Halaman

Isnin, 19 Oktober 2009

Jejak PCC Presidential Ride 09--Broga Ride



Projek : Kayuhan JEJAK PCC Presidential Ride 2009

Date: 18hb October 2009

Meeting Point: Taman Tasik Semenyih

Tayar Golek : 7:30am

Target Distance :50km

Laluan : Laluan PCC Stage 1->stage 3 --> Stage 4

Achievement;

Distance : 39km

Trail: Stage 1 à Road to CP 3 à Stage 4 (Half)

Rider terlibat : RULe,Kay-Kay, Krul, G’Han, Robyn, Yuih, Mie dan Tan

Awal pagi hujan sedang turun, tiba-tiba SMS diterima..

” Hujan Bro..jadi ke kayuh BRoga” dari Robyn

”Jadi.... ape-ape kumpul aje dulu..worst case kayuh dalam hujan” balas Rule

Lebih kurang pukul 7:20 kami telah sampai di Bala Polis Taman Tasek Semenyih dan bersiap-sedia untuk memulakan kayuhan Jejak PCC 2009.

Alhamdulilah hujan pun telah berenti seolah-olah merestukan kayuhan Geng KayuhBeb.Seperti biasa short briefing dibuat supaya semua tahu arah tuju dan dapat membuat energy planning dengan betul

Berpandukan Map yang didapati dari Bro MKA, kayuhan ke Stage 1 diteruskan dengan semangat yang teruja-uja dikalangan Geng-geng KayuhBeb.

Kayuhan secara santai dan selow-selow diiringi dengan lawak jenaka dan disambut dengan ketawa Geng-geng KayuhBeb memecahkan suasana sunyi Estate Kelapa sawit.


Hujan di awal pagi menyebabkan jalan menjadi basah dan lecak... tayar penuh ngan lumpur la..kayuhan pun manjadi berat....tapi itu semua tidak mematahkan semangat KayuhBeb....kayuhan bergumbira diteruskan dengan gelak ketawa...

Disebabkan jalan yang berlumpur telah memberi lebih tekanan kepada jentera Bro Tan yang akhirnye menyebabkan RD hanger nye patah...pada masa ni alangkah bahagianye kalau mekanik KayuhBeb ManSawit turut serta.....

Apalagi rantai pun di potong untuk di jadikan Single Speed dengan harapan " immediate countermeasure" ni dapat bertahan sehingga ke check point 1

Masa berenti untuk repair tidak dibuang dengan sia-sia oleh rider-rider lain...bergaya la...


Sedang mengayuh tiba-tiba gelak ketawa yang kuat telah memecahkan suasana... apa dah jadi...rupanya-rupanya beskal Robyn dan kaki serta kasutnye telah terperosok di dalam selut di tengah-tengah jalan...cepat-cepat Robyn cover line sampai tak sempat ambik gambar kasut Raya Timberland nye..

Tak berapa lama selepas itu, sekali lagi ketawa yang agak kecoh dan kuat meggegarkan estate Broga...apa dah jadi???? Seorang lagi rider KayuhBeb telah terperosok ke dalam selut yang sekaki dalam hingga telah mengubah warna El Moro yang asli.....

Kayuhan diteruskan dengan gelak ketawa.....tak tau la mungkin daulat Bro El Moro kut tak lama kemudia Bro RULe pun terperosok didalam selut...tapi sempat mengimbangi badan dan meminta pertolongan kawan-kawan...kasut SIDI berjaya diselamatkan tak malang seperti Timberland dan El_Moro kengkawan lain... walaubagaimanapun ketawa berdekah-dekah tetap keluar.

Kayuhan diteruskan dengan merentas beberapa batang anak sungai dan kesempatan ini diambil untuk membersihkan jentera dan kasut masing-masing.

Kayuhan diteruskan unutk menuruni Single Trail stage 1 yang agak sedikit technical. Kepada yang tak biasa mungkin senang nak tergolek.

Itu yang terjadi kepada Bro Yuih yang menyebabkan RD nye bengkok. Robyn pun cuba merepair dengan menggunakan teori engineer nye..

Setelah masaalah selesai...Bro Yuih dengan gembiranya meneruskan kayuhan..

Sehingga terlupa mengikat tali kasut dengan ketat..menyebabkan kasut nye tertanggal semasa technical climbing (Sorry Bro..kutuk sikit)

Disebabkan tenaga habis kerana ketawa banyak...terpaksalah menolak aje...

sampai dipuncak.. Minuman tenaga diambil untuk bekalan meneruskan ke CP1.

Kayuhan diteruskan....sedang berkayuh kami dikejutkan dengan terserempak dengan Kulat yang kebetulan tak dapat join kami kerana balik kampung

Keseronokan berkayuh di cemari sekali lagi dengan insiden putus rantai oleh jentera Bro Tan...power betul mamat ni kayuh sampai putus.

Setelah dibetulkan ape yang patut..kayuhan ke Trail Roller Coster diteruskan dengan hati yang gumbira melayan down hill

Habis sahaja downhill roller coster..sekali lagi rantai Bro Tan putus..apalagi sessi menolak dan menarik pun dijalankan dengan semangat kerjasama kengkawan memandangkan jalan ke CP1 tidak berapa jauh..

Sampai sahaja di CP1 terus kami menuju ke Kedai Motor yang berdekatan mencari minyak untuk disapukan ke rantai beskal yang hampir sampai ke tahap kering. Juga Uncle kedai motor telah mengofferkan diri membetulkan rantai yang putus.

Dalam masa yang sama juga, beskal Bro Yuih mengalami kegagalan untuk membrek.

Dua jentera dah "DOWN"...

Perbincangan dibuat. dan perancangan diatur....

Setelah semua semua clear dengan penerangan laluan dan masaalh yang akan dihadapi undian dibuat..

Pilihan 1 : Kayuhan dibatalkan dan semua balik mengikuti laluan jalan raya sejauh 10km

Pilihan 2 : Kayuhan diteruskan tetapi dengan menempuh Stage 4 sahaja sejauh 25km

Setelah undian di buat...majority memilih pilihan ke 2.

Kayuhan Jalan raya sejauh 6 km dilakukan hingga ke Balai Polis Broga...disana Bro Tan meneruskan perjalanan balik ke Taman Tasik Semenyih.. dan kami 7 budak hitam meneruskan perjalanan ke Stage 4.

Laluan permulaan Stage 4 agak damai dan menenangkan dengan lindungan pokok-pokok menghijau juga dengan merentas beberapa batang sungai..

Tetapi....kedamaian yang dikecapi hanyalah sementara dengan di hidangkan panjatan bukit yang agak mencuram juga licin...

Senang kami sibuk berehat... 2 rider mat salleh..James dari England dan John dari Australia telah menyertai kami untuk berehat bersama-sama.

Apabila kami memperkenalkan diri sebagai anggota KayuhBeb terus mereka meminta untuk bergambar bersama-sama....(untuk pengetahuan pembaca asam garam ditambah untuk menyedapkan lagi masakan)

Laluan di Stage 4 agak keliru sikit walaupun dengan berpandukan GPS...jadi beberapa kali telah tersilap jalan....

"Betul ke RULe kou habis sampai stage 4...kalau betul apasal jalan pun tak ingat" antara suara-suara yang kedengaran...

Kayuhan diteruskan dengan climbing..downhill..climbing...downhilll

Semasa menuruni bukit, sekali lagi Jentera Yuih mengalami masaalh brek...apalagi kemalangan pun berlaku..syukur tak berapa teruk...

Memandangkan keadaan yang tak mengizinkan...keputusan dibuat untuk membatalkan kayuhan...

Mengikut GPS ada jalan pintas terdekat ke Jalan raya untuk menuju ke Balai Polis Taman Tasik Semenyih sejauh 4 km...kayuhan balik dibuat..

Walaupun misi asal tidak tercapai..tetapi kayuhan Jejak PCC Presidential Ride amat menyeronokkan dan menghiburkan yang mana boleh dijadikan bahan bualan bila berkumpul bersama kengkawan.



Perjalanan balik kami telah singgah di Restoran Yus untuk pekena Mee Bandung telur double

Kayuhan susulan akan di buat pada 1hb November 2009..


1 ulasan:

tukangkebun berkata...

syabas bro, trail sempoi & gambo pun cantik..

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang