Halaman

Jumaat, 31 Julai 2009

Cara membasuh beskal --Preparation to Kedah Jamboree.

Cara membasuh beskal --Preparation to Kedah Jamboree.

Hari ini Jumaat 31hb July 2009, routine seperti biasa bangun pagi dan bersiap- siap, tapi kali ni bukan nya bersiap untuk kerjam tapi bersiap unutk ke Jitra Kedah bagi menyambut cabaran Kedah Jamboree. Cuti kerja aku dah apply 2 bulan lepas, restu isteri pun dah dapat 2 bulan lepas, tinggal nak pergi aje.

Seperti biasa aku menghantar anak ke sekolah pada jam 7:30am, selesai sahaja jam masih menunjukkan pukul 8:02am. Aku SMS Kay-Kay untuk mengetahui samaada dapat pergi ataupun tak….

SMS aku “Amacam?peluang Cerah ke?Berapa %?Tak meriah blog aku kalau tak de gambar petikan jari lu Bro...” dengan tujuan membakar semangat supaya pergi.

.Jawapan SMS yang diterima “Cuaca kat sini berjerebu.So cam tu la % unutk aku pergi. Paklah aku baca dalam chatbox kena duty rukun tetangga la pulak”
Tapi aku yakin Kay-kay tetap sampai....

Jam menunjukkan 8:15 am apa nak buat ni masa masih panjang, Bro Kamarul akan datang pickup aku kul 10 lebih-lebih. Ada dua jam ni. Barang-barang kelengkapan semua nya dah pack and ready to load aje…..

Jentera Giant Anthem pun dikeluarkan dari rumah....ah! tak cukup bersih ni....apalagi WD40, berus, sabun pun dikeluarkan.... bermula upacara membasuh basikal.

Sambil membasuh dan mengusap beskal, aku berdoa semoga kayuhan akan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah dan kecederaan.


Kali ni basikal dibasuh dengan lebih teliti, segala kotoran di celah-celah rantai aku berus satu persatu bagi mengeluarkan pasir-pasir yang terlekat, setiap gigi crank aku berus satu lekok ke satu lekok sehingga selesai.


Selesai dibasauh dengan sabun dan air, basikal dikeringkan dan dilap dengan kain bersih. Selepas ni upacara ”lube” rantai pulak. Penyambung rantai dicari bagi menandakan tempat bermula untuk aku meletakkan ”Pedros” (Chain lube). Satu persatu rantai aku gariskan melintang dengan Pedros.

Selesai semua rantai diminyakkan, aku biarkan lebih kurang 15 minit (sebenarnya kalau dapat lagi lama lagi bagus supanya lube tu boleh masuk dicelah-celah rantai.) lepas tu lebihan minyak aku lap balik dengan kain bagi mengurangkan pasir melekat semasa kayuhan.


Setelah selesai semua tu, jam masih lagi menunjukkan 9:15am..... ah lama lagi ni, sempat aku nak update blog untuk. Aku pun call Bro Kamarul untuk mengetahui kedudukanya...” Aku baru sampai Sungai Manggis ni, follow lori... slow sangat...”

Okay, sempat lagi aku nak on laptop dan update blog.....

Gambar di upload kata-kata di taip.... inilah hasilnya.

Kepada kengkawan yang tak pergi ataupun yang tak dapat pergi disebabkan hal-hal yang tak leh dielakkan, diharap dapat mendoakan kejayaan kami menghabiskan Kayuhan Kedah Jamboree dengan selamat.... AMIN



























Ahad, 26 Julai 2009

Mini Hash Kota Warisan - Success

Mini Hash Kota Warisan
Location: Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia
Date : 26th July 200
RV point : Restoran Hijjaz
Start Time : 9am
End Time : 1 pm
Distance : 31km

Kayuhan suke-suke Kota Warisan telah bertukar menjadi Mini Hash (suke-suke aje letak) setelah seramai 44 rider turut serta yang datang dari pelagai daerah seperti Banting, Nilai, Klang, Shah Alam, Puchong ,Lembah Pantai dan juga Johor....

Walaupun hujan lebat pada pagi tu yang mana seronok lagi melayan tido, tetapi tarikan dan aura Kota Warisan Ride telah membakar semangat rider-rider untuk bangun pagi menuju ke Kota Warisan bagi menyusahkan diri unutk kayuhan offroad.

Alhamdulilah, lebih kurang pukul 8:30am, hujan berhenti seolah-olah memberi laluan kepada rider-rider melanyak bukit Kota Warisan dengan beskal masing-masing.







Memandangkan ramai rider yang join, sessi briefing telah diadakan supaya rider-rider mendapat maklumat untuk kayuhan dengan jelas daripada Bro Azrul.






Kayuhan telah dikepalai oleh Bro Kamarul dari KayuhBeb dan Sweeper oleh Bro Rostan dari PujMAC. Kapten dan Sweeper telah dibekalkan dengan Walkie-talkie yang telah di sponsor oleh Bro Rostan untuk kemudahan komunikasi.
Tepat Jam 9am, kayuhan bermula menuju ke laluan offroad. Kayuhan uphill dan downhill sekitar Bukit Terbengkalai telah membuat rider-rider teruja dengan Trail Kota Warisan.


Seronok melihat rider-rider gembira bro Kamarul telah membawa pula mendaki Bukit Pencawang setelah berhenti rehat di Pekan Jenderam untuk membeli makanan. Bukit Pencawang telah berjaya dipanjat oleh kesemua rider-rider walaupun ada inciden RD hanger patah daripada Bro .... dari Johor (Sorry x ingat nama).

Apalagi, disinilah bermulanya semangat kerjasama antara rider-rider membaiki beskal yang mengalami masaalah itu. Disebabkan tiada "replacement part", terpaksalah "modified" dengan menggunakan single speed...spt roadbike speed. Apa nak buat, cabaran terpaksa diteruskan, terpaksalah mendaki bukit dengan single speed hingga ke puncak.

Sampai sahaja di puncak setinggi 572 kaki, sessi mengambil gambar berlatarbelakang panorama indah telah dijalankan.

Saat-saat yang dinantikan......setiap yang naik mesti ada yang turun..... apalagi "Downhilllllllllll"

Malang tak berbau beberapa rider telah terjatuh dan mengalami sedikit luka semasa acara "Downhill" sejauh 2km.

Kayuhan berjaya tamat lebih kurang pukul 1pm tanpa ada kemalangan serius yang berlaku, Syukur alhamdulilah.

Dengan ini, KayuhBeb dan PujMAC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rider-rider yang telah memberi sokongan dan kerjasama dengan datang beramai-ramai ke Kota Warisan XC Ride.

Sebagai tanda penghargaan, Sijil Penyertaan akan diberikan kepada rider-rider yang telah mengayuh di Kota Warisan. Paham-paham aje la, sendiri letak nama sendiri print.

Apa-apapun, pihak KayuhBeb dan PujMAC ingin memohon maaf sekiranya ada kecacatan dan kekurangan persediaan semasa acara dijalankan.

nak Gambar lagi banyak boleh la layan facebook Zambri Daud


Memasuki lorong Offroad

Starting of the Offroad

Berenti kejap tunggu kengkawan yang lain...kata Bro Kamarul

Deretan Rider-rider

Ahhh... berjaya juga naik

Turun lagi...


Nazri dengan aksi mantap mendaki bukit

Melepak lagi

Geng ROP

Senyum-senyum gambar nak masuk ni

Syok...syok... tak yah kayuh

Deretan beskal melayan downhill

Melepak di Bukit Terbengkalai

Kepuasan rider-rider di Bukit Terbengkalai

Bro Mie dengan aksi downhill nya

Aktiviti mengangkat beskal sebab jalan telah di potong

Berehat sebentar di Jenderam... beli air dan roti

Panjang ooo climbing...

