Date : 4th July 2009
Meeting Point: Balai Polis Broga
Distance : 25km
Start time : 9:30am
End Time : 12:30
Kayuhan di Broga dibuat setelah mendapat tahu PCC Presidential Ride 2009 akan di buat disana.
Memandangkan tiada sesiapa yang pernah kayuh disana kecuali Bro Azrul yang telah lupa, Maps GPS di jadikan panduan.
Geng KayuhBeb yang turut serta ialah, Bro KayKay, Bro Acong, Bro Khairul dan Bro Azrul, wakil dari PujMac Bro Assry.
Dalam perjalanan pergi, kami telah singgah di sebuah gerai makan di semenyih untuk bersarapan sekadar mengisi perut.
Sampai sahaja tempat parking, sudah kelihatan beberapa kereta kemungkinan milik rider PCC yang sedang mencari Trail untuk PCC Presidential Ride.
Dengan semangat yang membara, sumer rider-rider bergegas siap untuk melanyak trail Broga.
Tapi biasa la, sebelum ride, ambik gambar dulu. Gambar ni penting untuk ditunjukkan kepada rider-rider kayuhbeb yang tak leh pergi supaya biar terbakar sikit. Sorry Bro saje bagi panas aje.
Kayuhan hanya berpandukan map GPS yang ada sahaja, jadi boleh dikatakan beberapa kali kami terlangsung simpang dan terpaksa berpatah balik, tapi walaubagaimanapun ia tidak mematahkan semangat kami.
Bukit demi bukit kami daki, sampai sahaja di puncak tertinggi iaitu setinggi, 750kaki, apalagi sessi bergambar pun dijalan kan seperti biasa dengan perasaan sedikit bangga.
Trail Broga ni seronok sebab berbagai pemandangan dan pengalaman dapat di lalui,
Trail kelapa sawit, single trail kebun buah, hutan, getah, menyeberang sungai, downhill single trail dan penting sekali, dapat mandi sungai.
Dalam perjalanan balik sebatang pokok telah menghalang laluan, apalagi terpaksa lah meredah dicelah-celah dahan pokok.
Deruan air sungai juga telah menggoda kami untuk bermandi manda di air sungai yang sejuk dingin sebagai penamat kayuhan Broga.
Deruan air sungai juga telah menggoda kami untuk bermandi manda di air sungai yang sejuk dingin sebagai penamat kayuhan Broga.
Walaupun perjalanan adalah berpandukan map GPS yang ada, so boleh dikatakan tidak berapa lancar, tapi keseluruhan kayuhan ni telah dapat memuaskan hati rider-rider yang turut serta.
Kepada sesiapa yang tak dapat nak pergi, Geng JomKayuh akan buat XC Ride di Broga pada 19/7/2009. Details click http://www.jomkayuh.com/forumv2/viewtopic.php?f=7&t=1263
KayuhBeb pun akan join lagi sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan