Kayuhan "Lontong" Setia Alam adalah sebagai kayuhan offroad pertama KayuhBeb dan rakan-rakan di tahun 2010.
Dipanggil Kayuhan Lontong sebab tarikan utama dan keistimewaan kayuhan Setia Alam adalah Lontong Makcik Donut yang tidak boleh dipertikaikan lagi kesedapannye..tak caya?...jom la ikut kami kayuh lagi.
Disebabkan nak makan Lontong ni, terpaksalah kami mengayuh basikal sejauh 46km dengan melalui bukit yang panjang seakan-akan steroid hill di FRIM, meredah semak belukar yang mana treknya lebih kurang Taiping Jamboree dan juga melalui Bukit Cempedak aka Bukit Taman Bunga yang mana kayuhan uphill dihidangkan dengan bau cempedak. Itupun nasib baik rider-rider lain tidak diseksa lagi dengan uphill Bukit Altantuya (terpaksa dielakkan kerana masalah-masalah kecil).
Begitulah rintangan dan halangan yang terpaksa kami lalui semata-mata hendak makan Lontong Makcik Donut. Bayangkan betapa sedapnya lontong ini sehingga 26 rider sanggup meredah dan melaui kesusahan yang sengaja dicari.....semuanya semata-mata "LONTONG MAKCIK DONUT".
Bayangkan juga selepas melantak "LONTONG MAKCIK DONUT" yang di top up dengan sambal kerang, tempe goreng, sotong kering...dengan perut yang penuh dan padat...kami terpaksa mengayuh balik sejauh 20 km lagi .....huhuk! sape la nye idea ni?
Bayangkan la juga setiap seksaan dan rintangan yang kami lalui ini.....kayuhan ini digelar KAYUHAN SANTAI.......huhuk!
Tapi apa-ape pun semua itu hanyalah ayat untuk bercerita sahaja yang penting dalam Kayuhan Lontong Setia Alam...semua orang ENJOY dan HAPPY.
Terima Kasih diucapkan kepada Chif Khaled kerana membenarkan anak-anak buahnya membawa kami berkayuh "SANTAI" di Setia Alam, Thank to Bob yang telah recce jalan terlebih dahulu semata-mata untuk memuaskan nafsu kami, tak lupa juga Bro Mubin, Symie, Din dan lain-lain.
Kepada tetamu juga diucapkan terima kasih kerana sudi bersama kami mengayuh beskal dan maaf dipinta jika ada kekurangan.
Tak lupa juga kepada rider KayuhBeb yang lain kerana telah meramaikan Kayuhan Lontong Setia Alam dan juga dengan Ikhlas telah membelanja LONTONG MAKCIK DONUT.
Keesokan hari nye....dengan selambanye Kulat and Family pergi semula ke Kedai Lontong Makcik Donut untuk pekena Lontong yang sedap tu tanpa melalui rintangan-rintangan yang kami ceritakan tadi...dari Klang naik kereta tak sampai 30 minit pun.....chest!
Briefing by BOB
Spot wajib untuk bergambar..
Bukit Lori Hantu.....first time tengok lori hantu berenti bagi laluan pada rider
Rentasan Sungai
Antara belukar yang terpaksa di tempuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan