Halaman

Jumaat, 18 Disember 2009

Kayuhan Kiara dengan Geng MTB Utara dan MTB Central.



Kayuhan Kiara dengan Geng MTB Utara dan MTB Central.

Date:18hb December 2009

Trail : Bukit Kiara

Laluan : 2K->Triple TerraceàApollo àPondok à Twin Peak à PondokàCarnival Trailà Bike Wash.

Beberapa minggu lepas mendapat jemputan dari Bro Lontruth untuk melayan mereka di Trail PCP, Kiara dan FRIM.

Antara SMS yang diterima “ RULe, Bukit Cermin ngan Kiara mana lagi best”

Susah jugak aku nak jawab soalan ni…

Tapi disebabkan aku tahu Lon memang nak kayuh kt Kiara, aku pun mempengaruhi Lon untuk kayuh Kiara

Antara yang tertulis di Blog Mereka

TRIP TO KL WITH REDFLAG, TRM, ODD &.....

Rancangan ini diatur setelah sekian lama dok teliur tgk singletrack kat Kiara dan FRIM. Nafsu ini terangsang akibat banyak gambar telah didedahkan aurat oleh PUJMAC dan Kayuhbeb. Dengan menery ( kata asal try ) trail ni dapat menambahkan skill yg mungkin masih kurang.

Untuk kayuhan di FRIM aku telah berchat dengan Assry di FB berkenaan route akan dilalui, beberapa cadangan di beri dan persetujuan pun dapat.

Hari ini..kayuhan Kiara telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran Geng-Geng MTB yang agak ramai juga..(tak sempat nak kira) ternyata Geng-geng MTB ni kalau dah jumpa dan bercerita pasal basikal dan kayuhan seolah-olah dah kenal berpuluh tahun walaupun pertama kali berjumpa


Kayuhan dimulakan dengan mendaki Jalan Tar menuju ke Pondok setelah penerangan diberikan oelh Bro Assry dan bacaan doa oleh Bro Jayen..pendakian yang betul-betul mencabar.

Sampai sahaja di pondok masing-masing mula membesarkan lubang hidung supaya banyak oksigen boleh disedut.

Kayuhan ke Single Trail. 2K telah dibawa oleh Bro Joe dari Kota Damansara yang begitu mahir dengan Trail Kiara.

Ternyata rider-rider yang melayan single trek menjiwai kayuhan yang dibuat kerana terlalu syok

.

Walaupun kekadang terpaksa menunggu giliran untuk Downhill disebabkan rider yang terlalu ramai..

Hidangan singletrek downhill telah membuatkan rider-rider teruja dan seolah-olah rasa macam tak cukup dan ingin "repeat kembali.Tetapi memandangkan masa tak mengizinkan kayuhan ke Twin Peak diteruskan selepas melepak-lepak di PONDOK.

Bro Syafiq, Bro Din Polis dan Bro Munir tidak ketinggalan untuk melayan Kiara

Bro ManSawit, Bro Roy dan Bro Azhar juga telah mencapai tahap leleh melayan Kiara

Antara sessi bergambar yang sempat di ambil

Berbeza dengan 2K, Twin Peak disedekahkan dengan climbing single trail yang teramat panjang hingga ke puncak..lagi sekali rider-rider terpaksa membesarkan membesarkan lubang idung untuk kali kedua.

tetapi tidak dinafikan juga ada rider yang power dengan selamba aje mengayuh hingga ke puncak.

Sampai di puncak seperti biasa…single trek downhill dihidangkan untuk santapan rider-rider yang mana acara kemuncak nya di hidangkan dengan drop setinggi 2 kaki.(Utk XC rider kira tinggi la ni..minta DH Rider jangan la gelakkan kami)

Disinilah rider-rider memberanikan diri untuk buat drop….ada yang success ada yang kecundang…alhamdullilah tiada kecederaan serius yang berlaku.

Kepada rider-rider yang success, beberapa kali drop di buat hingga mencapai tahap gaban…baru lah kami meneruskan downhill pulang ke Pondok.

Beberapa kali Geng Utara mengatakan teruja dengan trail Kiara dan hendak repeat lagi.. tapi cuaca seolah-olah tak mengizinkan..jadi kayuhan ke Carnival trail diteruskan hingga ke Bike Wash.

Sampai sahaja di Bike Wash..tanpa membunag masa…rider-rider mula menyucikan bike masing-masing yang telah kotor dinodai oleh tanah Kiara..

Sekian

Tak banyak gambar yang dapat diambil kerana Cameraman 1, 2 dan 3 kayuhbeb terpaksa bekerja untuk mendapat duit lebih supaya basikal dapat di upgrade sempena Kayuhan Warisan Taiping.

Gambar-gambar boleh didapati di Facebook Azrul Azhan (click je badge kt atas tu)

Ketika blog ini ditulis..rider-rider utara sedang sibuk melayan trail PCP bersama PUJMAC dan Rider-rider yang lain.


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang