Rider-rider tegar dari utara masih lagi kelihatan ceria walaupun kekurangan tidur dan telah melayan 2 trail dalam masa satu hari (18hb Dec) ....Kiara sebelah pagi dan Putrajaya Challenge Park sebelah petang. Memang kuat la diaorang ni...
"Korang tak letih ke? Kalau tak larat kita layan yang simple je la"kata Rule KayuhBeb.
"Buat aje yang hardcore...alang-alang datang biar puas" balas Lon antara orang yang bertanggungjawab membuat trip layan Kiara,PCP dan FRIM.
Dasyat juga diaorang ni...nak kata minum daun ketum tak lak nampak laloq....
Setelah gambar beramai-ramai si ambil dan di beri "Briefing" berkenaan laluan yang akan dibuat oleh Rule KayuhBeb dan bacaan doa oleh Bro Jayen PujMac..kayuhan pun dimulakan. Kayuhan di kepalai oleh Bro Kulat.
Antara laluan yang dibawa adalah.... Steroid Hill-->Bukti Putus-->Salem Hill-->Kedai Mamak-->Dream Trail--> Rover Track--> Hospital Kusta.
Laluan ke Bukit Putus
Terpaksa memikul beskal kerana laluan terputus oleh curam...sebab tu dipanggil Bukit Putus..agaknye lah
Berhenti rehat sebentar sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur
Buat kali pertama Salem Hill diriuh rendah kan dengan gelak ketawa dan senda gurau oleh 20 rider.
Biasanya jarang-jarang rider yang nak naik hingga ke Salem Hill atas beberapa faktor.
Antaranya terlalu sunyi....alasan tipu la. Alasan yang sebenarnya....bukit yang hendak didaki terlalu curam...hanya rider-rider yang tegar sahaja oleh sekali henjut hingga ke atas....kalau kurang sikit tegar kira satu kali berenti la....selain dari tu ....ehem!ehem! la.
Pendakian ke Salem Hill...suasana sejuk dan nyaman
Walaupun terseksa banyak untuk sampai ke Salem Hill...rehat yang panjang diberi kepada semua rider untuk beramah mesra dan juga pekena power stick.
Setelah penat berehat, masing-masing pun mula menyiapkan jentera masing-masing untuk downhill....ada yang menurunkan seat, ada yang putar skru fork dam macam-macam lagi lah....semuanya dibuat hanya untuk kepuasan melayan downhill.
Downhill hingga ke Kedai Mamak untuk melantak melalui laluan pokok-pokok hutan yang ternyata menenangkan semua rider...
Ternyata Mamak Frim akan mencatat keuntungan yang luar biasa kerana seramai 30 rider yang kelaparan telah melicinkan segala makanan yang dinampak sedap oleh rider-rider yang kelaparan.
Untuk menghilangkan lemak yang dikumpul di kedai mamak frim...rider disajikan dengan pendakian single trail untuk ke dream trail selepas sessi bergambar di Main Gate dilakukan.
Pendakian betul-betul memerlukan skill penggunaan gear yang betul dan juga mencari "line" yang baik supaya tayar tidak "skidding" semasa melanggar akar-kar kayu.
Setiap yang didaki..ada yang turun....single trail downhill hingga ke rover track...kebanyakkan rider-rider melayan cukup-cukup hingga ke tahap gaban ketika menuruni single trek Dream Trail.
Setelah acara kemuncak melayan Dream Trail dilakukan..kayuhan balik dilakukan dengan masing-masing memecut kerana cuaca mula menunjukkan hujan akan turun...Alhamdulilah hujan turun setelah rider-rider telah bersedia gerak pulang.
Perjalanan balik kami telah singgah dan Makan Satay Kajang dan Nasi Ayam Madu di Restoran Jejambat Sg. Buluh.
Alhamdulilah kebanyakkan rider-rider puas hati dengan kayuhan dan kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa kayuhan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan