Halaman

Isnin, 14 Disember 2009

KayuhBeb di KAYUHAN JANTUNGKU


KAYUHAN JANTUNGKU

anjuran SJ Cycle

dec 13 2009

shah alam

8.05 mlm...sedang aku on d way balik dari pasaraya Giant, dgn tidak di seru handset aku pun bernyanyi2 Sean Kingston... terlihat nama MTB Azrul tertera pd skirn.. alamakkkkkkkkkkkkkk.... nak angkat ke tak ni??? takut sebarang kemungkinan yg buruk berlaku, aku pun jawab la dgn hati yg berat tahap beskal Mamat. (wakakaka)

"Hello bossss!!!!.. ada apa2 masalah ke???? "

bla.. bla.. bla... bla....."

bla bla bla bla...tuuuttt... (mencarut) .. bla bla...

tutttttt... (mencarut lagi) ... #%@*&^(__+(&^%%(+!!!!##%%@..

...dan akhir kata dari RULe

"wei jinggo!!! ko kena buat laporan Kayuhan Jantungku!!! MUKTAMAD!"

(RULe trus letak hset tanpa sempat aku membantah..)

cisssssssss.... aku dah agak dah.... bila RULe takde, Kay2 pon takde... maka aku akan menjadi mangsa penindasan! sampai bila aku terus diperlakukan sebegini rupa???... dimana lagi tempat utk aku mengadu???? ciss... aku terus memandu pulang sambil bini aku gelakkan aku sepanjang perjalanan pulang!!!!

Baiklah kwn2 semua, tanpa buang masa kita tarus ke laporan Kayuhan Jantungku 2009...

Kayuhbeb menyertai kayuhan ini setelah mendapat pelawaan Bro Wahid RotorX semasa Kayuhbeb menyertai kayuhan AEON jusco anjuran RotorX.. Kayuhan Jantungku adalah kayuhan santai dan riang ria tgk kanan kiri tanpa semangat nak menang atau nak climb tinggi2. Kayuhan santai ini anjuran Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB) dan Kelab Warga Emas Shah Alam. Kayuhan Jantungku ini menggalakkan semua manusia kayuh basikal demi jantung tercinta... kih3... kayuh basikal adalah santapan yg lazat utk jantung kita.. kayuh la woiiiiiiii.. kih3.

Kayuhbeb bermula mengayuh dari Jln Kebun Klang bersama2 Geng dari RotorX. kayuhan dimulakan seawal jam 7 pagi.. (aku dah terpacak dpn umah g_han pukul 6.30 tau tak!) Kayuhan dikepalai oleh Bro Wahid RotoX yang memacu Giant TCR rodies... (cisss... kayuh mantain 35-45 km/h) mampus aku nak folo... power tol bro Wahid. kih3.

Kami berkayuh melalui Alam Impian dan menyusuri highway yang tak brapa nak siap...tidak sampai 25 minit kali pun tiba di Kompleks Warga Emas pd jam 7.25 dgn jayanya tanpa sebarang kesangsian.. berkat kepimpinan bro Wahid. wakakakkaka...

Bro Wahid org paling kuat kat RotoX.. bergaya disisi TCR hadiah dr insan tersayang katanya.. hehehehe..

Kelihatan juga Bro Faizal HUUU HAAA... yg telah lama terpisah.. kini bersua kembali.. mcm jejak kasih lak rasanya.. huaaa huaaa huaaa...!!!

Kayuhan Jantungku juga dpt menghimpunkan kembali para sahabat yg dari berbeza2 kelab... bila jumpa apa lagi... mcm2 la cerita yg keluar... cerita Patah jari kat kedah pun diulang cerita, cerita rim lupa simpan pun ada, cerita perut aku size Kenda 2.3 pun dibualkan... hampeh tol.. wakakak.. sedang leka berbual kami dikejutkan dgn ketibaan Geng2 Kampung Delik... satu lori tu basikal diaorg.. memang sempoiii... (kayuhbeb boleh la beli satu lori, senang aku nak tumpang kang.. wakakakkaka)

Sempoi.... satu lori tuuuu... senang cerita! semua pun bole angkut!

bro syami pon ada gak.. siap bwk DSLR tu... syami memang bike patrol yg sempoi!!

wajah2 yang dah lama ngidam bergambar dgn moto polis taffic.. baru kini ada peluang... (pic aku tak sempat nak shoot laaa.. aku nak gak la pic moto polissss) cisss

sempat lak bergambar dgn Angah (org kuat monsoon ride@bbs superstar) kih3..


bro Man Satria datang mcm biasa laa... bersama anak2nya..

kelihatan bro Dex yg muncul kembali di arena perpedalan!!! selamat kembali Bro Dex!!!! ....(ciss... da lyn road tuuuu)

kelihatan para2 pembasikal telah memenuhi ruang Kompleks Warga Emas...

Robyn sempat menggayakan Tatoo yg di beli di Siam... mahal tuuu... utk makluman, bro robyn membawa skali isterinya utk menyertai kayuhan ini... cayalah bro!!!

bro dince dan bro Lan.. sempat bergaya santai sebelum kayuhan dilepaskan... bro Dince adalah antara org2 kuat Kayuhbeb.. heheheh

geng2 rotoX dan kg Delik yg tak sabar2 nak merefresh jantungnya... kelihatan sedikit kebosanan sbb senamrobik lama sgt kot.. wakakaka

geng2 Taiko dari Banting.. masing2 bawak wife.. sporting habis.. (yg kiri skali tu selalu jumpa kat kedai asiong.. hehehe)

kayuhan dilepaskan oleh dif2 kehormat kira2 jam 8.45 setelah selesai acara cakap2 dan senam2... kih3... (melangut gak menunggu... )

kayuhan dilepaskan dengan iringan meriam buluh sebanyak lapan das menandakan majlis kayuhan telah direstui.. wakakakakak.. apa lagiii... masing2 pun meluru laju memFolo kenderaan marshal... tak siapa dibenarkan potong.. kih3... tak dpt potong main gesel kat bumper la jawabnya.. man sawit antara individu yg kerap mengesel bumper marshal sbb cameragirl yg ala2 jelita tu dok kat boot tol2 depan basikal kami2 yg mata keranjang ni... wakakakak... masing2 sering beraksi gagah tak pancit sebab cameragirl sering menghala lensa kearah kami yg gagah dan semat ini.. kih3... aksi terhebat adalah aksi man sawit climbing dgn sebelah kaki je... kih3... kayuhan penuh selesa sebab abg2 Roda2 Kotaraya @ Polis Traffic mengiringi kami sepanjang acara ini berlansung... terasa mcm Le Tour la plak....

setelah melalui beberapa roundabout... para2 pengayuh pun berhenti di dataran shah alam bagi sesi ambik2 gambar!!! acara kegemaran Kayuhbeb sejak turun temurun!!

"weh jinggo, ambik pic kawe cepat.. kawe tak sabo2 dah ni..." (biasa la bro dince.... ikutkan je la...) wakakkakaka

kelihatan juga ada pengayuh yg membawa anak kecilnya... cayalah bro!!! (lain kali aku nak bwk anak aku gak la.. hehehhe)

lagi aksi2 berahi dari geng2 kayuhbeb.. (kih3.... saja kasi panas line)

selesai acara santai2 bergambar, kayuhan diteruskan lagi dgn memFolo kenderaan marshal... kejap slow... kejap sgt slow... bahya gak tu.. 10 km/h sgt bahaya bila dah ramai2..

beberapa kemalangan2 kecil juga berlaku pada kayuhan santai2 ni... nasib baik ada abg2 polis traffic... heheheh...

pada ketika ini la aku menyerahkan camera aku pada cameraman kat boot kereta tu agar dpt dia ambik pic kami2 yg gagah ni. wakakakak... dan apa lagiii... sesi bergambar ketika mengayuh pun dilaksanakan... heheheh... pelbagai aksi diperaga utk tatapan rakan2 yang tak dapat hadir kerana masalah masing2... kami paham... panji2 kayuhbeb pasti akan dibawa walaupun tanpa kehadiran otai2 Kayuhbeb yg lain... antaranya, bro RULe@tuan blogger, Bro Kulat dan tak lupa Bro Kay2 yg dah tak berapa selera diparas2 laut ni..... kih3.. tak lupa juga pada geng2 Kayuhbeb yg lain2.. Kayuhbeb boleh!!!!.. apa lg, tatap la aksi2 kami di bawah ni... kalau nak tenung lama2 pun takpe... tiada paksaan.. wakakakkakakakaka!!!!

kayuhan tamat pd jam 10 pg setelah selesai membuat 2 pusingan sekitar shah alam.. selesai acara makan2 acara cabutan bertuah pun menyusul.. si syami geng shah alam dpt hadiah gak tuuu... geng2 kg delik pun ramai yg dapat... Bro Faizal HUUU HAAA pun dpt 2nd prize tuuu.. apa lagiii.. melalak la dia atas stage.... huaaaa huaaa!!! kayuhbeb sapa dpt??? ciss... bro dince sorang je dpt!!!


selesai semua acara maka majlis kayuh pulang pun diteruskan dgn matahari mencacak tol2 atas kepala... juga dikepalai oleh bro wahid... kih3.

Goodies dan hamper2 utk mereka2 yg berdaftar shj... hehehhe

yg nyata Kayuhan Jantungku ini bukanlah utk berlumba dan nak tunjuk power, kayuhan santai dan riang ria ini sgt2 sesuai utk seisi keluarga... tanpa perlu pendakian yg beratus2 meter dari paras laut.. kih3...puas??? ok la gak... enjoy gak beb... dpt jumpa kawan2, dpt support aktiviti2 yg sihat... kayuhbeb sentiasa positif terhadap aktiviti yg sihat utk kesejahteraan umat sejagat! kayuhbeb boleh!!!!... wakakakaka....

dengan ini tamatlah laporan yg tak seberapa dari Blogger Terpaksa Kayuhbeb... saya jinggo selaku 2nd cameraman yg dah takde camera mengundurkan diri utk kali ini..

berbanyak2 terima kasih utk Wawan@kawan aku la... kerana telah meminjamkan Lumix kau utk Kayuhbeb ProAct. jasamu kayuhbeb kenang... (kang aku try tanya kat blogger boleh claim tak duit sewa).. wakakaakka...


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang