Halaman

Isnin, 10 Mei 2010

Broga..Jejak PCC 09 CP4

Broga..Jejak PCC 09 CP4

Setelah sekian lama dirancang akhirnya pada 8hb May 2010 atas gesaan dan desakan Bro Kulat, akhirnya, kami berjaya merialisasikan Kayuhan Broga..Jejak PCC09 CP4.

Antara yang dapat lesen untuk berkayuh dan tak sibuk melipat kain ialah Bro Kulat, Bro Kay2x, Bro Pakyen, Bro Matnor Laguna, Bro Wan, Bro Azwan, Bro Faizal (Kawan Azwan), Bro Kamarul dan Bro Rule telah berjaya menawan CP4 dengan jaya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Broga ride sebelum ini.

Pada perancangan asal, ingin menawan CP3 dan CP4, tetapi risau hasrat ke CP4 tidak tercapai lagi, maka keputusan ala-ala diktator diambil untuk melayan CP4 sahaja..

Kayuhan bermula dengan melayan “ROAD” sejauh 6 km di buat untuk memasuki jalan offroad ke CP4 (selepas CP3 berdekatan kebun durian). Disebabkan laluan CP4 ni dah tak dilayan hampir 8 bulan, ingatan pun dah hampir pudar oleh rider-rider KayuhBeb yang pernah menakluk hingga ke CP4 nih..segelintir je la…maka kebanyakkan kayuhan adalah bergantung 100% dari trekking GPS yang disumbangkan oleh Bro MKA.

Ternyata laluan ke CP4 ni masih menawan Kalbu dengan trek yang melalui laluan kebun, hutan, single trail, river crossing, long climbing dan tak dilupakan Long Downhill.

Dalam perjalanan kami telah bertembung dengan sekumpulan group Jungle Trekking baru turun dari Broga Hilll....maka mereka pun berebut-rebut bergambar ngan kami....

Ni lah dia Broga Hill yang famous tuh...

Setelah puas bersantai, maka sampailah masanya menghadapi cabaran yang sebenar..kononnya la...pendakian yang panjang single trail dan double trek sejauh 3 km......je....

Pertengahan climbing, sempat la pulak bermain-main air....


Setelah puas bermain air..pendakian pun disambung kembali..daki dan daki dan daki....

Dah puas daki..downhill la pulak sejauh 2.5km...panjang ke?....

Punya la syok downhill sampai semak-samun pun di ambil jadi kenang-kenangan...

Downhill hingga ke penamat...

Bukannya nak cakap besar, tapi ride kali terlalu laju dan pantas....24km tamat sebelum kul 12 dengan melepak dan santai main air dan tak rasa penat pun....lain kali memang kena repeat dari CP1 hingga Cp4...

Akhirnya beraya juga kami melengkapkan PCC ride dari CP1 hingga CP4 dalam masa 8 bulan yang mana masa Presidential Ride dulu di buat selama 6 jam sahaja untuk 65km....

tak lupa juga Mee bandung restoran Yus sebagai penutup kayuhan...







1 ulasan:

MR.EMI berkata...

mcm mne nk tau trek kt broga..
slalu kayuh sane,tp on road..

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang