Kayuhan Warisan Taiping telah menyaksikan penyertaan yang paling ramai untuk Team KayuhBeb iaitu seramai 20 orang..masing-masing memberikan komitment yang tinggi sempena kayuhan penutup 2009 dengan semangat yang berkobar-kobar.
Ada yang datang ngan family terus bercuti,
Ada yang balik kampung terus kayuh,
dan ada yang datang ngan kengkawan tong-tong kos semata-mata nak melayan Taiping Jamboree dan juga berjumpa ngan rider-rider lain dengan tujuan untuk mendapat kenalan dan kawan baru.
Dengan Geng Utara jangan cakap la..dah macam kenal puluh tahun siap dengan gurau senda dan usik mengusik...nasib baik tak de adengan cium mulut ke mulut.
Sessi bergambar ......emmmm...beratus gambar yang diambil sambil menggayakan Jersey Oren KayuhBeb.
KayuhBeb bukan setakat ada Jersey....basikal KayuhBeb pun ade...
Kayuhan awal dihidangkan dengan kayuhan jalan raya dengan melalui beberapa kota, bangunan dan taman warisan taiping...memang kena sangat lah dengan tajuknye.
Gelak ketawa dan perasaan gembira mula hilang setelah dihidangkan dengan pendakian single trail....bukanye ape...Jemmmm......
Lagi teruk bila dihidangkan dengan DOWNHILL yang tak leh nak turun kerana terlalu curam...mungkin pihak penganjur terdiri daripada kaki-kaki hiking sebab tu lah kami dihidangkan dengan trail cam tuh...
Rider-rider yang berada diatas yang tak dapat menahan berat badan dan basikal akan tergelincir dan melorot kebawah dengan menyapu bersih rider-rider yang ada dihadapan...cam main DOMINO la.....
Ada juga rider yang dah tak tahan sampai sanggup mencampak basikal yang beriban-riban tu ke bawah..." ala basikal rosak boleh ganti..kalau tulang aku patah..tak leh naik basikal dah..rugi"antara kata-kata yang terkeluar dari mulut rider yang agak bengang juga la.
Tak cukup di dera dengan DOWNHILL cam tu, kena la pulak mendaki bukit yang mana kena memikul basikal masing-masing.
Tapi semangant tolong menolong antara rider aku bagi markah 100%. Walaupun tak kenal antara satu sama lain , tak kira bangsa ape.....rider sanggup menhulurkan tangan menarik basikal rider ke atas secara bergilir-gilir.....inilah part yang paling aku tabik. semuanya berlaku atas "MINAT YANG SAMA"
"Abang Downhill je terus jumpa water refill" antara kata-kata dusta dan benar dari pihak marshall.
Dusta sebab ingat DOWNHILL terus jumpa air..tapi hampeh.
Benar sebab setelah di DOWNHILL dan di UPHILL dan DOWNHILL berkilo-kilo metriko baru la jumpa water refill.
Tapi sebelum tu ramai rider-rider yang dan kehausan terpaksa meminta dan merayu kepada penghuni-penghuni rumah teres yang di lalui untuk meminta seteguk air....kecian nye aku....penganjur tak kecian ke kat rider camni?
Disebabkan terpaksa menunggu lama semasa menuruni bukit HIKING..ramai rider-rider yang tak dapat meneruskan kayuhan ke CP3 kerana telah tutup.
Kepada rider-rider yang dapat meneruskan kayuhan diberitahu hanya tinggal 2 bukit aje untuk didaki..
Tapi hanya 2 itulah yang paling menyiksakan....bukit yang keadaanya sama macam bukit hiking..pulak tu downhill nye pulak tak leh lak nak layan sangat sebab terlalulah banyak akar-kar kayu yang pasti akan membuat kan rider-rider kecundang menyembah bumi.
Laluan ke CP3 tak lain dan tak bukan hanyalah satu penyeksaan..walaupun camtu..semangat jitu dan kental di hati rider-rider tetap meneruskan kayuhan walaupun di goda oleh tokeh kebun dengan mengatakan ada laluan shortcut,
" Lu ikut kiri, 2km aje sudah sampai itu pusat rakan muda"
"tapi kalu lu ikut kanan(Menuju ke CP3)...ada lagi 15 km baru sampai itu pusat rakan muda"
" Ikut Kanan bukit tinggi ke tokeh" kata salah seorang rider
"Talak tinggi..tapi ada sikit naik, ada sikit turun..naik moto tak de rasa punye"
"Ikut dekat la lagi manyak senang..ape susah-susah seksa itu beskal"
Hampir-hampir tergoda dengan godaan tokeh tu...tapi alang-alang seluk pekasam....kayuhan ke CP3 dan CP4 tetap akan dihabiskan juga.
Setelah dapat menghabiskan CP3 dan CP4 kayuhan balik ke Komplek Rakan Muda dilakukan dengan semangat berkobar-kobar dengan harapan pihak penganjur akan menunggu di garisan penamat dan akan mengkalungkan medal dileher rider-rider....ptui! bayang pun tak nampak...tetapi sambutan dan ucapan dari kengkawan serba sedikit meredakan kemarahan terhadap pihak penganjur.
Untuk sessi Lucky Draw...team KayuhBeb antara yang bertuah kerana seramai 6 orang (dari 20 orang) telah mendapat hadiah lucky draw dan yang paling gembira adalah Bro Jinggo sebab betul-betul lucky kerana telah memenangi hadiah fram FUJI CARBON yang nilai nye lebih RM2K...Tahniah to Bro Jinggo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan