Halaman

Rabu, 18 November 2009

Gopeng Peanut Search di layan KayuhBeb



GOPENG PEANUT SEARCH
Date: 15hb November 2009
Location: Earth Camp..Gopeng, Perak

Penyertaan GPS boleh dikatakan last minute decison la jugak..ye la kayuhan kali ni KayuhBeb dapat sponsor....

Rule dan Kay-Kay disponsor oleh Nomad Adventure
Kulat dan Mamat di sponsor oleh PujMac
Ghan dan Krul di sponsor oleh Roto-X
Acong disponsor oleh Jinggo (Atas semangat cintakan KayuhBeb)

Segala goodist di collect oleh Bro Kulat selepas keja di CoreZone ss2,PJ

Disebabkan penyertaan adalah disaat-saat akhir hingga tak sempat nak book tempat penginapan jadi keputusan diambil untuk gerak seawal 4:30 pagi dan berkumpul di Petronas Kesas pada pukul 4:45am. Ternyata Team KayuhBeb memang menepati masa..tepat jam 5pagi kami dengan 3 buah kereta dan 7 basikal memulakan perjalanan ke Gopeng dengan semangat yang membara walaupun mengantuk..dan singgah di Tapah untuk solat Subuh...disana kami telah berjumpa dengan Bro Azhar, Revlis State and the gang dari ClubMTB PKNS

Perjalanan diteruskan ke Earth Camp, Gopeng....dengan menikmati keindahan alam di pagi hari..suasana yang berkabus..

Antara chalet atas pokok di Earth Camp

Sampai sahaja di Earth Camp lebih kurang pukul 7:20am terus bersiap-siap untuk bergambar dengan Jersey Baru...maklumlah penyertaan pertama Event Basikal dengan Jersey KayuhBeb...dengan kaler oren yang menyerlah telah menarik perhatian beberapa rider yang berada di sekeliling....Dasar KayuhBeb dengan selamba tak tau malu bergambar bergaye....

KayuhBeb bergaye dengan Geng PKNS


Kesempatan diambil bergambar bersama Amoi RedBull....antara salah satu sponsor untuk GPS

Keadaan basikal yang ditinggalkan kerana rider-rider sedang bergambar bersama Amoi Redbull

Disini juga kami telah berjumpa dengan rider-rider lain seperti Bro Nordin dari Bukit Mahkota, Nilai
.


Setelah selesai registration...peta diterima..strategy pun dirancang untuk mendapat point yang terbanyak.

Ternyata kali ini kami telah mendapat pengalaman baru dengan Format Kayuhan yang berbeza penuh dengan strategy....total semua ada dalam 15 check point yang mana setiap point mempunyai markah yang berbeza...lagi tinggi markah nye lagi susah la nak dapatnye (kena panjat bukit yang curam)...tiada paksaan..rider boleh ikut suka nak ikut atau pilih checkpoint yang disukai.


Sesiapa yang boleh dapat markah yang tebanyak dan pulang sebelum pukul 2 adalah pemenang. Kalau dapat 2oo point keatas dan balik sebelum pukul 2...layak untuk memenangi cabutan bertuah.

Mungkin disebabkan bukan Jamboree..penyertaan tak begitu ramai..150 rider sahaja...tetapi suasana tetap meriah.


Disini juga kami telah berjumpa dengan Bro Ikram dari PujMac yang turut sama mengayuh bersama kami.

Sedang rider-rider lain berebut-rebut mencari tempat hadapan untuk starting...KayuhBeb masih lagi menyusun strategy trail mana yang nak di ikut...nak menang la konon...

Acong sedang bersungguh2x marking map


Lebih kurang pukul 9am..setelah selesai briefing dari pihak penganjur..kayuhan pun dimulakan dengan semangat berkobar-kobar. Kayuhan ke Cp1 dan CP2 dihidangkan dengan bukit yang tak berapa tinggi dan mencabar

Dengan senang dan sekelip mata kami telah berjaya mengumpulkan sebanyak 100 point unutk CP1 dan CP2.

Pemandangan dan panorama sepanjang kayuhan amatlah memukau mata.


Keadaan hujan yang turun pada waktu malamnye telah menyebabkan beberapa laluan dinaiki air dan juga berlumpur hingga menganggu kayuhan.




Perjalanan ke CP 3 juga tidak begitu "mencabar" sehingga kami tepaksa berpura-pura menolak basikal sebagai tanda menyokong rider-rider yang lain....



Dengan keaadan trail yang basah dan berlumpur juga merentas beberapa batang sungai telah menyebabkan gearing system menjadi kekurangan minyak pelincir dan kering...nasib baik salah seorang rider KayuhBeb telah membawa minyak pelincir SINGER... yang telah membantu melicinkan lagi kayuhan...

Walaubagaimanapun, panorama sepanjang kayuhan amat lah indah sehingga memukau kalbu....syabas kepada penganjur.


Dan kesempatan ini diambil dengan bergambar seberapa banyak yang boleh untuk tatapan rider yang tak dapat pergi....... sekadar menghantar plet number dan jersey aje la...



Dengan mudah kami berjaya sampai ke CP 3...




Perjalanan menuju ke CP4 dihidangkan dengan downhill yang amat panjang dan menyeronokkan ....


