Halaman

Ahad, 26 Julai 2009

Mini Hash Kota Warisan - Success

Mini Hash Kota Warisan
Location: Kota Warisan, Sepang, Selangor, Malaysia
Date : 26th July 200
RV point : Restoran Hijjaz
Start Time : 9am
End Time : 1 pm
Distance : 31km

Kayuhan suke-suke Kota Warisan telah bertukar menjadi Mini Hash (suke-suke aje letak) setelah seramai 44 rider turut serta yang datang dari pelagai daerah seperti Banting, Nilai, Klang, Shah Alam, Puchong ,Lembah Pantai dan juga Johor....

Walaupun hujan lebat pada pagi tu yang mana seronok lagi melayan tido, tetapi tarikan dan aura Kota Warisan Ride telah membakar semangat rider-rider untuk bangun pagi menuju ke Kota Warisan bagi menyusahkan diri unutk kayuhan offroad.

Alhamdulilah, lebih kurang pukul 8:30am, hujan berhenti seolah-olah memberi laluan kepada rider-rider melanyak bukit Kota Warisan dengan beskal masing-masing.







Memandangkan ramai rider yang join, sessi briefing telah diadakan supaya rider-rider mendapat maklumat untuk kayuhan dengan jelas daripada Bro Azrul.






Kayuhan telah dikepalai oleh Bro Kamarul dari KayuhBeb dan Sweeper oleh Bro Rostan dari PujMAC. Kapten dan Sweeper telah dibekalkan dengan Walkie-talkie yang telah di sponsor oleh Bro Rostan untuk kemudahan komunikasi.
Tepat Jam 9am, kayuhan bermula menuju ke laluan offroad. Kayuhan uphill dan downhill sekitar Bukit Terbengkalai telah membuat rider-rider teruja dengan Trail Kota Warisan.


Seronok melihat rider-rider gembira bro Kamarul telah membawa pula mendaki Bukit Pencawang setelah berhenti rehat di Pekan Jenderam untuk membeli makanan. Bukit Pencawang telah berjaya dipanjat oleh kesemua rider-rider walaupun ada inciden RD hanger patah daripada Bro .... dari Johor (Sorry x ingat nama).

Apalagi, disinilah bermulanya semangat kerjasama antara rider-rider membaiki beskal yang mengalami masaalah itu. Disebabkan tiada "replacement part", terpaksalah "modified" dengan menggunakan single speed...spt roadbike speed. Apa nak buat, cabaran terpaksa diteruskan, terpaksalah mendaki bukit dengan single speed hingga ke puncak.

Sampai sahaja di puncak setinggi 572 kaki, sessi mengambil gambar berlatarbelakang panorama indah telah dijalankan.

Saat-saat yang dinantikan......setiap yang naik mesti ada yang turun..... apalagi "Downhilllllllllll"

Malang tak berbau beberapa rider telah terjatuh dan mengalami sedikit luka semasa acara "Downhill" sejauh 2km.

Kayuhan berjaya tamat lebih kurang pukul 1pm tanpa ada kemalangan serius yang berlaku, Syukur alhamdulilah.

Dengan ini, KayuhBeb dan PujMAC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rider-rider yang telah memberi sokongan dan kerjasama dengan datang beramai-ramai ke Kota Warisan XC Ride.

Sebagai tanda penghargaan, Sijil Penyertaan akan diberikan kepada rider-rider yang telah mengayuh di Kota Warisan. Paham-paham aje la, sendiri letak nama sendiri print.

Apa-apapun, pihak KayuhBeb dan PujMAC ingin memohon maaf sekiranya ada kecacatan dan kekurangan persediaan semasa acara dijalankan.

nak Gambar lagi banyak boleh la layan facebook Zambri Daud


Memasuki lorong Offroad

Starting of the Offroad

Berenti kejap tunggu kengkawan yang lain...kata Bro Kamarul

Deretan Rider-rider

Ahhh... berjaya juga naik

Turun lagi...


Nazri dengan aksi mantap mendaki bukit

Melepak lagi

Geng ROP

Senyum-senyum gambar nak masuk ni

Syok...syok... tak yah kayuh

Deretan beskal melayan downhill

Melepak di Bukit Terbengkalai

Kepuasan rider-rider di Bukit Terbengkalai

Bro Mie dengan aksi downhill nya

Aktiviti mengangkat beskal sebab jalan telah di potong

Berehat sebentar di Jenderam... beli air dan roti

Panjang ooo climbing...

Bro MatNoor sampai di pitstop Bukit Pencawang


Bergambar Ramai-ramai di puncak

Geng Kota Warisan

Geng KayuhBeb


Geng Nilai

Geng PujMAC

Geng ROP

Geng Roto-X

Geng Shah Alam

Sijil Penyertaan untuk di print sendiri....Computer generated, no signature required...





Trail Profile Kota Warisan


Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang