Halaman

Isnin, 13 Julai 2009

Kayuhan Kota Warisan


Kayuhan Kota Warisan
Date : 12 July 2009
Meeting Point: Restoran Hijas Kota Warisan
Distance : 35.59km
Max speed: 56.3km(aku punya speeding daa...)
Start time : 0830H
End Time : 1330H

Catatan dari Bro KayKay......

Kayuhan Kota Warisan ini adalah atas jemputan dari blogger Pujmac (Bro Assry) diatas kemantapan rider2 dr Kayuhbeb semasa kayuhan diBroga hari itu.

Walaupun kawasan tersebut telah team Kayuhbeb terokai bersama uncle Yap,namun tahap keterujaan dan rembesan adrenalin tetap tinggi.Seawal 0700H aku n achong telah bertolak dr Jugra ke Kota Warisan.

Sampai saja kami disana kelihatan Bro Kamarul dgn gaya yg tersendiri menanti kehadiran tetamu dr Kayuhbeb.Setelah bersalam-salaman,tidak lama selepas itu sampailah Bro Kulat,Wan Sg Manggis,Wan n seorang lagi tu katanya duduk dekat rumah blogger kayuhbeb.Bro Assry?Beliau tidak dapat hadir kerana terpaksa menjadi mr mama (mengikut maklumat dr Bro Kulat)....hehehe.

Sebelum memulakan kayuhan,perut rider2 terpaksa diisi terlebih dahulu kerana bau roti canai dan bau mamak restoran hijas begitu menusuk kalbu.

Selepas penambahan lemak dilakukan,tepat jam 0830H kayuhan telah dilepaskan oleh tokey Hijas restoran.Tugas sebagai Kapten telah diserahkan kepada Bro Kulat dan Sweeper telah diambil oleh Bro Kamarul secara sukarela.

Semasa sedang berkayuh Bro Kulat telah bertanyakan soalan kepada aku.

Bro Kulat:Nak track yang biasa ke,sedang2 ke atau yang mantap.

Kay_Kay:Apa barang track biasa2,mestilah yg mantap2 sbb datang jauh2 ni....hehehe.

Lebih kurang 3km perjalanan,sweeper terpaksa mengikut jalan pintas membawa Wan menuggu di hadapan(kedai runcit kat dlm ladang Ampar Tengah) kerana Wan beritahu mata hitam dia dah jadi putih.

Kes lama dah tak kayuh or tak biasa layan XC?Kami yang lain2 layan dulu uphill n downhill.Semasa layan downhill terdengar brake angin dr salah satu basikal.Basikal siapa hah?laa....basikal aku rupanya telah dicucuk oleh duri2 pelepah sawit.aduss....bisanya tikaman mu.

Memandangkan Achong menumpang aku secara percuma pada hari itu,jadi tugas tersebut telah aku serahkan kepada beliau utk menyelesaikan masalah basikal aku.Achong dgn pantas telah melaksanakan arahan yg telah diberi oleh aku.Dlm masa lima minit sahaja achong telah berjaya menukar tiub baru kat basikal aku.hehehe....tq achong.


Tunggu Kamarul n Wan....rupa2nya salah tempat la pulak...



Wan Sg Manggis


Bro Kamarul dengan aksi tersendiri menceritakan aksi2 yg beliau lakukan semasa NTMTBA09....... (Nampak gaya macam jatuh tergolek aje..cuba cari dalam website ada tak gambar jatuh yang tak dicerita macam man sawit)


bro kulat tayang kasut barunya... (Patut la kayuh asyik tengok bawah aje...)

menguji mental........


gaya tersendiri

Selepas itu barulah kami yg lain2 bertemu dgn Bro kamarul n Wan.Tanpa berlengah lagi,kami telah kembali bercantum menjadi 7 penunggang kuda besi yang akan menawan Ladang Ampar.
Dalam leka melayani track jalan tanah merah(track tracktor sawit) tidak disangka2 telah bertembung dengan kuda yang sebenarnya.Laju juga tuan dia tunggang.Jadi tak sempat lah utk ditemuramah.Hanya gambar yang dapat ditunjukkan.

kuda besi vs kuda ?


tak aci laa....ada kat bawah sana tak naik......


berehat sebentar sebelum layan downhill


panjat jgn tak panjat......lepas ni kita layan downhill kaw2 punya


mana mau pergi....


layan downhil....yg belakang makan debu


RnR Jenderam


Bro Kulat dgn aksi yg tersendiri melayan downhill


Bukan nak berlagak tetapi memang berlagak, kayuhan banyak kali berhenti disebabkan oleh mata hitam Wan banyak kali dah jadi mata putih keseluruhan.hehehe....tapi nasib baiklah Achong dengan kudrat backhoe menolak dan terus menolak Wan kehadapan.
Achong telah mengambil alih tugas sweeper .Sweeper yang sebenar?.....nun jauh kehadapan dengan aku yang semakin hari semakin dicemburi oleh blogger Kayuhbeb diatas kemantapan kayuhan.hehehe...... Terima kasih kepada blogger Kayuhbeb kerana sudi mengeluarkan cerita ini dalam blog kayuhbeb.adios.......


Catatan Blogger;..... nak juga contribute tuu...

Aduh! seksanya aku untuk mengeluarkan cerita ni, geram tengok gambar-gambar yang ditayangkan.Pulak tu asyik kena follow up bila nak post?


To all rider yang terlibat kayuh Kota Warisan, berbanyak-banyak maaf dipinta sebab lambat keluar cerita ni, bukannya jelous, tapi cuba memahami cerita sebab tak kayuh.


Apa-apapun terima kasih kepada Bro Kay-kay kerana telah membantu menyumbangkan catatan Kayuhan Kota Warisa.


Moral of the story untuk aku...... Jangan miss kayuh in the future...



Wajah2 kepenatan n kepuasan


Kelajuan yg dibuat oleh aku la....hehehe (Kalau pakai musang lagi laju kut)

Jarak yg dilalui



































Tiada ulasan:

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang