Kayuh Lasak or Tolak Lasak….ape-ape je lah
Kayuh Lasak! Antara event MTB yang dinanti-nantikan oleh para-para MTBiker setiap tahun Juga dikatakan antara Kayuhan Lasak yang pernah dianjurkan. Rugi woo sape tak nak kayuh.Dan malang woo kalau nak kayuh tapi tak dapat.
Sebab tu la seminggu registration di buka dah penuh. Jadi melopong la kepada sesiapa yang tak dapat register..termasuk lah kami Geng KayuhBeb.
Tapi nasib menyebelahi kami apabila registration di buka semula..tanpa membuang masa terus hantar nama dalam WaitingList...Alhamdulilah penyertaan kami diterima.
Lepas register mula lah cari information pasal Kayuh Lasak ni dari kengkawan yang pernah join..ternyata respon yang diterima memang betul-betul lasak..Apalagi supaya tidak kecundang beberapa sessi latihan pun dibuat di Frim dengan harapan kayuhan dapat di buat dengan enjoy...
Aktiviti sumbat menyumbat sebelum bertolak ke Penang
Penang Bridge
Nombor-nombor Kitaorang malam sebelum ride
Seawal pagi pada 6hb kelihatan ramai rider-rider telah berkumpul dengan harapan yang berkobar-kobar termasuklah Geng KayuhBeb dengan harapan dapat menimba dan merasai juga menjiwai pengalaman baru...... ”Enjoy the suffering ride”
Juga dapat berkenalan dan beramah mesra dengan Kengkawan yang lain...Bro Lon, Comelz, Sumi, Conapus dan lain-lain lagi la..sorry dah tak ingat nama.
Lebih kurang pukul 8:30am, rider-rider pun dilepasakan untuk MERANA....awal-awal lagi rider-rider di dera dengan mendaki bukit menuju ke puncak setinggi 746meter. Meter tu Bro..bukan kaki.
Untuk pergi ke puncak tu kena lah mendaki sejauh 10km.
10km kayuh tak pe lagi...TOLAK Bro...cuba bayang kan (sambil meletak jari di tepi dahi dan memandang ke atas) menolak basikal sampai boring terpaksalah kayuh juga ...
”tulah degil..elok-elok hari minggu boleh layan ultraman cari nahas tolak beskal la pulak” tah sape yang cakap aku pun dah tak ingat dah.
Kayuh!kayuh!kayuh!...tolak!tolak!tolak...pastu cunggap....pastu berenti la konon-konon ambik gambar...cover line skit.
Derita menolak dan mengayuh ketika mendaki bukit hilang seketika pabila dihidangkan dengan panorama yang indah...sejuk mata memandang pemandangan Pulau Pinang dari puncak bukit....kalau tak join kayuh lasak memang susah lah nak bayangkan betapa indahnye...he!he!he!.provoke sikit.
Setelah sampai di puncak tertinggi kami dihadiahkan dengan downhill sepanjang 2 km sebelum didera mendaki sejauh 2 km lagi.
Walaubagaimanapun downhill yang diberi selepas didera dan digasak...memang memuaskan nafsu hingga menuju ke puncak...downhill single trail sejauh dan sepanjang 5km.....pergh! fuyooo! syok bro...nak cerita camne syok nye pun tak tahu nak tulis. Tapi yang pastu kepuasan dapat dilihat di wajah rider-rider sesampai sahaja di bawah.
Punya la panjang downhill sampai sakit telapak tangan.
Punya la panjang downhill sampai terdetik di hati....Bila nak habis ni.
Punya la panjang downhill sampai terus berniat nak register untuk tahun depan la pulak..
Habis je downhill kami didera lagi dengan mendaki bukit sejauh 4 km...tapi ape ada hal..10km pun dah ku tolak..inikan 4 km ..lunyai bro..
Kayuh!kayuh!kayuh!
Tolak!tolak!tolak
Kayuh!kayuh!kayuh!
Lepak!lepak!lepak!
Itulah dia,, tak dapat kayuh..kami tolak..dah boring tolak...kami kayuh...penat kayuh dan tolak...kami lepak
Alhamdulilah cuaca memang menarik..redup dan berkabus di puncak 600meter walupun jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari.
Lagi sekali kami dihidangkan dengan single trail downhill sejauh 3km...wow syok nye...nasib baik la bawa fullsus..boleh layan lebih-lebih. Sampai sahaj di CP5 kami diarah mendaki bukit yang mana terpaksa memikul basikal...disini lah telah menguji kesabaran rider-rider yang mana telah kehilangan tenaga menolak dan mengayuh beskal terpaksalah pulak memikul beskal....masa ni lah...”apasal la aku bawa full sus kan dah berat...”....jadi cermin lah diri anda dan fikir lah sendiri basikal ape yang sesuai untuk dibawa ketika menyertai jamboree...”Lu Pikir lah Sendiri”
Habis sahaja memikul basikal kami diberi downhill jalan tar...dan disinilah berlaku nye rempet-merempit antara-rider-rider tegar untuk mendapat maximum speed yang ketara.(Maaf gambar takda sebab sibuk melayan speed)
Perjalanan balik rider-rider dihidangkan dengan kesesakan jalan raya di tengah-tengah bandar...pandai-pandai la cari jalan balik..tak banyak tanda diletakkan.
Alhamdulilah kesemua rider-rider KayuhBeb berjaya melaksanakan cabaran Kayuh Lasak 09 dengan jayanya dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.
Terima kasih kepada pihak penganjur (KOTRT)kerana telah menyediakan trek yang betul-betul lasak dan menggiurkan dan dapat memberikan kepuasan yang maksimum.
Juga tahniah kepada Bro Kulat yang tak pernah terlepas mendapat hadiah Lucky Draw untuk setiap Jamboree yang disertainya.
Perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah sebentar di Kuala Sepetang untuk menjamah MEE BANJIR UDANG MAK TEH
1 ulasan:
haha
bagus coverage reporter ni
Catat Ulasan