Juga merentas beberapa batang sungai yang mana sedikit sebanyak telah membersihkan jentera masing masing.




Perjalanan menuju ke CP 4 dihidangkan dengan downhill yang menyeronokkan dan beberapa rentasan sungai yang jernih airnya hingga membuatkan rider-rider kayuhbeb leka dan lupa akan cabaran yang mendatang iaitu bukit yang teramatlah mencanak hingga terpaksa menolak basikal dimana kepala berada dibawah handlebar…tak cukup dengan itu kepayahan ditambah dengan jalan yang licin dan berselut yang mana silap langkah boleh menyebabkan basikal menghempap rider kembali….







Walaupun kepenatan menolak basikal…..tetapi kami dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan tertarik …keindahan alam semulajadi….apalagi seperti biasa KayuhBeb pun mengeluarkan gaya-gaya tersendiri untuk dirakamkan oleh kamera sony Kay-Kay.







Biasanya setiap yang naik akan dihidangkan dengan Downhill yang mengancam dan mengiurkan….tetapi apakan daya…laluan downhill terlalu banyak lurah-lurah air dan keadaan licin telah menyebabkan langkah keselamatan dan berhati-hati terpaksa diambil….pendek kata tak berapa layan sangat la… tapi kalau keadaan kering boleh layan tahap gaban….


Jalan ke C4 betul-betul telah mengambil masa dengan aktiviti tolak naik bukit dan turun ala-ala kura-kura….oleh sebab itu perjalanan menuju ke CP5 dan CP6 terpaksa dilakukan dengan speed yang laju…..kononnye la…apakan daya badan dah penat tinggal harapan sahaja la…..



Kesabaran diuji sekali lagi ketika menuju ke CP7 dan CP8 dengan perjalanan penuh dengan tolakan basikal disebabkan keadaan jalan yang berselut dan licin…..tapi disebabkan geram…semasa downhill rider-rider KayuhBeb terpaksa menggadaikan keselamatan dengan melayan downhill se maksimum yang boleh unutk mengejar masa.

Antara halangan yang dihadapi.....melintas lurah melalui jembatan balak yang licin






Alhamdulilah semuanye selamat…di persimpangan perbincangan dibuat sama ada meneruskan ke CP8 ataupun terus ke CP10 tanpa memasuki CP9…memandangkan masa yang tak mengizinkan untuk sampai balik ke Earth Camp sebelum pukul 2 dan point pun dah dapat collect lebih 200 point unutk layak lucky draw…..keputusan balik menuju ke CP10 pun dibuat.



Disebabkan masa masih ada lagi lebih kurang 1:30 jam..kami mengambil keputusan untuk membersihkan basikal semasa merentas sungai….



CP10



Perjalanan balik tidak banyak halangan yang mendatang…jadi kayuhan yang slow and steady pun dibuat....sebenarnye dah letih daa.


Alhamdulilah semua Geng KayuhBeb Berjaya sampai di Camp sebelum pukul 2 dan secara automatic layak mendapat cabutan bertuah





…dan dijadikan cerita antara Rider-rider yang bertuah dan mendapat hadiah lucky draw adalah;

1. Bro Acong dengan hadiah Botol Air Camelback

2. Bro Kulat dengan Buff

3. Bro Krul dengan sarung bantal

4. Bro RULe dengan voucher RM150 dari World of Sport unutk barangan TEVA






Rider yang lain tu bukan tak lucky tapi dah pernah dapat lucky draw dah untuk Jamboree yang sebelum ini..so jangan la frust sangat la ye.



Apa-apa pun Kayuhan Gopeng Peanut Search Berjaya dilakukan dengan semua anggota KayuhBeb selamat tanpa kecederaan dan semua yang dirancang berjalan dengan lancer walaupun keputusan untuk menyertai GPS di buat di saat-saat akhir.

Tak lupa juga kepada Bro Kulat serta ibunya yang bersusah payah menjamu kami makan durian, bubur durian juga laksa….mcam-macam ada….

Selepas ini training untuk menyertai Kayuh Lasak Penang Jamboree akan di buat dan jumpa kami di Penang….



Syabas diucapkan kepada Nomad Adventure kerana telah berjaya menganjurkan event yang menarik dan adventure untuk Kaki Mountain Bike....satu pengalaman yang baru....
" Kayuh mengikut kemampuan anda"

Juga terima kasih diucapkan juga kepada Nomad Adventure kerana telah "sponsor" kami untuk menyertai event ini.

Thanks to ALL

3 ulasan:

nasirGpg berkata...

Salam bro2 kayuh beb, amacam seronok tak kayuh di Gopeng...rasanya trek ni la yang bg banyak downhill drp uphill hehehe..nanti kami ada masa tgk trek alternatif di Gua Tempurung.

KayuhBeb Cycling Club berkata...

Ok Nasir..pi riki jalan cantik-cantik dulu nanti kami datang sana boleh la bawa kami..

nasirGpg berkata...

saya rasa bro kene tukar la tajuk bukan GPS (Gopeng Peanut Search) tapi GDS (Gopeng Durian Search) hehehe Ok tak...banyak borong durian nampak hehehe..

Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang