Halaman

Isnin, 14 Disember 2009

Kiara Ride -- Ride Recce Jalan

Kiara Ride…Recce Jalan

Lebih kurang jam 8am, kesemua rider-rider telah berkumpul ditempat yang di janjikan. Antara rider yang hadir adalah Rule, G’Han, Krul, Azrul Kona, Din Polis. Disana juga kami telah berjumpa dengan Bro Tim and Saiful dari LowYat Dot Net juga berkenalan dengan rider baru C.S.

Ride kali adalah dengan tujuan untuk Recce Jalan supaya semasa rider MTB dari Utara turun nanti tak la kelam kabut. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Tujuan ride juga adalah untuk budget masa supaya tak terlebih.

Laluan 2k diambil sebagai permulaan. Kali ni cuba nak meredah jalan-jalan baru yang terkeluar sikit dari 2k tapi banyak yang menolak..jadi kena cancel la..nanti ikut laluan 2k biasa je.


Habis sahaja melayan 2K...seperti biasa rehat sebentar di pondok sebelum meneruskan kayuhan ke Twin Peak...


Rider baru kenal CS

Semasa berehat...Man Sawit muncul sorang-sorang dengan rokok dimulut…. Apalagi khidmat man sawit pun digunakan untuk setting gear beberapa jentera yang ada problem.

Selesai sahaja Man Sawit buat setting..kayuhan ke Twin Peak di buat…kayuhan mendaki single trail dibuat dengan mengayuh beskal..kadang-kadang terpaksa tolak bila momentum habis bila tayar skidding bila terkena akar pokok.

Sampai sahaja di puncak...apalagi...masing-masing mula menunjukkan skill masing-masing dengan melenjan single trak downhill...kali ini pengalaman di Kayuh Lasak membuat kan beberapa rider bertambah Brani menuruni bukit single trek dengan laju dan laju dan laju....ada je peluang jump and drop dilakukan....perhg!! memang layan....harap-harap geng utara pun akan terhibur melayan trek Kiara nanti.

Disebabkan layanan yang luar biasa dari Geng KayuhBeb...Rider Ghan sekali lagi mengalami masalah technical dengan fork nye....fork tak main...jadi atas faktor keselamatan .....carnival trail terpaksa dibatalkan dan kami pun downhill road menuju ketempat parking...

Sampai sahaj di parking...kami telah dikejutkan dengan Bro Mubin yang menanti kami dibawah.....”Tak tahan dengar korang layan Kiara...nak join tak leh kena keja..datang visit je lah”.

Walaubagaimanapun..disebabkan masa yang kesuntukan...minum-minum bersama kengkawan tak dapat dibuat....terus balik untuk menunaikan solat Jumaat.

Untuk ride pada 18hb December 2009, rider-rider digallakkan untuk membawa persalinan untuk solat Jumaat..manalah tau kot-kot tak sempat balik..boleh terus je pi masjid berdekatan...

Apa-apa pun kita jumpa di sanaaaaaa..

Note : Mengikut info dari Bro Assry, Ride Kiara telah bertukar pada waktu pagi 8am.



Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang