Halaman

Khamis, 31 Disember 2009

HikingBeb di Kayuhan Warisan Taiping


Kayuhan Warisan Taiping telah menyaksikan penyertaan yang paling ramai untuk Team KayuhBeb iaitu seramai 20 orang..masing-masing memberikan komitment yang tinggi sempena kayuhan penutup 2009 dengan semangat yang berkobar-kobar.


Ada yang datang ngan family terus bercuti,
Ada yang balik kampung terus kayuh,
dan ada yang datang ngan kengkawan tong-tong kos semata-mata nak melayan Taiping Jamboree dan juga berjumpa ngan rider-rider lain dengan tujuan untuk mendapat kenalan dan kawan baru.

Dengan Geng Utara jangan cakap la..dah macam kenal puluh tahun siap dengan gurau senda dan usik mengusik...nasib baik tak de adengan cium mulut ke mulut.





Sessi bergambar ......emmmm...beratus gambar yang diambil sambil menggayakan Jersey Oren KayuhBeb.





KayuhBeb bukan setakat ada Jersey....basikal KayuhBeb pun ade...

Kayuhan awal dihidangkan dengan kayuhan jalan raya dengan melalui beberapa kota, bangunan dan taman warisan taiping...memang kena sangat lah dengan tajuknye.






Gelak ketawa dan perasaan gembira mula hilang setelah dihidangkan dengan pendakian single trail....bukanye ape...Jemmmm......









Lagi teruk bila dihidangkan dengan DOWNHILL yang tak leh nak turun kerana terlalu curam...mungkin pihak penganjur terdiri daripada kaki-kaki hiking sebab tu lah kami dihidangkan dengan trail cam tuh...

Rider-rider yang berada diatas yang tak dapat menahan berat badan dan basikal akan tergelincir dan melorot kebawah dengan menyapu bersih rider-rider yang ada dihadapan...cam main DOMINO la.....


Ada juga rider yang dah tak tahan sampai sanggup mencampak basikal yang beriban-riban tu ke bawah..." ala basikal rosak boleh ganti..kalau tulang aku patah..tak leh naik basikal dah..rugi"antara kata-kata yang terkeluar dari mulut rider yang agak bengang juga la.

Tak cukup di dera dengan DOWNHILL cam tu, kena la pulak mendaki bukit yang mana kena memikul basikal masing-masing.

Tapi semangant tolong menolong antara rider aku bagi markah 100%. Walaupun tak kenal antara satu sama lain , tak kira bangsa ape.....rider sanggup menhulurkan tangan menarik basikal rider ke atas secara bergilir-gilir.....inilah part yang paling aku tabik. semuanya berlaku atas "MINAT YANG SAMA"

"Abang Downhill je terus jumpa water refill" antara kata-kata dusta dan benar dari pihak marshall.
Dusta sebab ingat DOWNHILL terus jumpa air..tapi hampeh.
Benar sebab setelah di DOWNHILL dan di UPHILL dan DOWNHILL berkilo-kilo metriko baru la jumpa water refill.

Tapi sebelum tu ramai rider-rider yang dan kehausan terpaksa meminta dan merayu kepada penghuni-penghuni rumah teres yang di lalui untuk meminta seteguk air....kecian nye aku....penganjur tak kecian ke kat rider camni?

Disebabkan terpaksa menunggu lama semasa menuruni bukit HIKING..ramai rider-rider yang tak dapat meneruskan kayuhan ke CP3 kerana telah tutup.

Kepada rider-rider yang dapat meneruskan kayuhan diberitahu hanya tinggal 2 bukit aje untuk didaki..

Tapi hanya 2 itulah yang paling menyiksakan....bukit yang keadaanya sama macam bukit hiking..pulak tu downhill nye pulak tak leh lak nak layan sangat sebab terlalulah banyak akar-kar kayu yang pasti akan membuat kan rider-rider kecundang menyembah bumi.

Laluan ke CP3 tak lain dan tak bukan hanyalah satu penyeksaan..walaupun camtu..semangat jitu dan kental di hati rider-rider tetap meneruskan kayuhan walaupun di goda oleh tokeh kebun dengan mengatakan ada laluan shortcut,





" Lu ikut kiri, 2km aje sudah sampai itu pusat rakan muda"
"tapi kalu lu ikut kanan(Menuju ke CP3)...ada lagi 15 km baru sampai itu pusat rakan muda"

" Ikut Kanan bukit tinggi ke tokeh" kata salah seorang rider
"Talak tinggi..tapi ada sikit naik, ada sikit turun..naik moto tak de rasa punye"
"Ikut dekat la lagi manyak senang..ape susah-susah seksa itu beskal"

Hampir-hampir tergoda dengan godaan tokeh tu...tapi alang-alang seluk pekasam....kayuhan ke CP3 dan CP4 tetap akan dihabiskan juga.

Setelah dapat menghabiskan CP3 dan CP4 kayuhan balik ke Komplek Rakan Muda dilakukan dengan semangat berkobar-kobar dengan harapan pihak penganjur akan menunggu di garisan penamat dan akan mengkalungkan medal dileher rider-rider....ptui! bayang pun tak nampak...tetapi sambutan dan ucapan dari kengkawan serba sedikit meredakan kemarahan terhadap pihak penganjur.


Untuk sessi Lucky Draw...team KayuhBeb antara yang bertuah kerana seramai 6 orang (dari 20 orang) telah mendapat hadiah lucky draw dan yang paling gembira adalah Bro Jinggo sebab betul-betul lucky kerana telah memenangi hadiah fram FUJI CARBON yang nilai nye lebih RM2K...Tahniah to Bro Jinggo






Selasa, 29 Disember 2009

TAIPING JAMBOREE The Best and Number 1

Melihat saje tajuk diatas semua dah meluat...betul ke The Best and No.1? Kenapa tak percaya!

No 1 .....sebabnya;

Nombor satu sebab..trek untuk HIKING disuruhnye orang bawa basikal....lainkali bagitau la trek ni sesuai untuk HIKING!...takyah la orang bawa basikal....bazir duit toll ngan minyak je!

Nombor satu sebab....satu-satunye Jamboree yang start lambat....bukan 5 minit tapi 37 minit...ape ingat orang suka ke duduk lama-lama kat situ?

Nombor satu sebab....Jamboree yang tak pikiaq langsung welfare rider....water refill jauh sangat sampai ramai rider yang lapaq ayaq...apa ingat rider ni unta ke? nasib baik la ada sungai...kalau kedekut sangat nak bagi air...at least letak la sign board kat sungai tu "WATER REFILL POINT"...


Nombor satu sebab....Antara Jamboree yang dapat banyak kritikan dari participant..siap maki hamun lagi dalam BBS...tak caya....tengik la link kat bawah ni.


Yang lain -lain hangpa cari la sendiri

Kepada penganjur...kalau segala apa yang berlaku tak dapat dielakkan..silalah explain dalam blong hangpa..jangan dok diam saje...pastu tutup chatbox buat ape!....open la...at least rider boleh buat complain kat situ..tak yah la depa tulis kat blog masing-masing....mencemarkan image aje...

Tulisan ni dibuat pun sekadar untuk melepaskan geram je....bila dah reda aku delete la balik...




Selasa, 22 Disember 2009

KayuhBeb bakal berada di Taiping

Kepada Rider KayuhBeb,

Total register utk Kayuhan Warisan Taiping ada dalam 20 orang.
Sepanjang pengetahuan aku, berikut adalah arrangement utk transport dan homestay.

1. Senarai nama
002 AZRUL AZHAN B. RAZALI XL KAYUHBEB
003 MOHD SHARIFUDIN B. IBRAHIM
L KAYUHBEB
004 AGUS SUFIAN B. KOSNAN
XL KAYUHBEB
005 YUSRI B. MOHD YUSOFF
XL KAYUHBEB
006 KHAIRUL HISHAM B. OTHMAN
L KAYUHBEB
007 AIDI KUMARA B. WAHID
XL KAYUHBEB
008 NASIR B. ABDULLAH
M KAYUHBEB
009 AHMAD ZAMBRI B. ABDULLAH
XL KAYUHBEB
010 MAZIHAN B. KHALID
L KAYUHBEB
011 AZRUL AFFENDI B. ZAKARIA
XL KAYUHBEB
012 MD YUSOFF B. MOHAMAD
XXL KAYUHBEB
013 RUSLAN B. IBRAHIM
L KAYUHBEB
014 ABDULLAH B. NASIR
M KAYUHBEB
015 KAMARUL BAHARIM B. KAMARUDDIN
XL KAYUHBEB
016 MOHD SHAH RIZAL B. MD ZAHID
XL KAYUHBEB
017 MOHD HAIRI B. ABDUL AZIZ
M KAYUHBEB
018 KHAIZIL B. MD DARUS
M KAYUHBEB
019 AMIRUL FAHMI B. AZMAN
L KAYUHBEB
020 AZMAN B. SULAIMAN
XXL KAYUHBEB
021 NURUL NAZELEY B. SULAIMAN
XL KAYUHBEB


2.Homestay
Homestay Address :No38,Lorong 30, Taman Lake View, Jalan Kamunting Lama, 3400 Taiping Perak. (Rumah teres 2 tingkat)
...setakat saiz korang boleh duduk 15 orang..kalau lebih kira jadi cam bangla naik bot haram la.
....Kalau nak selesa bawa lah bantal dan sleeping beg.

3. Transport:
Yang sanggup share ada 2 aje...Apek dan Krul..yang lain pi ngan family.
Sekarang nye arrangement;
Unser Krul : 3 orang-Krul, Jinggo, Ghan
Triton Apek :4 orang : Apek, Kejil, Acong, Lan kawan dollah.
Kalau arrange betul betul mungkin boleh masuk lebih lagi..contoh Triton Apek boleh muat 5 atau 6 basikal campur 4 atau 5 orang
Pastu korang tong-tong la duit transport;
Cara 1. Total cost dua-dua kenderaan bagi sama rata...kalau korang baik hati bagi la elaun kt pemandu
Cara 2. Tiap-tiap kereta bagi sama rata penumpang yang naik saje....
So..lu pikir lah sendiri.

Aku sekadar memberi cadangan supaya semua berjalan dengan lancar.

Antara benda yang perlu di bincangkan ialah kat mana nak pickup korang, basikal nak deposit kat mana dulu ke apa?

4.Goodiest.
List nama utk collect goodist ada kt aku dan Kay
Buat masa sekarang aku akan collect goodist.
Andai kata aku tak boleh collect, Kay kena tolong collect..oleh sebab tu Kay kena print la list tu.

Segala idea, pendapat dan cadangan anda dialu-alukan tapi tak semesti nya diterima pakai.

Sekian Terima Kasih.

Ahad, 20 Disember 2009

Kayuhan Frim dengan Gang Utara, PujMac dan Roto-X dan rider-rider sekitar




Lebih kurang 8:00am kelihatan ramai rider-rider telah berkumpul di Hospital Kusta Sg Buluh.



Rider-rider tegar dari utara masih lagi kelihatan ceria walaupun kekurangan tidur dan telah melayan 2 trail dalam masa satu hari (18hb Dec) ....Kiara sebelah pagi dan Putrajaya Challenge Park sebelah petang. Memang kuat la diaorang ni...

"Korang tak letih ke? Kalau tak larat kita layan yang simple je la"kata Rule KayuhBeb.
"Buat aje yang hardcore...alang-alang datang biar puas" balas Lon antara orang yang bertanggungjawab membuat trip layan Kiara,PCP dan FRIM.

Dasyat juga diaorang ni...nak kata minum daun ketum tak lak nampak laloq....


Setelah gambar beramai-ramai si ambil dan di beri "Briefing" berkenaan laluan yang akan dibuat oleh Rule KayuhBeb dan bacaan doa oleh Bro Jayen PujMac..kayuhan pun dimulakan. Kayuhan di kepalai oleh Bro Kulat.







Antara laluan yang dibawa adalah.... Steroid Hill-->Bukti Putus-->Salem Hill-->Kedai Mamak-->Dream Trail--> Rover Track--> Hospital Kusta.





Laluan ke Bukit Putus

Terpaksa memikul beskal kerana laluan terputus oleh curam...sebab tu dipanggil Bukit Putus..agaknye lah


Berhenti rehat sebentar sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur

Buat kali pertama Salem Hill diriuh rendah kan dengan gelak ketawa dan senda gurau oleh 20 rider.

Biasanya jarang-jarang rider yang nak naik hingga ke Salem Hill atas beberapa faktor.
Antaranya terlalu sunyi....alasan tipu la. Alasan yang sebenarnya....bukit yang hendak didaki terlalu curam...hanya rider-rider yang tegar sahaja oleh sekali henjut hingga ke atas....kalau kurang sikit tegar kira satu kali berenti la....selain dari tu ....ehem!ehem! la.

Pendakian ke Salem Hill...suasana sejuk dan nyaman




Walaupun terseksa banyak untuk sampai ke Salem Hill...rehat yang panjang diberi kepada semua rider untuk beramah mesra dan juga pekena power stick.


Setelah penat berehat, masing-masing pun mula menyiapkan jentera masing-masing untuk downhill....ada yang menurunkan seat, ada yang putar skru fork dam macam-macam lagi lah....semuanya dibuat hanya untuk kepuasan melayan downhill.




Downhill hingga ke Kedai Mamak untuk melantak melalui laluan pokok-pokok hutan yang ternyata menenangkan semua rider...



Ternyata Mamak Frim akan mencatat keuntungan yang luar biasa kerana seramai 30 rider yang kelaparan telah melicinkan segala makanan yang dinampak sedap oleh rider-rider yang kelaparan.





Untuk menghilangkan lemak yang dikumpul di kedai mamak frim...rider disajikan dengan pendakian single trail untuk ke dream trail selepas sessi bergambar di Main Gate dilakukan.



Pendakian betul-betul memerlukan skill penggunaan gear yang betul dan juga mencari "line" yang baik supaya tayar tidak "skidding" semasa melanggar akar-kar kayu.

Setiap yang didaki..ada yang turun....single trail downhill hingga ke rover track...kebanyakkan rider-rider melayan cukup-cukup hingga ke tahap gaban ketika menuruni single trek Dream Trail.




Setelah acara kemuncak melayan Dream Trail dilakukan..kayuhan balik dilakukan dengan masing-masing memecut kerana cuaca mula menunjukkan hujan akan turun...Alhamdulilah hujan turun setelah rider-rider telah bersedia gerak pulang.

Perjalanan balik kami telah singgah dan Makan Satay Kajang dan Nasi Ayam Madu di Restoran Jejambat Sg. Buluh.

Alhamdulilah kebanyakkan rider-rider puas hati dengan kayuhan dan kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa kayuhan.

Sekian.


Translate the Blog

Germanium Power Loop

Germanium Power Loop
Products that will change your life! Energy Booster! Energetic ! Enjoy good sleep. Click photo for details information.

Menarik Beb

Related Posts with Thumbnails

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008

KayuhBeb suppport Le Tour Langkawi-Banting 2hb Jan 2008
Seramai 30 ahli KayuhBeb telah memeriahkan Le Tour Langkawi - Banting dengan membuat kayuhan dari Sijangkang ke Banting.Gambar bersama Dato Shafie dan Din Cycle

Pertandingan Pasang Tiub

Pertandingan Pasang Tiub

RRI ride by Kayuhbeb member

RRI ride by Kayuhbeb member

Kayuhan Ambang Merdeka 2008

Kayuhan Ambang Merdeka 2008
Project Kayuhan Ambang Merdeka telah berjaya dijalankan pada 24hb Ogos 2008 dari Sijangkang ke Pantai Baru Kelanang sejauh 35km(sehala).Tujuan project ini dijalankan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dan juga atas rasa tanggunjawab kelab untuk mempromosikan Pantai Baru Kelanang. Aktiviti seperti Sukaneka basikal dan juga gotong royong membershikan Pantai Kelanang juga telah menarik minat seramai 150 orang peserta menyertai program ini. Terima kasih diucapkan kepada Din Cycle, Majlis Daerah Kuala Langat, Pharmaniaga, Kayaba, Toshiba, Sykt Ikram Abadi, Poliklinik Sijangkang diatas kerjasama dan sumbangan.

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Pertandingan Basikal Laju atas pasir

Photo Session

Photo Session

Start

Start
Kayuhan Ambang Merdeka -Starting

On the way to Pantai Kelanang

On the way to Pantai Kelanang