan sengaja atau tak sengaja tak pulak diketahui ...tayar pancit.
Peluang ini diambil sepenuh-penuh nya dan dengan dedikasi yang tinggi oleh rider-rider lain yang berenti menolong ”melihat” Bro Ghan menukar tiub.
Tak cukup dengan tolong tengok....., sessi bergambar dan melayan power stick dan gurau senda dimulakan semasa Bro Ghan sibuk menukar tiub. TQ Ghan dan sorry la kepada rider-rider lain yang menunggu kami di puncak bukit.
Separuh kilometer yang awal cuaca amat menyebelahi kami.....tetapi selepas tu matahari telah terpacak dan masing-masing mula terkulai layu dan lunyai meneruskan laluan balik ke parking..nasib baik la laluan flat je...dalam kepala dah terbayang ”Teh O limau ais” ” Nasi Briani Kambing” ”100 Plus”..perg! bila nak sampai nih.
Kayuhan Elmina dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang insiden dan accident yang tak diingini.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Bro Din Superlight and the gang dari Subang Bestari kerana sudi membawa kami menerjah ELMINA dan melayan kerenah kami.
Bro Din ni orang nye POWER...dialah lah Leader Kayuh, dialah Penjaga Simpang dan dialah Tukang Sapu (sweeper). Walaupun dah kayuh sampai puncak bukit..boleh turun balik menjengok dan menemani rider-rider yang baru hendak mendaki.
Setiap kali hendak mendaki Bro Din akan menjerit ” Climbing dihadapan...”... ”Long Climbing”...”Light Climbing” atau pun bila turun bukit ” DOWNHILLL”.
Juga tak dilupakan kepada Rider-rider yang lain yang sudi berkayuh bersama-sama kami.
Ampun maaf dipinta jika ada kata-kata yang menyakitkan hati dan perasaan ketika bergurau senda sambil berkayuh di ELMINA.
Juga terima kasih kepada cameraman yang sudi menyumbang gambar ketika ketiadaan cameraman Kayuhbeb.
1 ulasan:
Actually kan, kalau nak kira, Elmina ni, lebih kurang macam Bandar Teknologi Kajang punya trail jugak. Bandar Tek pun 30km juga distance dia. Banyak kelapa sawit, ada ladang getah, ada hutan, ada kebun buah dragon fruit, banyak naik turun bukit, banyak canopy, tapi ada jugak open ride. Kalau ada sapa-sapa nak tolong lead, boleh lah kita pergi try Bandar Teknologi Kajang.
Catat Ulasan