Bro MatNoor sampai di pitstop Bukit Pencawang


Bergambar Ramai-ramai di puncak

Geng Kota Warisan

Geng KayuhBeb


Geng Nilai

Geng PujMAC

Geng ROP

Geng Roto-X

Geng Shah Alam

Sijil Penyertaan untuk di print sendiri....Computer generated, no signature required...





Trail Profile Kota Warisan


Selasa, 21 Julai 2009

Kayuhan Kota Warisan



Profile Track Kota Warisan.... banyak nye turun bukit




Kayuhan Kota Warisan

Date : 26th July 2009. Ahad
RV Point : Restoran Hijjaz (Berdekatan Sek Keb Kota Warisan)
GPS : N2 49.476 E101 42.263
Tayar Golek : 8:15am
Distance : 30km
Track : Sawit, Getah, Long Climbing and Long Downhill.
Map ke Kota Warisan

RV Point ( GPS : N2 49.476 E101 42.263)

KayuhBeb and PujMac akan menganjurkan Kayuhan Kota Warisan pada Ahad ini sebagai tanda balasan Kayuhan Broga yang dianjurkan oleh PakYen and the Gang.
Lagi ramai yang join lagi bagus.

Kepada individu/Geng-geng MTB yang lain, jangan la segan dan silu untuk join kami.
Kami tak sombong, kami tak kuat.... apa yang penting KERJASAMA.

Kalau nak tengok macamana track Kota Warisan click
http://kayuhbeb.blogspot.com/2009/07/kayuhan-kota-warisan.html

Details boleh contact;
Azrul/Rule : 012-2902002
Bro Kamarul : 012-2650703
Bro Kulat : 012-2656166

Aksi Downhill dari Bro Kulat

Ahad, 19 Julai 2009

Broga Lagi


Broga.... tiada kata-kata sempat ku lafazkan
Lu tengok la gambar dulu......

Seramai 30 orang rider telah menyertai kayuhan di Broga pada 19 July 2009. Antara Geng yang hadir adalah, KayuhBeb, PujMac, Geng XL, Geng Bukit Mahkota, Geng Santai.

Bro Pakyen telah mengetuai kayuhan dengan Bro Ajo sebagai sweeper. (Thanks Pakyen and Ajo)

Geng Santai....tapi power tuuu


Geng Mahkota


Geng XL


Geng KayuhBeb




Geng PujMac.....yang lain dah kayuh hari Sabtu


Seronok, penat, gembira, teruja..... semuanya ada....tapi yang paling best sekali dapat jumpa kengkawan lama dan baru.....

Sila lah layan gambar-gambar yang ada ni dulu sebelum menjadi basi.....

Gambar yang selebihnya akan di muatkan kemudian...

Deretan kereta rider-rider yang berkayuh di Broga
Berjumpa kengkawan yang lama tak jumpa




Kayuhan pen bermula pada jam 9am




Downhill yang pertama



Bergambar beramai-ramai (30 orang lebih tuuu)



Macam pro




Bro Naza... apa kurangnya




Berehat sebentar




Bro Kulat...tersenyum menuruni downhill




Ternyata saddle Fizik telah memberi kayuhan yang mantap...tang mana tu?






Aksi BONGKAK dari KayuhBeb dan PakYen (Kapten Broga)





Musang Terbaring di puncak tertinggi... 245meter




Downhill single trail....






Tak cukup trail biasa Broga, bukit botak ni dikerjakan...matahari terpacak 12tgh...

Target kami adalah puncak yang ada pokok sebatang (sebelah kanan gambar).....

Bukit ini kami namakan Bukit Pokok Sebatang......



Training menolak beskal.......Kedah Jambori





Bro Acong dengan kederat yang luar biasanya...





Kepuasan di puncak... bergambar di Pokok Sebatang tu...




Downhill single trail.






Lagi lagi gambar menarik akan dipaparkan.

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang