Halaman

Isnin, 17 Mei 2010

KayuhBeb RECCE Trail di Ulu Slim

KayuhBeb RECCE Trail di Ulu Slim

Setelah berkoyan-koyan janji dibuat, akhirnya terlaksana juga untuk mengayuh di Ulu Slim, Perak atas pelawaan Bro Din Superlight (yg sekarang ni tengah mengidam Specialize).

Seramai 16 orang telah cuba bangun seawal pagi Sabtu 15hb May 2010 semata untuk melayan nafsu menodai trail di Ulu Slim. Ada yang datang dari JUGRA, Senawang, Shah Alam, Klang dan sekitar Klang Valley tapi yang pasti semuanya dari Malaysia.

Kali ini Bro NAS dari Shah Alam bertindak sebagai SHERPA (http://en.wikipedia.org/wiki/Sherpa) membawa kami ke meneroka trail ULU Slim hingga sampai ke tempat air terjun di puncak...kut.melalui perkampungan orang asli POS Kandang Kerbau dan POS Keding, (bukannye POS Laju Jinggo tau.)


Kayuhan dimulakan dengan melalui laluan pendakian yang landai melalui jalan tar, cuaca pada mulanya agak nyaman unutk sementara waktu sebelum bertukar menjadi panas terik..


Untuk sampai ke tempat yang di tuju, kami melalui perkampungan orang asli kalau tak silap namaya POS Kandang Kerbau dan POS Keding, (bukannye POS Laju Jinggo tau.)



Dalam beberapa minit perjalanan, jentera TREK mengalami sedikit masalah teknikal yang mana merungsingkan Bro Rule dan Bro Kulat...silap hari bulan kena patah balik ni....atas semangat yang meronta-ronta ingin meneruskan kayuhan....Bro Rule dan Bro Kulat pun bersungguh-sungguh membaiki jentera TREK dan diperhatikan selamba rock aje oleh tuan nya..Bro Kay-kay. Alhamdulilah, masalah dapat diselesaikan....kayuhan diteruskan...





Pendakian demi pendakian di buat tanpa belas kasihan..walaupun tak berapa tinggi tapi climbing yang panjang agak menguji mental rider-rider semua...pemandangan menarik dan rentasan sungai sedikit sebanyak memberi semangat baru untuk meneruskan kayuhan












Seperti biasa, tak leh kayuh, kami tolak, penat tolak kami rehat......



Dalam perjalanan kami terserempak dengan beberapa orang asli sedang mengambil petai..terpegun kejap melihat cara mereka memanjat dan mengambil petai....


Sekali kami melalui perkampungan orang asli..Pos Keding


Apalagi aktiviti beramah mesra ala-ala wakil rakyat pun dibuat-buat....

"Naik moto la bang..apa kelas naik beskal"


Kudap-kudapan yang di bawa pun diedarkan


Aktiviti men recruit Geng KayuhBeb cawangan POS Keding pun dijalankan.....


Perjalanan diteruskan ke destinasi yang dituju...


Habis bermandi manda kami pun bergambar sebelum meneruskan perjalanan balik downhill sepanjang 18km....50 minit je tamat...naik 2 jam


Perjalanan balik kami melaui kawasan KEM di POS Gesau



Ternyata kayuhan di Ulu Slim memang syok dan best dan puas hati sebab perjalanan yang jauh dan terpaksa bangun awal pagi dibalas dengan trail yang superb.....

Thanks tu Bro NAS, Bro Din, Bro Kamarul juga Geng Pepatih Cycling Club....lain kali kita kayuh sini lagi ajak kengkawan yang lain....







1 ulasan:

C Humberto berkata...

iam Carlos from portugal, i, d like your bolog, you have a nice plce to play montain bike. i came very times to visit this blog, thankyou

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang